Khamis, 5 Mac 2015

Ustaz Kazim Jawab Kenapa Beliau di Halang ke Perlis!!



Pendakwah terkenal, Datuk Mohd. Kazim Elias menyifatkan keputusan Jabatan Mufti Perlis yang tidak bersetuju dengan pemilihan beliau sebagai ahli panel Forum Perdana Ehwal Islam sempena Keputeraan Raja Perlis Ke-72 pada Mei ini sebagai tindakan gopoh dan memalukan.

Menurut beliau, dakwaan itu tidak sewajarnya dilakukan Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin.

Tegasnya, alasan Jabatan Mufti Perlis yang mendakwa beliau ‘sering terlibat dengan pembacaan riwayat-riwayat palsu’ tanpa memberi peluang kepadanya memberikan penjelasan juga adalah tindakan tidak adil.

“Saya dimaklumkan mengenai pembatalan jemputan saya ke majlis berkenaan dua minggu lalu, namun saya tidak mahu menghebahkan perkara ini demi menjaga air muka mereka yang berkaitan.

“Namun, apabila berlaku penye­baran surat tersebut, saya kesal kerana ini tidak adil, saya tidak diberi peluang untuk menjawab tuduhan yang dilemparkan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Kazim yang lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Kazim ber­kata, dakwaan tersebut turut menjejaskan kredibilitinya.

“Selepas ini mungkin ada yang melabelkan saya penyebar hadis palsu dan tidak lagi dijemput untuk mengadakan ceramah.

“Saya akan membuat sidang akh­bar untuk menjelaskan perkara ini pagi esok,” katanya.

Mohd. Kazim diminta mengulas penyebaran sepucuk surat daripada Jabatan Mufti Perlis di laman-laman sosial yang tidak bersetuju beliau menjadi panel Forum Perdana Ehwal Islam sempena Keputeraan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail ke-72.

Dalam surat tersebut, Jabatan Mufti Perlis memberi sebab kerana beliau ‘sering terlibat dengan pem­bacaan riwayat-riwayat palsu’.

Sementara itu, katanya, ‘riwayat’ atau hadis palsu dimaksudkan dalam surat Jabatan Mufti Perlis adalah mengenai rakaman YouTube sedutan daripada satu ceramahnya yang menyatakan ‘kenduri Rasu­lullah SAW menghidangkan roti jala dengan kuah kari’.

Mengulas perkara tersebut, kata Mohd. Kazim, dalam ceramahnya, beliau hanya mengatakan perban­dingan bahawa di Malaysia, roti jala dicicah dengan kuah kari juga masih boleh dijadikan hidangan pada majlis kenduri.

“Saya cuma kata roti jala pun boleh dijadikan hidangan dalam kenduri masyarakat Islam untuk bagi orang faham,” katanya.

Beliau kesal kerana surat Jabatan Mufti Perlis itu menyebut ‘riwayat-riwayat palsu’ yang seolah-olah meng­gambarkan dirinya sudah banyak kali membacakan hadis tidak benar.

“Jika benar dakwaan itu, saya mahu tahu di mana dan bila saya membacakan hadis-hadis palsu yang didakwa. Jika benar, saya sedia memberikan penjelasan,” katanya.

Utusan


11 ulasan:

RD. berkata...

Sudah jelas, riwayat-riwayat yang direka 200~400 tahun setelah wafat Nabi Muhammad S.A.W., banyak memecah-belahkan umat Islam di negara Arab, dan sekarang di Malaysia, negara orang Melayu pula. Lebih kurang sama; Syiah tak percaya pada hadis yang Sunni percaya dan sebaliknya. Oleh keran riwayat-riwat ini kita saling label-melabel dan membenci sesama Melayu. Dalam politik, kita berpecah. Dalam agama pun kita nak berpecah juga?

Oleh yang demikian, apa kata, kita kurang atau hentikan penggunaan riwayat-riwayat ini, terutamanya untuk buat lawak sebagai penarik orang mendengar ceramah. Kalau boleh, ceramah agama pun kita kurangkan. Guna sepenuhnya Khutbah Jumaat untuk mendidik ilmu keagamaan.
Cari peluang lain untuk buat duit kepada penyewa kemah/kerusi, alatan audio/visual dan lain-lain kontraktor.

Sejak 1983, Al-Juburi dengan persetujuan Kerajaan telah berjaya menerapkan nilai-nilai Islam di sekolah-sekolah dan kebangkitan pengaruh Islam dalam kerajaan dan masyarakat. Setelah hampir 30 tahun, adakah nampak kebaikan di kalangan masyarakat Melayu Islam di Malaysia? Dadah dan HIV aka liwat dan maksiat berkurangan?

Tanpa Nama berkata...

Oleh kerana negara ini mengamal demokrasi, UKE boleh saja saman Maza ni jika dia sengaja memfitnah.

Tanpa Nama berkata...

Penganjur tak jemput MAZA sekali ke utk jadi ahli panel ?

Tanpa Nama berkata...

Pnykt dlm hati, nmpk salah org, baiknya tak nmpk, salah sendiri yg lg bnyk langsung tak ambik tahu.

Walinong Sari berkata...

setuju degan tndakan mufti. Kalau dalam ceramah pun nak masuk jenaka, bukan tempatnya sekirasnya ianya menyebabkan fahaman agama/shiah / ahlilisunnah

Tanpa Nama berkata...

Perli Darul Wahabi ni termasuk dgn Raja nya sekali.
Sebab itu MAZA Sampah ni boleh jadi Mufti semula.. macam takde ilmuan Islam lain dh di Perlis!
Sebab apa? sebab nk mengukuhkan legasi WAHABIYYAH pemecah belah umat Islam

Wahabi sama jahat agenda seperti Syiah walaupun satunya Aqidah (Syiah) ditolak satu Aqidah diterima,

Kedua2nya berfungsi memecahbelahkan Islam.

Kewujudan IS juga adalah didalangi oleh Wahabi dengan melaksanakan agenda2 keras terhadap musuh termasuk sesama Islam.

Sekarang Wahabi di Malaysia semakin kukuh dengan Asri Laknatullah ini naik jd Mufti kali ke-2
Kali pertama dia baru nk membentuk, kali ini alah melaksanakan penyerangan.

wahabi dan asri mereka tak kisah pun soal zina berlambak2 di Padang Besar, pelacur2 berlambak2 di Perlis tak sepadan dengfan negeri sekangkang kera luas tu.

Asri dan Wahabi ni jugak tak kisah pun soal Aqidah Islam terpesong, LGBT, Sis, org tak Solat, khalwat.. malah ckp jangan intip org buat maksiat?

bodoh Asri Wahabi ni..
mau halau ke pegi duduk negara Wahabi lah

Unknown berkata...

Semestinya lah... cara Melayu mesti ada hasat dengki ke atas orang2 yg dah berjaya seperti UKE ! Ramai yg suka Ustaz Kazim dari yg lain2. Oleh itu tak heranlah dia menjadi mangsa dengki khianat !!??

Tanpa Nama berkata...

betul bro..jika difikir masak-masak lagi rasional tak berbaloi bertelagah secara terbuka pasal makan roti jala..remeh sangat...tapi azam & tekad iblis tu benar...ia akan menyebarkan virus PhD tanpa mengira derajat...insiden ini tentu ada sejarahnya sama spt bila puak pas hukum puak umno sbg kafir..ini pun ada sejarahnya..bukan budaya kita saling kafir-mengkafir tapi diimport dari perangai puak agamawan negara teluk..masing-masing terperangkap oleh perangkap keegoan melampau...kalu golongan agamawan tidak amalkan semangat kesepakatan, parahlah qalbu orang awam

Zahry berkata...

#ASAL BUKAN WAHABI & SYIAH!

Syabas Ust Kazem dlm menangani serangan ASRI Wahabi... biar tawadhu dan rendah diri.. musuh2 Islam seperti Wahabi perlu bijak ditangani.. silap langkah akan jd umpan dan fitnah besar pada institusi Islam dan ilmuan Islam..

*plss jgn sapa2 gelarkan Asri Wahabi tu 'ualamak' ok.. dia tu Ular dlm Semak yg tunggu masa utk jahanamkan pemkiran umat Islam dgn fatwa2 sesatnya...

suruh dia cuci dulu Perlis tu dr maksiat.. pelacuran sempadan.. ckp pandai.. 2x jadi Mufti..angkuh dgn gelaran "darul sunnah' tp berlambak tak Solat.. bukan maksiat yg dia nak hapuskan tp nk cari gaduh sesama ilmuan2 Islam.. CELAKA Asri ni!

Tanpa Nama berkata...

Cuba tengok betul2 si asri ni...
bukak je mulut nak gaduh dgn org..
bukak je mulut nak perli org...
bukak je mulut nak perlekeh org..
ulamak jenis apa nie???

Tanpa Nama berkata...

Asri ni bukan ustaz jauh sekali ulamak..
tapi syaitan berselimut dengn jubah Agama.. itu je yg layak bg dia..

check la ijazah kelulusannya.. bukan bidang khusus Agama... penipu je lebih.!