Ahad, 19 Mei 2013

GEMPAR!! Ustaz Kazim Elias Di Ugut BUNUH? #TolakPR



Di sebalik semangat berapi-api kononnya mahu memartabatkan Islam di negara ini, rupa-rupanya ada pihak yang cukup takut sekiranya, kebenaran diperkatakan dan kebatilan yang telah menjadi sebahagian daripada rukun hidup mereka didedahkan kepada umat Islam lain.

Untuk terus melindungi kebatilan dan keserakahan mereka, tanpa ragu-ragu mereka melakukan pelbagai perkara onar, termasuklah mengugut untuk membunuh dan mengancam nyawa dan keselamatan orang yang boleh menelanjangkan kejahatan dan perangai syaitan mereka.

Itulah yang berlaku kepada penceramah agama terkenal, Ustaz Mohd Kazim Elias yang telah mengambil keputusan untuk berhenti berceramah bermula dari 28 November lepas apabila ancaman terhadap keluarga dan harta bendanya semakin menjadi-jadi. Dia juga kecewa kerana telah dilabelkan sebagai USTAZ POLITIK.

Bukan itu sahaja Ustaz Kazim pernah beberapa kali disantau sebegitu teruk sehingga kehilangan suara.

Siapa tidak kenal Ustaz Kazim yang berjaya membina sebuah pondok pengajian terkenal seperti Al-Barakah di Kampung Manjoi.

Ustaz Kazim merupakan salah seorang daripada penceramah yang paling diminati sehingga pernah suatu ketika ceramahnya di Youtube mendapat tempat pertama paling banyak penonton . Sememangnya ustaz Kazim juga agak 'glamour' yang memang ditunggu-tunggu ceramahnya.

Programnya di sebuah stesen televisyen kabel seperti Astro Oasis, menjadi tarikan ramai walaupun ceramahnya dalam program berkenaan dibuat secara santai.


Berbanding dengan sesetengah ustaz atau penceramah glamour yang sangat BERPIHAK KEPADA PARTI POLITIK PAS seperti Ustaz Azhar Idrus, Kazim Elias yang telah dipecat dari PAS suatu ketika dahulu kerana berjaya membuktikan kebatilan dan rancangan jahat Dewan Ulama PAS Perak, amat dibenci oleh para pengikut Pakatan Rakyat khususnya PAS.

Jika penceramah seperti Ustaz Azhar Idrus atau lebih terkenal dengan nama glamour Ustaz McDee mendapat pujian beribu-ribu turun untuk mendengar ceramahnya kerana beliau pro-pembangkang. Walaupun sebutannya banyak yang tidak fasih berbahasa Melayu tetapi demi menyokong pembangkang mereka akan turun beramai-ramai sambil memberi pujian.

Ustaz Azhar Idrus pula kelihatan sangat bebas, aman dan tidak pernah diancam walaupun ceramahnya, seringkali membinatangkan, membodohkan dan menghina intelektual sesiapa sahaja yang tidak disukainya. Bahkan Ustaz Mcdee itu disanjung dan dipuja, meskipun sebagai Ustaz Politik Glamour, beliau tidak menepati ciri-ciri seorang pengajar atau penceramah.

Beginikah cara kebebasan yang mereka perjuangkan? Astagfirullahalazim!

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sabar ust kazim..nabi kena lg dashyat ketika berdakwah..demi islam yg maha suci nabi harungi segala seksaan cacian hinaan..smoga Allah kuatkn semangat ust kazim dlm perjuanhan ini..perjuangan ini jihad dan jihad itu syahid..bkn mcm si badut uai yg kononya berdakwah tp terpesong dari sunah rasulullah..beliau hanya layak jg badut sarkas

Tanpa Nama berkata...

"Peliharalah, sejahteralah ustaz kazim elias ya Allah".
Teruskan perjuanganmu ustaz. Sebagai org melayu yg berseni, ustaz telah pelbagaikan mod syarahan; sindiran, direct to the point, lelucon, keras, santai, metafora, bersyair dsbnya. Inilah kekuatan yg ada pd ustaz kazim dlm menyampaikan dakwah di samping tidak meminggirkan disiplin ilmu, adab dan tatasusila ...tp sayang ramai orang melayu yg tak faham. Mereka lebih suka ketawa terbahak2 dan mereka juga tidak suka jika daie mereka ditegur @ diperbetulkan. Dulu, nenek aku mrh ketawa byk dan terbahak2, ilmu tak lekat katanya. Apalah nenek ni? Tengok, skrg org suka gelak2 sana sini, boleh jd femes lg. Hmmm...
Harapan saya ustaz kazim cekalkan hati meneruskan niat baik ustaz, waspadalah juga dlm bersyarah, takut2 ia menimbulkan polemik seperti bermain gitar dlm khalayak. Hal2 khilaf spt ini sepatutnya boleh dielakkan, lebih2 lg pd seorang yg bergelar ustaz.
Syeikh Nuruddin al banjari al makki juga menegur permainan alat muzik itu.
Selain ustat mcdee, boleh juga jd ustas "ooo... gitarrr berbunyiii..."

Tanpa Nama berkata...

Terus la ceramah ustaz..ceramah anda sgt bgus

Tanpa Nama berkata...

memberi atau mengajar sesuatu y benar mmg akan dibenci dah di hina oleh mereka y mengikut nafsu dan terpengaruh dngn syaitan..tetapi mcm ustaz kazim pernah ckp xksh x dpt keredhaan manusia sebab kite mencari keredhaan allah.. memperjuangkn jalan Allah mmg bnyk dugaan. Sebab syaitan x suke..sape kesah ngn syaitan..janji Allah y paling utama..setan2 tu kite persetankn je...jngn berhenti memberikan ilmu y baik ustaz...

dx26 berkata...

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.” (Riwayat al-Bazzar).

Golongan keempat bermaksud mereka yang tidak suka kepada majlis ilmu. Golongan kelima pula ialah mereka yang menghalang majlis ilmu.

Dalam hadith yang lain, Rasulullah S.A.W. bersabda, “Jadilah engkau orang alim (yang mengajar) atau orang yang belajar atau orang yang mendengar (pelajaran). Janganlah engkau menjadi orang yang keempat, akan rosaklah engkau.”

dx26 berkata...

hormatilah mereka berdua UKE dan UAI,..mereka berdua membuat perkara yang sama, iaitu berdakwah,.menyebarkan agama ALLAH SWT,.. daripada mengutuk mereka,.cubalah tanya diri kita, apakah sumbangan kita terhadap agama kita,..bukakah berdakwah itu turut juga merupakan tanggungjawab kita,..sama2lah kita muhasabah diri...insyaAllah

Tanpa Nama berkata...

Tahniah ustaz kazim

Unknown berkata...

untuk berjihat perlu kuatkan semangat... moga2 dapat syahid...

Yanthi Roose berkata...

Saya berdo'a semoga Allah melindungi ,ustadz Kazim Elias & family, dan diberi kesehatan ,umur panjang , saya sangat suka sekali setiap hari mendengarkan dakwah dari ustadz melalui youtube.saya salut dengan ustadz yng berani ,dan benar, tegas . .spirit Ustadz salam dari Indonesia.

Tanpa Nama berkata...

Sabar ustaz eh