Sabtu, 25 Mei 2013
PANASS!! Gambar Blackout Ketika Kiraan Undi Hanyalah Satu Fitnah Pakatan Haram!! #Blackout505
Ini betul-betul kerja 'setan'. Sanggup lakonkan kejadian 'blackout' hari pengiraan undi sebelum PRU lagi hanya menimbulkan keraguan terhadap proses pilihanraya di Malaysia. Yang dimaksudkan adalah sekeping gambar kononnya berlaku 'blackout' ketika proses pengiraan undi malam 5 Mei baru-baru ini.
Hari ini, SPR mendedahkan bahawa siasatan awal mereka menunjukkan gambar tersebut adalah fitnah dan lakonan itu dirakamkan sebelum PRU13 lagi.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, kesimpulan itu dibuat hasil penelitian beliau bersama pegawai-pegawainya.
"Mereka sudah melakonkan perkara ini sebelum pilihan raya lagi untuk disebarkan di internet sebagai helah bagi menunjukkan kononnya berlaku kejadian lampu padam, sedangkan ini semua cerita karut.
"Pada gambar tersebut ditunjukkan kononnya petugas SPR sedang mengira kertas undi dan terpaksa menggunakan lampu bantuan kerana lampu padam sedangkan petugas itu langsung tidak memakai baju SPR," katanya.
Beliau berkata, bukti paling nyata apabila gambar tersebut menunjukkan terdapat ramai pemberita dan jurugambar berada di dalam tempat pengiraan undi sedangkan hakikatnya tidak ada sesiapa yang boleh berada di tempat tersebut melainkan petugas SPR dan ejen calon.
"Prosedur Operasi Standard (SOP) dan tatacara kerja seperti yang ditunjukkan oleh gambar itu langsung tidak betul... mereka sudah terlupa, hendak menipu tetapi tidak faham tatacara kerja dan tidak matang.
"Malah dulang yang digunakan untuk meletak kertas undi juga bukan dulang SPR, bahan dan saiznya berbeza.. banyak perkara dalam gambar tidak ikut SOP SPR," katanya.
Wan Ahmad berkata, sehingga kini tiada sebarang laporan polis dibuat berkaitan dakwaan lampu padam dan itu membuktikan bahawa ia ternyata fitnah pembohongan yang direka-reka dan tidak berasas.
"Kalau ada lampu padam, tentulah ada ejen-ejen parti membuat laporan polis, mereka mewakili calon, mereka ada di tempat mengira undi, jika lampu padam dia yang akan mula-mula sekali berlari buat laporan polis, tetapi tidak.
"Malah pada malam pengiraan undi itu juga, saya apabila mendapat 'tweet' mengatakan lampu padam oleh 'cybertrooper' yang tidak bertanggungjawab, kita terus semak kawasan mana, kita semak dengan pengarah negeri kita, Pegawai Pengurus dan saluran sekolah yang dituduh tetapi ternyata tidak ada apa-apa," katanya.
Dalam pada itu, mengenai dakwaan sebuah akhbar pembangkang bahawa 24 petugas SPR di Besut, Terengganu telah dikurung bagi memangkah kertas undi, Wan Ahmad berkata beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat dakwaan berkenaan.
Beliau berkata, namun kesemua mereka dipercayai masuk ke satu bilik itu untuk memangkah kertas undi masing-masing memandangkan kesemua mereka mengundi secara pos kerana bertugas pada PRU13.
"Salah seorang daripada mereka didapati telah membuat laporan polis... itu keputusan yang bagus dan betul agar polis dapat membuka kertas siasatan.
"Namun dipercayai mereka mendapat sampul surat yang berisi kertas undi untuk mengundi cara pos dan itu hak mereka untuk pangkah di mana-mana lokasi termasuk di dalam bilik yang dikatakan itu.. namun apa yang sebenarnya berlaku kita tidak tahu," katanya.
Katanya, masyarakat tidak harus membuat andaian dan rumusan sendiri dengan hanya membaca melalui media pembangkang sedangkan semua yang dilaporkan berkaitan SPR adalah buruk dan berbaur fitnah.
Sementara itu, Wan Ahmad berkata cadangan pembangkang agar Tribunal Rakyat ditubuhkan adalah amat berbahaya kerana ia membelakangkan perlembagaan dan undang-undang negara.
"Siapa yang akan mewakili Tribunal Rakyat itu? Orang-orang mereka, pemimpin NGO yang selama ini yang menentang sistem dan dasar pilihan raya? Mereka yang menyemai budaya tidak baik dan tidak sopan pada anak muda?," katanya.- Agenda Daily
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
Aku bertugas sebgai kerani undi & kira undi...setau aku...seluruh Msia mula buat pengiraan seawal bermula jam 5.30 ptg di saluran msg2... Dan kiraan di pusat pengundiaan utama bermula jam 8 mlm....kalo kata kami ni nk menipu...camne yea jika agen mengundi setiap parti tgok keja kami dpan mata dorg terus dr A to Z....siap kira semua jumlah mengundi, jumlah keluar mengundi brape.....kira teliti jumlah undi diterima, undi rosak,undi ragu2... Polis jaga di luar blik saluran....no more cameras...no more fon calls...pelik kalo kata kami ni nak tpu n tak telus....tiap x org nk dtg mengundi...semua org dlm blik saluran mengundi buat keja serentak!! Nak curi mkn & solat pun bergilir2...kami penat buat kerja dr awal subuh dh tgalkn umah...dah isyak baru balik....ini bkan negara low education & low class minded....hanya org BODOH je yg kata election kali ni x betul!!! Korg x keje blakg tabir....xtau prosedur keje camane...jgn sesuka hati nk hentam kata mengiraan undi ni tak betul!! Letih buat keja spr pun xhilang lg....korg nk tambah bara kt api yg lum pdam lg....jgn smp diri korg terbkar rentung nanti!!!!
Cube tgok lelaki yg berdiri pling hujung kanan...siap pegang camera lagi!!!! Mane boleh... Kalo nk kira undi keseluruhan di pusat undi utama... Slalunya wartawan drect live record....tak pyh snap2 gmbr... cara kira undi pyn tak betul....set up kotak nak letak kertas undi diragui sahihnya...bak kata zizan RL... NAMPOK SAME TAPI BUKANG DIA !
Dari gambar yang ditunjukkan oleh pro pembangkang jelas petugas SPR memakai baju T yang dibekalkan oleh SPR. Kotak-kotak kiraan undi juga adalah kotak-kotak SPR. Petugas memakai tag nama yang ada gambar diri yang juga tag dibekalkan oleh SPR. Gambar itu adalah benar.... yang TIDAK BENARNYA adalah kejadian 'black out'. Kiraan undi dijalankan sebaik tamat pengundian pada jam 5.00 petang.... hari itu belum lagi gelap. Gambar seolah-olah waktu malam kerana terdapat 2 orang petugas yang mengambil gambar menggunakan flash dan mengambil gambar adalah suatu kesalahan jika tidak ada kebenaran dari SPR. Petugas itu boleh dikenakan tindakan.
Catat Ulasan