Isnin, 6 Mei 2013

LAGI HOT! Pas Kedah akui Kalah Di Sebabkan BN Kedah kuat dan Pas Lemah!! #PRU13



Selalu kita dok dengar puak Pas ni sembang besar. Bila sembang saja confirm tak jatuh. Rasa Kedah ni macam depa punya saja.

Tapi bila dah kalah semalam, terbukti depa memang ada masalah. Malah Jentera BN Kedah 'makin' kuat sekarang ni.

Pengarah Pilihan raya PAS Kedah, Datuk Mohd Yusof berkata beliau "tidak nampak" punca kekalahan Pakatan Rakyat di negeri disebabkan wujudnya pergeseran antara Azizan-Phahrolrazi.

Sebaliknya, kata beliau, kedua-dua pemimpin PAS itu mendapat majoriti yang tinggi dalam pilihan raya umum kali ini.

BN berjaya memenangi 21 kerusi untuk merampas Kedah daripada Pakatan Rakyat yang mendapat 15 kerusi.

Bercakap dalam satu sidang akhbar, Mohd Yusof berkata antara analisis awal berhubung punca kekalahan Pakatan Rakyat di tujuh kerusi antaranya di DUN Tanjung Dawai, adalah mengenai pertambahan undi tentera sebanyak 6,000 di Tanjung Dawai.

Dakwanya, dahulunya undi tentera itu menjadi undi pos di Belantik dan kini kembali semula di Tanjung Dawai.

Manakala di DUN Ayer Hitam, faktor gerak kerja Datuk Mukhriz Mahathir yang "all out" untuk memberi cabaran sehingga menang dengan majoriti lebih 3,700 di DUN itu.

Selain itu, kekalahan PAS di DUN Kupang, Jeneri dan Bandar Baru antaranya disebabkan "masalah dalaman" termasuk tiada kata sepakat di kalangan pemimpin peringkat kawasan menyebabkan PAS tidak mendapat sokongan padu daripada akar umbi.

Kawasan lain yang gagal dipertahankan PAS ialah Bukit Lada dan Pantai Merdeka.

Selain itu, di kawasan tersebut juga kekurangan pengundi cina yang boleh membantu PAS dan Pakatan Rakyat mempertahankan kerusi tersebut.

Mereka akan membuat post mortem untuk menentukan punca sebenar kekalahan parti itu.

"Kita menerima keputusan rakyat dengan hati terluka. Ini satu kekalahan yang menjadi panduan dan pedoman kita pada masa akan datang.

"Kita akan meneruskan perjuangan. Kekalahan sebenar dalam pilihan raya, tetapi kekalahan sebenar adalah lari dari perjuangan untuk menegakkan Islam bagi PAS dan tegakkan keadilan bagi parti lain (dalam Pakatan)," katanya.

"Kita terimanya dengan penuh rasa syukur kepada Allah," katanya lagi.

Menteri besar Datuk Seri Azizan tidak hadir sewaktu pengumuman tersebut.


McTheory:
Pesanan pada orang UMNO semua, walaupun kita berbeza ideologi, tapi kita tetap sedara seislam. Tu pun kalau orang Pas mengaku Islam UMNO sama macam Islam Pas la..

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kembalilah bersama2 menyemarakkan harapan rakyat. elak perpecahan sesama melayu.

Tanpa Nama berkata...

cukup2lah cerita pasal PAS. skrg ni UMNO BN dh perintah.. fokus lah pd gerak kerja.. ni dh terjaingkit perangai Harakah jugak.. dh perintah tp masih rasa mcm pembangkang..

weii buka mata la bro!!

Tanpa Nama berkata...

Pelik jugok pas kalah di kedah.. Dlm kertas nampak cantik, dapat tarik pelaburanla, sifar rahsuah la, pemimpin berkaliberla, dll.. Ingatkan pru13 kedah ditakluki PR dengan majoriti dan DUN yang lebih banyak, rupa rupanya indah kabar dari rupa... Pandai jugak la pemimpin pas berbohong, yea?