Cabaran Getir Presiden UMNO |
Mc sebenarnya susah hati memikirkan Pemilihan UMNO yang akan datang. Sudah la mengunakan sistem baru, persaingan lepas PRU pula sudah tentu agak sengit.
Buat pertama kali dalam sejarahnya, Umno sebagai parti terbesar orang Melayu, akan menyaksikan pemilihan jawatan tertinggi parti dengan cara yang berbeza dan unik, melalui proses demokrasi yang lebih meluas dan sekali gus menguji kematangan akar umbi parti.
Beberapa fakta berikut yang muncul setelah tujuh pindaan dibuat terhadap perlembagaan Umno yang diluluskan perwakilan pada Oktober 2009 menjadikan pemilihan kali ini menarik perhatian ramai:
* 146,500 anggota peringkat akar umbi akan memilih secara langsung pucuk pimpinan parti berbanding 2,500 orang perwakilan sahaja sebelum ini. Mereka juga akan memilih langsung pimpinan di bahagian masing-masing.
* Hapusnya sistem kuota yang sekali gus membuka ruang seluas-luasnya kepada anggota untuk bertanding dengan syarat minimum bagi pertandingan mana-mana jawatan Majlis Tertinggi ialah pernah memegang jawatan Anggota Majlis Tertinggi atau Anggota Jawatankuasa (AJK) bahagian selama satu penggal.
* Syarat untuk bertanding AJK bahagian ialah telah menjadi anggota parti selama tiga tahun.
Sebelum pindaan perlembagaan parti, jawatan tertinggi parti memerlukan seseorang yang mahu bertanding terlebih dahulu mendapat jumlah atau kuota sokongan tertentu daripada 191 bahagian Umno iaitu:
* Presiden - 30 peratus atau sokongan daripada 57 bahagian
* Timbalan Presiden - 20 peratus atau 38 bahagian
* Naib Presiden - 10 peratus atau 19 bahagian
* Anggota Majlis Tertinggi - 5 peratus atau 10 bahagian
* Ketua Pemuda - 20 peratus atau 38 bahagian
* Ketua Wwanita - 20 peratus atau 38 bahagian
* Ketua Puteri - 20 peratus atau 38 bahagian
Selain itu, untuk jawatan naib bagi ketiga-tiga sayap parti itu pula, hanya perlu mendapat sokongan sebanyak 28 bahagian atau 15 peratus.
Persoalan yang timbul ialah sejauh manakah perwakilan mampu menunjukkan kematangan mereka dalam proses pemilihan kali ini?
Menurut penganalisis politik Dr Ibrahim Ghafar, ramai yang memerhatikan sama ada dengan penghapusan kuota itu, jawatan tertinggi akan turut direbut oleh sesiapa sahaja yang merasakan diri mereka layak.
"Jika itu terjadi tidakkah pemilihan Umno akan menjadi pentas bagi berhibur dan sesuka hati menawarkan diri atau mencuba nasib kalau-kalau terpilih atau ada yang ditaja oleh pihak luar yang mahu rakyat melihat Umno sebagai sebuah parti sarkas?," tanya beliau.
Ibrahim berkata banyak orang banyaklah pandangan peribadi termasuk mereka yang serius menawarkan diri setelah layak kerana sudah menjadi AJK bahagian dan mahu menempa nama dalam sejarah dengan bertanding sebagai presiden Umno atau timbalannya.
"Mudah-mudahan ini tidak akan terjadi dalam parti keramat bagi orang Melayu ini.
Namun kita harus lihat kemungkinannya kerana sekarang tiada lagi sebarang halangan apa pun," katanya, yang percaya jumlah kuota sokongan tertentu masih perlu diterapkan.
"Bagaimana pula kalau ada 100 atau 1,000 anggota mencalonkan diri.
Tidakkah menimbulkan masalah teknikal bagi jawatankuasa pemilihan? Jika ini terjadi dari mana Umno akan menggamit kekuatan dan kesepaduan sokongan kepada pucuk
pimpinan?" tambah beliau yang mengakui risau.
Mengakui bahawa pandangannya agak terlambat disuarakan, beliau percaya masih ada ruang dan masa bagi jawatankuasa pemilihan parti untuk memperkemas syarat atau peraturan tambahan yang logik untuk membolehkan penawaran diri sebagai calon.
Ibrahim berkata banyak cara lagi boleh dibuat untuk mencerminkan amalan demokrasi yang telus dan meluas dalam parti dan satu daripadanya telahpun dipersetujui iaitu membenarkan pemilihan langsung oleh 146,500 anggota.
Menarik juga untuk diperhatikan ialah adakah pindaan perlembagaan yang membolehkan anggota yang sebegitu ramai terlibat dalam pemilihan akan mampu menghapuskan secara total gejala politik wang?
Penganalisis politik Che Hamdan Che Mohd Razali berkata gejala politik wang mampu dikurangkan apabila Umno menambah jumlah perwakilan kepada 146,500 orang pada pemilihan kali ini.
"Ini selaras dengan apa yang dikehendaki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Namun seperti lazimnya sesuatu yang baharu seperti pindaan kepada perlembagaan ini contohnya akan memerlukan masa untuk menghapuskan sepenuhnya politik wang," katanya.
Beliau berkata ia boleh menjadi langkah yang berkesan menghapus politik wang asalkan ada pemantauan yang ketat manakala jumlah perwakilan yang banyak itu juga dengan sendirinya menyukarkan pihak yang berniat melakukannya kerana pastinya tidak mampu dijangkau.
Pensyarah Sains Politik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Terengganu itu berkata sekali gus persepsi kroni atau nepotisme yang dilemparkan kepada Umno kini diserahkan kepada perwakilan yang akan memilih pucuk pimpinan parti.
"Sekiranya selepas pemilihan masih ada suara-suara yang menyatakan Umno mengamalkan nepotisme atau kroni, ini adalah salah perwakilan kerana mereka yang memilih langsung,"
Sudah semesti pengunaan wang yang dipolopor oleh Anwar Ibrahim suatu ketika dulu akan terhapus. Namun pepecahan disebabkan manusia gila kuasa pasti berlaku. Sebab ada manusia dalam UMNO ni yang tak pandai bekerja, namun rasa diri mereka hebat. Orang macam ini yang akan memecah belahkan Umno.
Waktu ni juga kita ahli Umno patut menolak Ketua Pemuda negeri atau bahagian yang dok cari projek untuk kroni sendiri, Ketua Bahagian yang berlagak taknak turun padang, turun pun masa berkempen PRU saja, Ketua Puteri negeri atau bahagian yang berasa hebat. Orang-orang macam ni yang patut kita tepis keluar dari jawatan tertinggi Umno.
Berapa lama kita nak tengok puak cari makan dalam Umno bermaharajalela? Sedangkan ada ahli Umno sendiri yang berjuang mati-matian untuk parti ditolak beransur-ansur.
Ramai lagi yang boleh buat kerja, Mc taknak la letak nama sesiapa kat blog ni. Namun kalau terpaksa, demi kebaikan Umno, Mc tak takut nak berdepan dengan puak sombong dan gila kuasa.
McTheory:
Transformasikan UMNO, Berubah Sebelum Kena 'Ubah'!
3 ulasan:
UMNO jangan sibok tentang pemilihan sahaja tetapi buat satu gerakan besar besaran untuk mendaftar ahli baru. berjuta juta umat melayu masih menjadi pemerhati.
Pilihlah yg berani tegas pandai berkata kata dan bertindak dan PRO MELAYU 10000000%
Jgn pilih PRO CINA..pandai bodek hanya hancurkan Melayu.
Jgn pilih org hanya mengayakan diri kroni dan cina kui.
PILIH PEMIMPIN PRO MELAYU
'Pemilihan UMNO Formet Baru Transfomasi UMNO atau Menghancurkan UMNO'...???
Dari pengalamn yang pernah kita lalui sejak puluhan tahun UMNO ujud, berbagai tranformasi telah dibuat oleh kepimpinan yang terdahulu. Sejak mutakhir ini pula dengan kesedapan menyebut tranfomasi, maka sadikit perubahan berlaku yang membawa kelainan pemilihan pucuk pimpinan tertinggi dan Bahagian yang asasnya ialah untuk mengelakkan berlaku politik wang dalam UMNO, maka perubahan itu dibuat. Bahasanya transfomasi.
Apa yang pentingnya, kita kena melihat akan keberkesanannya samada transform atau tidak sikap gunaan wang oleh pihak yang mahukan kemenangan dalam pemilihan UMNO satelah pindaan itu dibuat?. Pada kita, ianya tidak akan transform.
Kenapa?. Ini semua kerana Ketua Bahgian masih banyak lagi yang boleh dibeli.
Macam mana?. Daripada 140,500 lebih undi wakil dalam mesyuarat perwakilan Bahagian dari 191 Bahagian, beli 100 Ketua Bahagian yang kuat dan boleh overool perwakilan Bahagiannya, calun yang berkenaan sudah dikira top10 dah. Menanglah dia di MT.
Lojiknya, boleh buat tak?... jawabnya boleeeeh.
UMNO ada transformasi ka dari segi politik wang?. Jawabnya tidaaaak
Catat Ulasan