Sabtu, 25 Mei 2013
PANASS!! Mahkamah Takut Pada Pakatan Haram? #TolakPR
Permohonan pihak polis untuk mendapatkan tahanan remand 14 hari untuk Tian Chua, Harris Ibrahim dan Tamrin Ghaffar ditolak pihak mahkamah. Kisahnya boleh dibaca di The Mole SINI
Persoalan kini adalah samada Mahkamah adalah sebuah institusi yang membantu membawa hidup "law and order" (undang-undang dan peraturan) kepada masyarakat atau mendokong cita-cita anarkis (puak yang mahu bawa kucar kacir).
Nampaknya mahkamah lebih gemar melayani anarkis yang merepek.
Pilihanraya telah dijalankan secara aman dan adil tetapi pihak pembangkang yang dari awal lagi kata akan tetap mahu tuduh pilihanraya penipuan walaupun tuntutan merepek mereka dilayani.
Proses keputusan pilihanraya ada caranya untuk ruang membuat protes dan wakil-wakil calun ada berperanan menyemak dan memantau setiap langkah dan proses pilihanraya.
Sebaik keputusan dah digezetkan, mereka bolehlah buat petition dan jika ada bukti sah, pihak mahkamah tinggi boleh buat keputusan.
Kini lain pula dengan sikap mereka, proses tak mahu dilalui tapi mereka mahu menghasut orang ramai jatuhkan kerajaan secara revolusi haram sedangkan proses pemilihan dah dilakukan dengan adil.
Tuduhan 45 ribu bangla masih tak dibuktikan. Lebih jelas DAP tersalah tangkap orang-orang yang salah hingga ada pemimpin mereka terpaksa mengaku salah. Insiden blackout masih tak ada dengar protes dari wakil calun yang hadhir akan ada berlaku penyelewengan. dan bukan
Bila dah jelas mereka mahu membawa undang-undang ditangan sendiri dan kalau mahkamah buat keputusan yang tak selari dengan mereka, puak ini akan juga persoalkan.
Malangnya pihak mahkamah mengambil sikap mudah dan nampaknya inilah trend akhir-akhir ini sikap mahkamah.
Mahkamah bagaikan jadi SAVIOUR OF ANARCHY dari membawa law and order dengan menolak permohonan polis untuk tahanan remand.
Menurut Flying Kick SINI, Mahkamah dah jadi penghalang kepada keamanan awam. Hakim-hakim bagaikan takut untuk hadapi serangan bertali arus oleh Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat terhadap sistem perundangan negara, terutama sekali terhadap Peguam Negara tidak lama dahulu.
Begitu juga dengan serangan peribadi terhadap Ketua Hakim Negara melibatkan beberapa orang peguam kanan, menggemparkan negara.
Bermula dari situlah, badan perundangan negara kelihatan lebih berpihak kepada Anwar Ibrahim dan gerombolannya dengan keputusan-keputusan luar jangka, sama ada menerusi kelemahan Pendakwaraya atau keputusan hakim atau majistret yang terlebih berpihak kepada Anwar Ibrahim dan gerombolannya.
Ironinya, selepas banyak keputusan berpihak kepada Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim, terutama sekali saman fitnah, Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim tidak lagi memperkatakan tentang kebobrokan badan perundangan negara!
Kementerian Dalam Negeri dan PDRM kelihatan sedang bertungkus lumus untuk mengamankan negara ini daripada pengacau-pengacau yang tidak dapat menerima keputusan PRU13.
Namun ramai juga yang menjangkakan, tugas Menteri KDN dan KPN bukannya semudah menangkap dan menahan, sebaliknya mereka perlu berhadapan dengan satu lagi halangan besar iaitu MAHKAMAH DAN HAKIM.
Adakah hakim-hakim ini dah jadi penakut macam ayam mementingkan jawatan dan populariti hingga takut nak utamakan ketenteraman awam demi nak jadi popular kepada Pakatan Rakyat?
Nukilan dari The Unspinners
McTheory:
Kalau takut lepas jawatan saja la.. bagi orang lain pulakkk!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
10 ulasan:
sisat latarbelskang!
biasalah bro, kalau mahkamah tidak menyebelahi BN kata mahkamah tak adil, bila mahkamah menyebelahi PR kata mahkamah tak adil..
Polis minta 14 hari memang melampau,
Minta 3 atau 7 sudah mencukupi, kita lebih bimbang sabotaj datang dari pihak .pendakwa. Sendiri, minta yg bukan2, sengaja...tentulah tak dapat
Kan k kbnyakkan peguam @ hakim ni pnyokong pr...
Setuju sangat
mahkamah selalunya penyokong gay anwar...
weyh bangang, dpa insaf dh 2 nk bsetongkol dgn puak lengai mcm mpa. bajet bgus plak..
ayt konklusi MC mcm tju kt ktua spr ja. hahaha. smart kot..
* "klu tkot lpas jwtn saja la, bg org len plak NOO"
PR Kalau menang justice done sebaliknya BN bersengkokol dgn mahkamah atau konsipirasi
Like.. ^_^
Catat Ulasan