Memaparkan catatan dengan label ustaz kazim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ustaz kazim. Papar semua catatan
Khamis, 5 Mac 2015
Ustaz Kazim Jawab Kenapa Beliau di Halang ke Perlis!!
Pendakwah terkenal, Datuk Mohd. Kazim Elias menyifatkan keputusan Jabatan Mufti Perlis yang tidak bersetuju dengan pemilihan beliau sebagai ahli panel Forum Perdana Ehwal Islam sempena Keputeraan Raja Perlis Ke-72 pada Mei ini sebagai tindakan gopoh dan memalukan.
Menurut beliau, dakwaan itu tidak sewajarnya dilakukan Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin.
Tegasnya, alasan Jabatan Mufti Perlis yang mendakwa beliau ‘sering terlibat dengan pembacaan riwayat-riwayat palsu’ tanpa memberi peluang kepadanya memberikan penjelasan juga adalah tindakan tidak adil.
“Saya dimaklumkan mengenai pembatalan jemputan saya ke majlis berkenaan dua minggu lalu, namun saya tidak mahu menghebahkan perkara ini demi menjaga air muka mereka yang berkaitan.
“Namun, apabila berlaku penyebaran surat tersebut, saya kesal kerana ini tidak adil, saya tidak diberi peluang untuk menjawab tuduhan yang dilemparkan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mohd. Kazim yang lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Kazim berkata, dakwaan tersebut turut menjejaskan kredibilitinya.
“Selepas ini mungkin ada yang melabelkan saya penyebar hadis palsu dan tidak lagi dijemput untuk mengadakan ceramah.
“Saya akan membuat sidang akhbar untuk menjelaskan perkara ini pagi esok,” katanya.
Mohd. Kazim diminta mengulas penyebaran sepucuk surat daripada Jabatan Mufti Perlis di laman-laman sosial yang tidak bersetuju beliau menjadi panel Forum Perdana Ehwal Islam sempena Keputeraan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail ke-72.
Dalam surat tersebut, Jabatan Mufti Perlis memberi sebab kerana beliau ‘sering terlibat dengan pembacaan riwayat-riwayat palsu’.
Sementara itu, katanya, ‘riwayat’ atau hadis palsu dimaksudkan dalam surat Jabatan Mufti Perlis adalah mengenai rakaman YouTube sedutan daripada satu ceramahnya yang menyatakan ‘kenduri Rasulullah SAW menghidangkan roti jala dengan kuah kari’.
Mengulas perkara tersebut, kata Mohd. Kazim, dalam ceramahnya, beliau hanya mengatakan perbandingan bahawa di Malaysia, roti jala dicicah dengan kuah kari juga masih boleh dijadikan hidangan pada majlis kenduri.
“Saya cuma kata roti jala pun boleh dijadikan hidangan dalam kenduri masyarakat Islam untuk bagi orang faham,” katanya.
Beliau kesal kerana surat Jabatan Mufti Perlis itu menyebut ‘riwayat-riwayat palsu’ yang seolah-olah menggambarkan dirinya sudah banyak kali membacakan hadis tidak benar.
“Jika benar dakwaan itu, saya mahu tahu di mana dan bila saya membacakan hadis-hadis palsu yang didakwa. Jika benar, saya sedia memberikan penjelasan,” katanya.
Utusan
Selasa, 3 Februari 2015
Ustaz Kazim Buat Laporan Polis Terhadap Dakwaan Fitnah!
Baru-baru ini Dap membuat laporan polis terhadap beliau, kononnya beliau rasis terhadap kaum lain.
Promote Page sahabat kita
Kalau nak like, sila LIKE dalam box bawah tu..
https://www.facebook.com/CeritaPasaiKedah
Ahad, 15 Jun 2014
HOT!! Ustaz Kazim Marah, Bengang dan Badmood.. kenapa ya? cc @MukhrizMahathir #WorldCup2014
Kenapa Ustaz Kazim bermuram takdak mood nak ceramah di Singapura? Adakah beliau demam? tak sihat? Atau penyakit lama beliau datang kembali?
Nak tau bacalah sendiri..
Ha ha ha.. Ustaz bengang sebab Spain kalah? Sabar la Ustaz.. adat permainan.. hahaha.. cuba lagi lain kali.
Kato oghang Perak, atee bawok bersabor lerr.. hehe
Geng jangan lupa LIKE page MukhrizMahathir FC klik link bawah ni..
McTheory:
dikatakan.. MB Kedah pun badmood hari Spain kalah tuu.. hehe..
Rabu, 11 Jun 2014
HOT!! PRK Pulak di Terengganu? Pas Mula Pasang Lagu Raya? - Ustaz Kazim #PasHinaHudud
Lagu raya apa pulak yang Pas pasang ni??
Ustaz Kazim kata ini petanda ... macam lagu raya. Bila tidak raya, tidak dengar lagu raya.
Hudud lagu bila nak musim pilihanraya. Tambahan pula ada dengar desas desus akan ada pilihanraya kecil di Kuala Terengganu kerana ada berita baru tersebar.
Kuala Terengganu 10 Jun - Parlimen P036 Kuala Terengganu bakal menyaksikan pilihanraya sekali setelah Ahli Parlimennya Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad diistiharkan muflis oleh sebuah mahkamah disini hari ini.
Pada pilihanraya umum ke 13 lalu Raja Bahrin bertanding atas tiket parti PAS menewaskan calon BN Mohd Zubir Embong dan calon bebas Maimum Yusof dengan majoriti 10785 undi.
Apakah lepas ni Pas akan pasang balik rekod-rekod lama untuk menghidupkan semua 'hudud Pas' tu?
Khamis, 22 Mei 2014
HOT!! Buah Pedih Dari Ustaz Kazim Pada Penganut Parti Islam Semalaya! #PrkTelukIntan
Baca bawah ni.. apa kata Ustaz Kazim..
Bagus punya sindiran ustaz Kazim Elias.. rasanya tau kot sapa paling terasa. he he..
Pasai pa Ustaz Kazim sindir macam tu haa?
Tengok susunan gambar ni.. rasanya tau kot pasai pa kan?
Tengok susunan gambar ni.. rasanya tau kot pasai pa kan?
Rasanya betui dak apa yang Ustaz Kazim katakan tadi?
Selasa, 17 Disember 2013
HOT! Apa yang Riuh Rendah Lagi Ni Ustaz Kazim?
Meskipun sudah menyatakan pendirian menolak pelantikan sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Mohammad Kazim Elias atau dikenali Ustaz Kazim, keputusan itu terus mencetuskan pelbagai reaksi.
Ada yang menyatakan sokongan, namun tidak kurang daripada mereka memberi persepsi negatif hingga menimbulkan rasa kurang senang kepada pendakwah berkenaan.
Dalam satu kenyataan di akaun Facebook milik Ustaz Kazim, kelmarin beliau menyatakan luahan hati apabila masih terdapat segelintir individu mempersoalkan pelantikan dan keputusan yang dibuat.
“Apa perkataan yg (yang) paling sesuai pd (pada) puak2 (puak-puak) yg (yang) x (tak) faham2 (faham-faham), ingatkan bila tak terima jawatan MT dah selesai, rupanya tak habis lg (lagi),” katanya.
Petikan dalam akaun yang didaftar atas nama Ustaz Mohd Kazim Elias itu turut memaklumkan ada yang menyatakan beliau menerima pelantikan MT, sedangkan pengumuman penolakan itu sidah dibuat, awal Disember lalu.
“Ada yang agak bodoh dok kata sy (saya) terima MT, tak habis2 (habis-habis) fitnah umpat dan keji,” katanya.
“Tolak pun salah, terima pun salah…tak masuk politik pun salah..diam pun salah..jawab pun salah,” katanya.
Sebelum ini, Ustaz Kazim membuat keputusan untuk menolak pelantikan berkenaan dengan menggariskan tiga faktor utama, salah satunya bagi menjaga nama baik Umno dari terus difitnah.
Biarpun keputusan yang dibuat itu muktamad, beliau yang juga Pengetua Pusat Pendidikan Al-Barakah tetap terbuka untuk memberikan idea dan cadangan yang membina kepada Perdana Menteri terhadap agenda transformasi agama di dalam Umno.
Khamis, 28 November 2013
HOT! Ustaz Kazim Teruskan Perjuangan.. Alhamdullilah Tak jadi Bersara!
Alhamdulillah Ustaz Kazim tak jadi nak bersara dar bagi ceramah.
Lepas ni kita boleh tengok la ada malaun-malaun yang meroyan dok maki Ustaz Kazim pulak. Sebab semalam ada pencacai politik tegar yang dok berkira-kira nak buat kenduri sebab Ustaz Kazim nak bersara dari bagi ceramah. Jangan disebabkan Ustaz Kazim tak jadi bersara bagi ceramah, pencacai tu mati terkejut sakit jantung, buat kenduri arwah la jawabnya. he he he..
Jangan risau Ustaz, seorang maki, seribu orang lagi sokong Ustaz..
McTheory:
Terbaiklah dari Ustaz Kazim
Selasa, 12 November 2013
#HOT! Ada Mangkuk Tak Sabar Suruh Ustaz Kazim Bersara!
Mana punya mangkuk yang kurang ajar ni? Memang ada dengar khabar Ustaz Kazim nak bersara dari berceramah. Tetapi tak perlulah tekan sampai macam tu sekali. Mangkuk yang tekan tu sudah tentu puak Pas. Sebab orang Pas khawarij ni memang benci dengan Ustaz Kazim.
Sejak Ustaz Kazim tegur pemimpin Pas, kerana tok guru sokong kristian guna kalimah Allah dan tok guru Pas haram sambut maulud nabi. Puak Pas ni dah tak dapat nak terima teguran Ustaz Kazim tu, malah mencaci hamun beliau.
Puak khawarij macam Pas ni, memang tak suka golongan lain ada bijak pandai agama. Kalau boleh dia nak puak dia saja yang bijak pandai. Ustaz yang bukan sefahaman dan sealiran dengannya akan ditekan dan dihina. Dasar khawarij sungguh!
Biarkan puak tu Ustaz, kami sokong Ustaz.. 10 membenci, ada 1000 lagi yang sayang!
Teruskan berdakwah.. kerana Ulamak seperti Ustaz susah nak ada penganti.
McTheory:
Cerr Ustaz bagi number HP yang sms tu.. tau la kite nak ajor kann..
Isnin, 7 Oktober 2013
HOT! Apabila Ustaz Kazim Bahasakan Manusia yang tak reti bahasa! #LoveUKE
Tanya soalan kononnya nak perangkap Ustaz Kazim.. tapi rasanya jawapan Ustaz Kazim tu boleh buat puak pencacai ni hantok kepala kat dinding! he he he..
Terbaik dari Ustaz Kazim.. lama tak dengar cerita, selepas jalani pembedahan, Mc diberitahu Ustaz Kazim kembali aktif berceramah. Walaupun dalam kesihatan yang tidak mengizinkan, Ustaz Kazim masih teruskan perjuangan beliau. Syabas Ustaz.. terharu dengan usaha yang Ustaz lakukan.
McTheory:
Kalau bukan Ustaz yang buat..TOBAT LAHOM.. puak hijau tak buat..
Isnin, 26 Ogos 2013
HOT! Doakan Ustaz Kazim Selamat Sembuh Penyakit Setelah di bedah!!
Semalam Ustaz Kazim di masukan ke hospital untuk membuat pembedahan bagi menyembuhkan penyakit beliau (gambar diatas). Sudah tentu ramai peminat Ustaz Kazim yang risau akan keadaan ini.
Alhamdullilah pembedahan berjalan lancar..
Selepas pembedahan, peminat Ustaz Kazim dimaklumkan bahawa Ustaz Kazim selamat cuma mengambil masa untuk sembuh akibat dari pembedahan yang dilakukan..
Sama-samalah kita berdoa supaya Ustaz Kazim cepat sembuh dan kembali berdakwah untuk mengembangkan syiar Islam di Malaysia..
McTheory:
Malaysia masih memerlukan keringat Ustaz..
Ahad, 25 Ogos 2013
PANASS!! #HariKoperasi13 Satukan Ekonomi Melayu Untuk Kekuatan Ummah! - Ustaz Kazim @SKM_Malaysia
Betul apa yang diperkatakan oleh Ustaz Kazim tu, kalau kita tak bersatu, jangan harap kita nak kuat. Kalau tak mampu nak buat secara besar-besaran. Buat secara kecil-kecilan dulu.
Bila dah biasa dengan system koperasi ni, kita buat secara besar-besar, baru boleh bantu ramai orang.
Khamis, 18 Julai 2013
LAYANN!! Santai Nostalgia Ramadhan Bersama Ustaz Kazim Elias!
Seronok baca tulisan Ustaz Kazim kat FB. Kadang-kadang Ustaz ni santai juga teringatkan nostalgia lama. Pada sesiapa yang mengikuti FB Ustaz Kazim, tentu tahu.
Baca print screen yang sempat Mc ambil,
Asyik berpolitik pun penin juga. Layan santai bersama Ustaz Kazim lagi best..
Tak pernah pula Mc tengok Ustaz Kazim bercerita politik dalam FB, kecuali masalah mengenai umat Islam di Malaysia. Tak macam Ustaz 'natang' yang hari-hari kutuk kerajaan, tapi mengaku diri tak berpolitik..pui!
Jumaat, 5 Julai 2013
PANASS! Ustaz Kazim Terima Beratus Call dan Sms Sebab Kes Forum Perdana? #TolakPR
Inilah komen dari Ustaz Kazim Elias mengenai ceramah forum perdananya yang dihalang tu. kesiann Ustaz.. kejam sungguh puak anti Islam ni.
Abaikan depa Ustaz, berjuta lagi rakyat Malaysia yang bersama Ustaz. Kalau depa tegur kita, kritik kita, itu dipanggil demokrasi dan kebebasan bersuara. Tapi bila kita sentuh sikit bab depa, terus kita di COP orang itu dan orang ini, apakah itu demokrasi?
McTheory:
Demokrasi kepala bana depa!!
Ahad, 30 Jun 2013
PANASS!! Larangan Ustaz Kazim Berceramah Di Pulau Pinang Kerana Pro BN? #Dapigs
Ustaz Kazim Elias di halang dari berceramah di Pulau Pinang? Atas alasan politik? Wow! Memang jahilliah sungguh puak ni.
Penceramah bebas, Mohd. Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim mendedahkan ada pemimpin politik di beberapa negeri cuba menyekat program ceramahnya dengan mengeluarkan arahan supaya ia dibatalkan.
Lebih menyedihkan dakwanya, arahan tersebut datang daripada pemimpin politik beragama Islam dengan alasan, ia boleh menggugat kedudukan kerajaan negeri.
Dalam kes terbaharu dakwanya lagi, program ceramah perdana yang dijadualkan berlangsung di satu lokasi di sini pada 5 Julai ini telah diarahkan supaya dibatalkan atas arahan seorang Exco kerajaan negeri.
“Saya hairan, program ini telah dirancang sejak tiga bulan lalu. Secara tiba-tiba penganjur beritahu, mereka diarahkan supaya dibatalkan pada saat-saat akhir kerana saya merupakan salah seorang penceramah pada program tersebut.
“Apa yang menyedihkan, arahan tersebut pula datang dari seorang Exco beragama Islam, sepatutnya dia menyokong dan memberi galakan supaya program keagamaan seperti itu diperbanyakkan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pusat Pengajian Darul Wehdah di Kampung Kubang Ulu, di sini semalam.
McTheory:
Dah makan babi dengan Dap, memang la perangai macam binatang tu juga..
Isnin, 20 Mei 2013
GEMPAR!! Ustaz Kazim Diserang Diabetes, ditahan di Hospital!
Ustaz Kazim ni memang sibuk orangnya. Mungkin disebabkan jarang mengambil peduli soal kesihatan, beliau telah diserang penyakit kencing manis.
Kencing manis ni bukan hanya jaga makan, jaga minum. Tapi cara hidup kita juga perlu dijaga, tidur kena cukup. Tapi orang seperti Ustaz Kazim mana sempat nak jaga semua tu.
Cuma kita perlu berdoa kepada Allah SWT supaya Ustaz Kazim sihat dan boleh berdakwah kepada seluruh rakyat Malaysia.
Susah nak cari Ulamak, yang tak berpolitik macam Ustaz Kazim ni..
McTheory:
Semoga Ustaz Kazim sihat dan kuat untuk teruskan perjuangan!!
Ahad, 19 Mei 2013
GEMPAR!! Ustaz Kazim Elias Di Ugut BUNUH? #TolakPR
Untuk terus melindungi kebatilan dan keserakahan mereka, tanpa ragu-ragu mereka melakukan pelbagai perkara onar, termasuklah mengugut untuk membunuh dan mengancam nyawa dan keselamatan orang yang boleh menelanjangkan kejahatan dan perangai syaitan mereka.
Itulah yang berlaku kepada penceramah agama terkenal, Ustaz Mohd Kazim Elias yang telah mengambil keputusan untuk berhenti berceramah bermula dari 28 November lepas apabila ancaman terhadap keluarga dan harta bendanya semakin menjadi-jadi. Dia juga kecewa kerana telah dilabelkan sebagai USTAZ POLITIK.
Bukan itu sahaja Ustaz Kazim pernah beberapa kali disantau sebegitu teruk sehingga kehilangan suara.
Siapa tidak kenal Ustaz Kazim yang berjaya membina sebuah pondok pengajian terkenal seperti Al-Barakah di Kampung Manjoi.
Ustaz Kazim merupakan salah seorang daripada penceramah yang paling diminati sehingga pernah suatu ketika ceramahnya di Youtube mendapat tempat pertama paling banyak penonton . Sememangnya ustaz Kazim juga agak 'glamour' yang memang ditunggu-tunggu ceramahnya.
Programnya di sebuah stesen televisyen kabel seperti Astro Oasis, menjadi tarikan ramai walaupun ceramahnya dalam program berkenaan dibuat secara santai.
Berbanding dengan sesetengah ustaz atau penceramah glamour yang sangat BERPIHAK KEPADA PARTI POLITIK PAS seperti Ustaz Azhar Idrus, Kazim Elias yang telah dipecat dari PAS suatu ketika dahulu kerana berjaya membuktikan kebatilan dan rancangan jahat Dewan Ulama PAS Perak, amat dibenci oleh para pengikut Pakatan Rakyat khususnya PAS.
Jika penceramah seperti Ustaz Azhar Idrus atau lebih terkenal dengan nama glamour Ustaz McDee mendapat pujian beribu-ribu turun untuk mendengar ceramahnya kerana beliau pro-pembangkang. Walaupun sebutannya banyak yang tidak fasih berbahasa Melayu tetapi demi menyokong pembangkang mereka akan turun beramai-ramai sambil memberi pujian.
Ustaz Azhar Idrus pula kelihatan sangat bebas, aman dan tidak pernah diancam walaupun ceramahnya, seringkali membinatangkan, membodohkan dan menghina intelektual sesiapa sahaja yang tidak disukainya. Bahkan Ustaz Mcdee itu disanjung dan dipuja, meskipun sebagai Ustaz Politik Glamour, beliau tidak menepati ciri-ciri seorang pengajar atau penceramah.
Beginikah cara kebebasan yang mereka perjuangkan? Astagfirullahalazim!
Jika penceramah seperti Ustaz Azhar Idrus atau lebih terkenal dengan nama glamour Ustaz McDee mendapat pujian beribu-ribu turun untuk mendengar ceramahnya kerana beliau pro-pembangkang. Walaupun sebutannya banyak yang tidak fasih berbahasa Melayu tetapi demi menyokong pembangkang mereka akan turun beramai-ramai sambil memberi pujian.
Ustaz Azhar Idrus pula kelihatan sangat bebas, aman dan tidak pernah diancam walaupun ceramahnya, seringkali membinatangkan, membodohkan dan menghina intelektual sesiapa sahaja yang tidak disukainya. Bahkan Ustaz Mcdee itu disanjung dan dipuja, meskipun sebagai Ustaz Politik Glamour, beliau tidak menepati ciri-ciri seorang pengajar atau penceramah.
Beginikah cara kebebasan yang mereka perjuangkan? Astagfirullahalazim!
Rabu, 29 Februari 2012
KASI PANAS!! Ustaz Kazim SOUND Badrol Amin Khalwati!!
Ini baru komen pasal Imam Mahdi, apa agaknya kalau ustaz Kazim komen pasal Khalwat dengan bini orang pulak??
Ahad, 12 Februari 2012
TUDIAA!! Ustaz Kazim Bertanding PRU atas Tiket BN?
Lain macam maksud Ustaz.. kalau benar bagai dikata.. syukur alhamdullilah..
Rabu, 25 Januari 2012
PANASS!! Akibat Membantah, Ustaz Kazim Juga di Pecat Dari Pas!!
PAS memang tidak mahu mengakui bahawa parti itu tidak pernah mengamalkan budaya tegur-menegur, lebih-lebih lagi kalau teguran tersebut akan menyebabkan imej kedua-dua tok guru dalam parti itu akan merudum, sekaligus memperlihatkan kepimpinan utama PAS sebenarnya terdiri daripada mereka yang sangat kagum dengan diri sendiri. Keujuban, ketakjuban dan kekaguman terhadap diri sendiri, semakin bertambah-tambah dengan pujian serta sokongan membuta tuli daripada para penyokong yang jahil tetapi sentiasa ditanamkan dan disuburkan dengan ungkapan WALA’ dan TSIQAH.
Selasa, 23 Ogos 2011
GEMPAR! Ustaz Kazim masuk Hospital!!
sumber Mc ambil kat sini
Mungkin jadual untuk ceramah dan tazkirah terlalu padat, diselangi dengan niat untuk tidak menghampakan hati semua orang membuatkan Ustaz Kazim Elias tak tidur sehingga 50 malam.
Jelas sekali beliau keletihan..
Marilah kita berdoa supaya Ustaz Kazim cepat sembuh.
McTheory:
Rakyat Malaysia perlukan Ulama seperti beliau..
Langgan:
Catatan (Atom)


































