Selasa, 14 Mei 2013

INFO! Gambar Menarik, Sekitar Bacaan Yasin @MukhrizMahathir Untuk Azizan Razak! #HanyaDiKedah




Semalam sejurus selepas solat Maghrib di Masjid Zahir, Alor Setar telah berlangsung satu majlis bacaan Yaasin dan Doa Selamat buat Mantan Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Razak yang kini sedang terlantar sakit di Hospital Pulau Pinang setelah mengalami Komplikasi Diabeties yang agak kritikal sehinggakan pihak Hospital Pulau Pinang terpaksa memotong kedua-dua belah kaki Ustaz Azizan Razak.



Majlis bacaan yasin itu dicadangkan oleh Dato' Paduka Mukhriz Mahathir bagi memohon kepada Allah S.W.T agar Ustaz Azizan Razak di beri kesihatan yang baik setelah terlantar hampir seminggu di Hospital Pulau Pinang.

Selain dari pemimpin-pemimpin UMNO yang hadir dikhabarkan Majlis tersebut juga mendapat sokongan dan sambutan dari penyokong dan beberapa pemimpin PAS Kedah.

Antara pemimpin-pemimpin PAS Kedah yang kelihatan di majlis tersebut adalah Taulan Rasul dan IR Phahrolrazi.

Alhamdulillah majlis tersebut berjalan dengan lancarnya walaupun di hadiri oleh Umat Islam yang berbeza pandangan politik.

Di harapkan dengan apa yang berlaku ini..ianya menjadi titik permulaan perpaduan di antara PAS dengan UMNO di dalam memperjuangkan nasib Umat Islam di Malaysia.

Dibawah, gambar-gambar sekitar majlis bacaan Yasin.





Satu penambahbaikan dan permulaan yang baik dari Menteri Besar Kedah yang baru. Beliau Dato Mukhriz, Menteri Besar pada semua rakyat Kedah. Bukan hanya pada orang UMNO saja. Sebagai pemimpin muda yang berpengalaman, Mc percaya Dato Mukhriz mampu menjadi seorang Menteri Besar yang hebat.

Penyatuan umat Islam di Kedah adalah jalan yang amat bagus. Jika rakyat Kedah bersatu, Insyallah kita dapat bersama-sama meningkatkan lagi ekonomi negeri dan menjadi lebih kuat. Tak bersatu dalam politik pun tak apa, cuma nak asingkan perbezaan politik tu dalam kehidupan. Insyallah umat Islam di Kedah makin kuat!


McTheory:
Dalam pembentukan Kedah yang baru..

6 ulasan:

SHAH ALAM REBELS berkata...

Salam tuan.. Mohon pautkan link blog kami dalam blogroll tuan.. terima kasih.. http://shahalamrebels.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

Mukhriz harus mula dr -ve. Hutang Kedah 300 juta lebih, dan cuaca ekonomi negeri agak suram. Tp beliau juga ada peluang utk buktikan kebolehan UMNO tadbir negeri Melayu Islam dgn jayanya. Permulaan yg baik utk beliau sejukkan politik Melayu di Kedah dgn kegiatan sebegini. Allah itu maha besar, atas aturanNya, DS Azizan sakit dan peristiwa ini jadi perapat hubungan sesama Melayu yg berbeza fahaman politik. Sesungguhnya kita semua bersatu atas jalan Allah sahaja.

Kita sbg rakyat biasa juga beriltizam utk membantu beliau.

tengokperati berkata...

Alahmdulillah. semuga berterusan segala usaha murni , diberkati Allah dan perpaduan ummah akan bermula dan menampakkan cahayanya.Kita doakan semuga Mukhriz akan mengeratkan persaudaraan ini .Salam perpaduan dalam perjuangan memertabatkan Melayu Islam .

Tanpa Nama berkata...

Salam, Alhamdulillah, Mukhriz mengambil langkah tepat dan menyejukkan hati umat. Sbg MB baru dia menjejak kaki ke majlis rami di Masjid Zahir merupakan suatu tindakan yg terbaik krn MB dan EXCo2 PAS dlu sgt jarang dtg ke majlis bersama rakyat di masjid Zahir.

Keduanya, MB Mukriz menunjukkan sifat mulia sbg contoh tauladan, persaudaraan Islam tnpa berbataskan parti yg selama ini diassobiyyahkn oleh PAS.

Tanpa Nama berkata...

salam

sejuknya hati melihat perpaduan pas umno di kedah...betul lah orang kata,kedah ni lain macam lah...tahniah mukriz untuk penganjuran benda macam ni,politik politik juga, yang boleh bersama kita bersama.

lepas ni teruskan.selagi boleh ada kata sepakat,insyaAllah maju.nampak kematangan politik mukriz,ingatkan pergi melawat je rupanya ada lagi susulan.sesama islam tak putus.

lagi pun mukriz mungkin menang dengan sokongan orang azizan yang banyak mendapat tentangan orang tak suka azizan.kemungkinan tetap ada, namun perkara sama ialah islam sesama islam.

tak berharap anda akan sehebat bapa anda tapi biarlah membuat sesuatu yang sangat bermakna.ada sebab kenapa mukriz d bukakan pintu tok guru tun...

budakteranung

Unknown berkata...

Apakah Mukhriz bakal mewarisi ketokohan ayahandanya. Mudah2an. PRU13 membuktikan kredibiliti Najib yg menggusarkan. Melihatnya bergerak yg mungkin lebih banyak gunakan sayap kepalterbang berbanding kaki, ulang- alik ke Amerika sama banyak dgn ulang-alik ke Pekan.
Pemurahnya pd org Pekan seolah-olah ia PM utk Pekan, bukan utk M'sia. Org Pekan jangan rasa bertuah sangat, sebab dibimbangi bila Najib tak jadi PM nanti, mereka tak boleh bersaing, lemah daya juang, dan susah berdikari.
Cara Najib nak pikat hati pengundi bukan Melayu mengorbankan hak-hak Melayu secara luarbiasa. Apa juga permintaan org China dan India diberi tanpa had. Dana pendidikan China dan pembinaan kuil Hindu mencurah2. Malah rajin pula masuk kuil di Batu Caves. Sepanjang yg saya ingat Dr. M dulu jadi PM 22 tahun, tak pernah raikan Thaipusam dlm kuil di Batu Caves.
Najib juga cenderung buat benda2 popular. Deretkan Michele Yeoh, Jimmy Choo dan PSY kononnya nak tarik undi Cina. Hasilnya...habuk pun tarak...
Prestasi buruk Najib nampak lebih teruk dari Pak Lah. Tapi nampaknya bernasib baik sebab takde desakan suruh dia letak jawatan. Mungkin sebab org rasa seronok Kedah balik pd BN. Itupun sebenarnya jasa Dr. M. Memang aura Dr. M masih kuat. Malah sebenarnya melihat prestasi Najib sekarang, ramai yg rindu dan terharap2 Dr M dianugerahlkan kesihatan utk terus aktif dan mungkin boleh ajar apa yg patut pd Najib.