Memaparkan catatan dengan label Pemilihan UMNO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pemilihan UMNO. Papar semua catatan
Ahad, 20 Oktober 2013
INFO! Penyandang Naib Presiden Kekal, Cara Baru Untuk Meremajakan UMNO? #PemilihanUMNO
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengekalkan gandingan mereka sebagai naib presiden Umno untuk penggal 2013-2016.
Keputusan boleh tengok dibawah,
Mc agak sedih dan terkilan apabila Dato Mukhriz gagal mendapat tempat ke kerusi Naib Presiden. Nampaknya slogan nak meremajakan UMNO tu hanya slogan semata-mata, tak pun dipraktikan oleh perwakilan.
Nak cakap banyak pun tak guna, kalah dah kalah. Akur saja pada keputusan, namun kata orang biar kalah bermaruah, jangan menang sebab bermewah! Betul?
McTheory:
Nak pi cium keris satt.. adeh laa..
Sabtu, 19 Oktober 2013
TERKINI! Update Total Keputusan Tak Rasmi Naib Presiden Sehingga Kini!! #PemilihanUMNO
Mc takkan update berapa bahagian yang menang.. Mc terus Update TOTAL keseluruhan.. hinggalah tamat pengiraan bahagian
Tidak Rasmi/Naib Presiden (6.30 ptg): Zahid (104 undi), Shafie (94), Hishammuddin (57), Mukhriz (47), Ali (6), Isa (6)
Untuk melihat senarai bahagian klik link SINI
TERKINI!! Lagi Update Keputusan Tak Rasmi Bahagian Untuk Naib Presiden!! #PemilihanUMNO
Keputusan Tak Rasmi Naib Presiden di beberapa bahagian! Nampaknya keputusan masih sengit.. cuma, Mc terkejut dengan perwakilan UMNO yang tak mahu perubahan dilakukan. Terkilan!
Tidak Rasmi Keputusan Naib Presiden (5.45 ptg): Zahid Hamidi (69 bahagian), Shafie Apdal (62), Hishammuddin (39), Mukhriz (32), Ali Rustam (4), Isa Samad (4)
UPDATE
Pulai
1- Zahid
2- Shafie
3- Hisham
Jasin
1- Zahid
2- Shafie
3- Mukhriz
Bera
1- Zahid
2- Shafie
3- Hisham
Tanah Merah
1- Zahid
2- Shafie
3- Hisham
Bachok
1- Zahid,
2- Shafie
3- Mukhriz
Temerloh
1- Zahid
2- Hisham
3- Shafie
Paya Besar
1- Zahid
2- Hisham
3- Shafie
PJ Selatan
1- Zahid
2- Mukhriz
3- Shafie
Kubang Kerian
1- Zahid
2- Shafie
3- Mukhriz
Parit Buntar
1- Zahid
2- Shafie
3- Hisham
Bayan Baru
1- Zahid
2- Mukhriz
3- Shafie
Gerik
1- Zahid
2- Hisham
3- Shafie
Beruas
1- Zahid
2- Mukhriz
3- Shafie
Kuala Kangsar
1- Zahid
2- Shafei
3- Isa
Ketereh
1- Zahid
2- Shafei
3- Mukhriz
Gua Musang
1- Zahid
2- Shafei
3- Isa
Pasir Salak
1- Zahid
2- Shafei
3- Mukhriz
Tampin
1- Zahid
2- Shafei
3- Isa
Lumut
1- Zahid
2- Shafie
3- Hisham
Bagan Datoh
1- Zahid
2- Shafie
3- Hisham
Ipoh Barat
1- Zahid
2- Shafie
3- Mukhriz
Lembah Pantai
1- Zahid
2- Shafei
3- Hisham
Kuala Selangor
1- Zahid
2- Shafei
3- Hisham
Kota Kinabalu
1- Zahid
2- Mukhriz
3- Hisham
Batu Kawan
1- Zahid
2- Shafei
3- Mukhriz
Puchong
1- Zahid
2- Shafei
3- Mukhriz
Tebrau
1- Mukhriz
2- Hisham
3- Zahid
Subang
1- Zahid
2- Shafei
3- Mukhriz
Ampang
1- Zahid
2- Mukhriz
3- Shafei
Tambun
1- Zahid
2- Shafei
3-Mukhriz
Batu Gajah
1- Zahid
2-Shafei
3- Ali
Cheras
1- Zahid
2- Mukhriz
3- Hisham
Padangan Rengas
1- Zahid
2- Mukhriz
3- Shafei
Teluk Kemang
1- Isa
2- Zahid
3- Mukhriz
Raub
1- Zahid
2- Shafei
3- Hisham
Nibong Tebal
1- Shafei
2- Zahid
3- Mukhriz
Pagoh
1- Zahid
2- Shafei
3- Hisham
Bukit Bendera
1- Zahid
2- Ali
3- Hisham
Maran
1- Zahid
2- Shafei
3- Hisham
Tanjung
1- Zahid
2- Mukhriz
3- Hisham
Ayer Hitam
1- Hisham
2- Zahid
3- Shafei
Sembrong
1- Hisham
2- Zahid
3- Shafei
Jempol
1- Shafei
2-Hisham
3- Isa
Nibong Tebal
1- Zahid
2- Shafei
3- Mukhriz
Parit
1- Zahid 462
2- Shafei 331
3- Hisham 228
4- Mukhriz 227 (boleh bantahan buat kiraan semula ni)
Bentong
1- Shafei
2- Zahid
3- Hisham
Ledang
1- Zahid
2- Hisham
3- Shafei
Sungai Besar
1- Zahid
2- Shafei
3- Mukhriz
Akan diupdate kelak.. dari masa kesemasa..
Mana bahagian Kedah ni? Lambat ehh kira...
TERKINI! Update! Keputusan Tak Rasmi Naib Presiden di beberapa Bahagian UMNO! #PemilihanUMNO
Keputusan Tak Rasmi Naib Presiden di beberapa bahagian!
Tambun
1- Zahid
2- Shafei
3-Mukhriz
Batu Gajah
1- Zahid
2-Shafei
3- Ali
Cheras
1- Zahid
2- Mukhriz
3- Hisham
Padangan Rengas
1- Zahid
2- Mukhriz
3- Shafei
Teluk Kemang
1- Isa
2- Zahid
3- Mukhriz
Raub
1- Zahid
2- Shafei
3- Hisham
Nibong Tebal
1- Shafei
2- Zahid
3- Mukhriz
Pagoh
1- Zahid
2- Shafei
3- Hisham
Bukit Bendera
1- Zahid
2- Ali
3- Hisham
Maran
1- Zahid
2- Shafei
3- Hisham
Tanjung
1- Zahid
2- Mukhriz
3- Hisham
Ayer Hitam
1- Hisham
2- Zahid
3- Shafei
Sembrong
1- Hisham
2- Zahid
3- Shafei
Jempol
1- Shafei
2-Hisham
3- Isa
Nibong Tebal
1- Zahid
2- Shafei
3- Mukhriz
Parit
1- Zahid 462
2- Shafei 331
3- Hisham 228
4- Mukhriz 227 (boleh bantahan buat kiraan semula ni)
Bentong
1- Shafei
2- Zahid
3- Hisham
Ledang
1- Zahid
2- Hisham
3- Shafei
Sungai Besar
1- Zahid
2- Shafei
3- Mukhriz
Akan diupdate kelak.. dari masa kesemasa..
Mana bahagian Kedah ni?
HOT! Lagi Fitnah Terhadap Dato Mukhriz Dikatakan Tak Layak Bertanding!! #PemilihanUMNO
Makin teruk fitnah sekarang ni, Dato Mukhriz dikatakan tidak layak bertanding atas alasan kononnya berkempen mengunakan wang. Bukan saja mesej ini tersebar di facebook malah di sms dan twitter juga.
Siapa la yang busuk hati buat perkara terkutuk ni. Untuk pengetahuan pembaca petikan FB diatas bukan dari akaun rasmi Tan Sri Muhyiddin. Itu adalah akaun 'Palsu' yang mengunakan nama TS Muhyiddin.
Minta perwakilan jangan terpadaya dengan segala tohmahan yang diberikan. Dato Mukhriz layak bertanding dan pihak yang memfitnahnya sudah pun memohon maaf.
Tolong sebarkan perkara ini.. penjelasan perwakilan..
![]() |
| Gambar Dato Mukhriz menunaikan tanggung jawabnya sebagai perwakilan di Jerlun sebentar tadi.. |
HOT! Ada Ketua Bahagian di Kedah Tak Suka Dato Mukhriz? #PemilihanUMNO
![]() |
| Ini adalah 'Cai' Pokok Sena.. |
Pada pembaca yang tak faham apa itu 'Cai'. Cai bermaksud 'Tips' dari mana-mana kumpulan yang mahu orang-orangnya dipilih atau orang yang disokongnya dipilih. Semua bahagian keluarkan tips ini yang lebih dikenali sebagai Cai untuk memudahkan perwakilan mengisi siapa yang layak kedalam borang undian nanti.
Bila kita sebut Kedah, sudah tentu kita tahu bahawa Dato Mukhriz Mahathir bertanding Naib Presiden UMNO. Sebagai Menteri Besar Kedah dan juga Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, adalah wajib setiap bahagian di Kedah 'menyarankan' dan memasukkan nama beliau dalam Cai dibahagian tersebut.
Itu adalah kebiasaan, mestilah bahagian di Kedah menyokong beliau. Namun adalah pelik apabila ada bahagian yang tidak memasukkan nama beliau sebagai calon Naib Presiden yang wajib dipilih!! Pada pemulaan Cai dikeluarkan memang ada nombor 05 sebagai pilihan. Tapi selepas tengah malam keluar pulak Cai baru yang tiada nombor 05 untuk Naib Presiden!
Kenapa agaknya?
Gambar diatas adalah Cai yang tiada nombor 05 dalam senarai Naib Presiden. Malah Cai tersebut Mc difahamkan, dibuat oleh kumpulan Ketua Bahagian Pokok Sena sendiri. Mat Lebai Sudin, kenapa agaknya bahagian Pokok Sena menolak Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri sendiri?
Sudahlah dalam rekod, Pokok Sena antara Bahagian yang mempunyai masalah dalaman paling banyak. Kali ni Pokok Sena juga mengkhianati ketua mereka sendiri.
Apakah Ketua Bahagian Pokok Sena mempunyai masalah dengan Dato Mukhriz? Hanya dia saja yang boleh jawab. Tapi bagi Mc, Lebai Sudin tidak layak untuk menjadi Ketua Bahagian Pokok Sena lagi. Kalau ada orang Pokok Sena nak angkat lagi dia ni jadi Ketua Bahagian, memang 'tut' betul la.
Tranformasikan Pokok Sena!! Tolak Lebai Sudin dari jawatan Ketua Bahagian!!
McTheory:
Selagi Mat LESU ni ada.. selagi tu laa.. Pokok Sena tak berubah!
Jumaat, 18 Oktober 2013
INFO! Pemilihan UMNO Lebih Teruk Daripada Pemilihan Dap? #PemilihanUMNO #CecDap
Puak Pakatan sibuk dok kutuk dan perli pemilihan UMNO yang berlangsung dalam minggu ni. Apa pemilihan Pkr dan Dap bagus sangat ke?
Mc tertarik nak siarkan petikan dari blog The Dap Insiders,
Pemilihan semula CEC hujung minggu lepas membuatkan Dinasti Lim dan Dinasti Singh semakin pening kepala. Semuanya kerana kehadiran Jenice Lee sebagai perwakilan dan turut membuang undi.
Rakyat Malaysia telah mengetahui Jenice Lee dipecat daripada DAP semasa GE 13, April 2013. Tiba-tiba Jenice hadir membuang undi untuk memilih CEC minggu lepas. Gambar-gambar kehadiran Jenice termasuk gambar Jenice sedang memasukkan kertas undi CEC ke dalam kotak disebarkan dengan meluas di internet.
Penyebaran gambar-gambar itu membuatkan orang ramai yakin bahawa pemilihan CEC tidak dilakukan dengan betul dan tindakan ROS selama ini betul. Warga internet mempersoalkan bagaimana orang yang telah dipecat boleh hadir sebagai perwakilan ?
Dinasti Lim dan Dinasti Singh mengeluarkan arahan kepada semua ahli CEC supaya jangan mengulas perkara itu jika ditanya oleh pemberita atau sesiapa sahaja. Ini bagi mengelakkan bahana besar melanda DAP.
Kehadiran Jenice sebagai perwakilan adalah mengikut peraturan kerana pemecatannya sebelum ini tidak sah akibat CEC yang ada pada waktu itu tidak diiktiraf. Sebab itu beliau masih kekal sebagai perwakilan.
Jika ada mana-mana ahli CEC yang menjelaskan sebab kehadiran Jenice sebagai perwakilan ianya akan mengesahkan CEC sebelum ini tidak diiktiraf. Itu akan menyusahkan Dinasti Lim. Mereka mengambil tindakan mendiamkan perkara itu sebaliknya mengalihkan isu dengan menyerang ROS untuk menunjukkan mereka tidak bersalah dan mengelirukan rakyat. Sebab itu dalam tempoh seminggu ini Lim Guan Eng, Tony Pua dan Karpal Singh terus menyerang ROS. Rakyat Malaysia sekarang patut tahu bahawa bapak pembohong dan pembelit.
Dalam masa yang sama mereka juga sedang susah hati kerana kredibiliti mereka teruk tercalar di kalangan golongan intelek dan ahli perniagaan cina. Kecelaruan pemilihan CEC turut dirasai oleh Kerajaan Penang kerana ahli perniagaan mula berkira-kira untuk melabur modal di sana akibat dari kedudukan Lim Guan Eng yang tidak stabil.
Apa yang saya beritahu di bawah ini mungkin sukar untuk anda semua percayai. Namun saya boleh mempercayainya dengan mudah kerana saya telah lama bergaul dengan golongan ini. Cakap di depan lain dan lain perbuatan di belakang adalah perkara lumrah dalam DAP. Mereka bercakap pasal rasuah dan intergriti di depan rakyat namun di belakang ramai yang tidak tahu bahawa DAP sebuah parti yang kuat rasuah.
Tahukah anda bahawa kini DAP sedang berusaha untuk mengharamkan parti mereka sendiri ?
Sukar untuk percaya kan ?
Namun itulah hakikat yang berlaku sekarang selepas pemilihan semula CEC minggu lepas.
McTheory:
Kata orang teruk, depa lagi la dasat!!
HOT! Ada Tangan Ghaib Bakal Ganggu Mukhriz Jadi Naib Presiden? #PemilihanUMNO
Semakin hari semakin dekat masa yang dinanti-nanti, apakah ada perubahan pada UMNO. Atau UMNO akan tetap berada ditakuk lama. Sistem baru pemilihan akar umbi yang cuba ditampilkan oleh pengurusan atasan parti kalau dilihat atas kertas, semuanya elok, tiada cacat cela.
Tapi bila dilaksanakan, masih ada sangkut sana-sini. Pengurusan yang tidak terlatih, pekerja yang menguruskan agak terbatas dan kurang malah masih banyak kelemahannya. Mungkin sistem ini dilaksanakan buat kali pertama, tapi itu bukan alasan untuk menutup segala kegagalan.
Paling menakutkan apabila skrin kiraan di PWTC selalu OFF dan ON sesuka-hati. Setiap kali OFF akan bertukar kiraan di papan tersebut. Membuat orang luar terfikir, siapakah yang mengawal papan kiraan tu? Apakah boleh terjadinya magic atau tangan jahat untuk mengubah keputusan.
Sebab baru-baru ni Mc ada dengar arahan kononnya dari atasan yang mahu salah seorang penyandang Naib Presiden sekarang dipilih untuk kekalkan. Biar betul? Siapa yang bagi arahan macam tu?
Kalau nak bagi arahan, baik bertanding 2 kerusi Naib Presiden saja, yang satu tu simpan kat dia terus, betul tak?
Itu yang Mc risau, takut ada permainan magic dalam kiraan nanti. Lihat, apa yang terjadi pada keputusan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, yang sampai sekarang masih tidak mendapat keputusan.
Itu baru sayap, belum lagi peringkat tertinggi seperti Naib Presiden ni. Malah persaingan jawatan Naib Presiden makin lama makin sengit. Hinggakan takut orang baru seperti Mukhriz Mahathir akan dimain-mainkan begitu saja.
Mc mengikuti kempen Naib Presiden, tak payah cerita la bab-bab bagi upah. Hampir kesemuanya ada. Macam mana JK Pemantau buat kerja pun taktau la. Tapi bukan itu yang Mc risaukan, cuma takut permainan atasan yang mahu individu tertentu menang.
Sebelum ini pun ada cerita yang mahu Mukhriz Mahathir tumpukan kepada kerja sebagai menteri besar sahaja. Kononnya kata mereka Mukhriz masih baru dan tak layak untuk jawatan Naib Presiden.
Walaupun umum tahu akar umbi mahukan Mukhriz, malah gelombang Mukhriz sukar ditahan. Hinggakan setiap negeri yang beliau turun penuh sambutan dan sorakan terhadap beliau.
Disebabkan sambutan sebegitulah, beliau membuatkan penyandang Naib Presiden lain risau. Lebih-lebih lagi, Naib Presiden yang tidak mencapai kuota KPI. Atas lebih senang dipanggil tak buat kerja.
Oleh itu, mari semua para penyokong berani berubah terus mengundi Naib Presiden No. 05 dan berdoa semoga, tiada perkara 'magic' berlaku semasa keputusan Naib Presiden kelak.
Sama-sama kita usaha.. dan doa, senjata paling utama.
McTheory:
Ubah UMNO dengan berani berubah..
Rabu, 16 Oktober 2013
INFO! List MT yang Boleh Melingkupkan UMNO Kelak! #PemilihanUMNO

Terkejut apabila mendapat satu cai Pemilihan Umno untuk Majlis
Tertinggi baru-baru ini daripada satu bahagian bernama 'P' .. Cai ini
telah disebarkan kepada cawangan-cawangan di kawasan tersebut juga di
katakan telah di berikan ke beberapa bahagian lain.
Kalau kita baca cai di atas ternyata ia telah di buat oleh broker-broker
yang hanya mahu keuntungan semata-mata. Bayangkan dalam cai ini
terdapat 6 calon untuk Johor dan ada nama-nama dalam cai ini langsung
tak membawa apa-apa perubahan kepada Umno. Di mana keadilan kepada
calon-calon negeri lain !!!
Apakah ini yang di mahukan oleh perwakilan-perwakilan UMNO ?? Ada dalam
senarai ini langsung tidak membawa dasar-dasar Transformasi yang
dilaungkan !!
Di mana orang yang boleh buat kerja seperti Datuk Azeez Rahim dari Baling dan yang lain-lain ??
Inilah jenis yang hanya fikirkan keuntungan semata-mata bukannya untuk
membawa perubahan dan kebaikan kepada Umno dalam memperjuangkan Agama ,
Bangsa dan Tanah Air kita !!! Kepada yang buat cai ini jangan jadi
'haprak' !!!
Ini bukan persatuan atau pertandingan budak sekolah tadika !!! Perwakilan harus membuka mata dan menolak cai seperti ini !!!
HOT! Misteri dan Skandal Menghantui Calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia! #PemilihanUMNO
Anda nak calon rendah diri berketampilan pemuda kampung yang educated atau segak, berciri liberal dan korporat?
Antara dua ciri berbeza calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Jamawi Jaafar dan Khairul Azwan Harun atau nama glamornya Wan Bro.
Bila terikat keputusan diantara dua Naib Ketua Pemuda UMNO ni, Mc sebenarnya terkejut, kerana tidak menyangka Jamawi yang dilihat agak 'slow' berkempen dimedia massa, media baru dan konvesional menjadi pilihan bagi Pemuda UMNO untuk menemani Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang sekarang ini masih dipegang oleh saudara Khairy.
Mungkin pendekatan sederhana yang dilakukan oleh saudara Jamawi menimbulkan detik dihati perwakilan Pemuda UMNO akar umbi memilih beliau menjadi NKPUM.
Sesuailah bila KPUM dengan gaya imej korporat dan mahu pula diselitkan dengan liberalisme, mempunyai seorang Naib yang agak bersederhanaan dan lebih dilihat imej kampung yang menjadi kekuatan UMNO pada PRU yang lepas. Kerana UMNO banyak memenangi kawasan kampung dari bandar.
Perlu ada keseimbangan, kita taknak orang luar melihat Pemuda UMNO hanya terdiri dari golongan korporat yang mengangkat dagu saja kan?
Lagi satu, betul ke akar umbi memilih Khairul Azwan ni disebabkan dia layak menjadi NKP? Atau ada sebab lain yang disembunyikan. Sebab kecoh dibahagian utara ada individu yang menjadi tukang peraih undi sambil diselit pelincir.
Bab bagi pelincir ni yang jadi masalah dalam Pemuda UMNO. Dulu Khairy sendiri pernah disabitkan dengan pelincir ni, hinggakan kemenangan sebagai KP dibantah habis-habisan.
Kali ni calon NKP juga dikatakan terbabit dengan pelincir, takkan kita nak sokong orang yang beri pelincir. Takdak maruah ka kita sebagai Pemuda UMNO tergadai disebabkan dua, tiga ratus?
Mc taktau dakwaan ini benar atau tidak, cuma ia menjadi khabar angin yang kuat. Kalau takdak angin, masakan pokok bergoyang, betul?
Pelik kalau ada pihak yang gunakan pelincir, sebab dulu masa mula-mula bertanding, dikatakan 'Pertandingan Adik Beradik' tapi bila akhir-akhir kempen, adik beradik dah jadi tunggang langang. Malah si KPUM pun Mc nampak seolah-olah berpihak pada calon NKP yang sorang lagi ni.
Apa dah jadi? Sudah ada pilihan hati?
Mc coretkan dalam blog, untuk luahkan rasa. Sebab taknak keputusan undi popular dipengaruhi oleh sesiapa yang berkepentingan, bukan nak tuduh, tapi segalanya berkemungkinan. Kalau tak takkan kira undi pun sampai dua hari ye tak?
Doakanlah semoga demokrasi dalam UMNO subur dan dikekalkan.
Ahad, 13 Oktober 2013
INFO! Ramai Muka Baru Sayap UMNO di Kedah! #PemilihanUMNO
ALOR SETAR, - Sebanyak 23 muka baharu akan menerajui tiga sayap Umno Bahagian di Kedah selepas selesainya proses pemilihan ketiga-tiga sayap di 15 bahagian di negeri ini awal hari ini. Daripada jumlah itu, 11 orang menang tanpa bertanding iaitu tiga bagi pergerakan Wanita, satu bagi Pemuda dan tujuh bagi Puteri Umno. Paling banyak muka baharu ditampilkan adalah Pemuda Umno iaitu seramai 12 orang disebabkan ramai pemimpin Pemuda bahagian tidak mempertahankan jawatan atas faktor usia sudah melepasi 40 tahun. Daripada 15 bahagian, hanya empat Ketua Pemuda sebelum ini yang bertanding mempertahankan jawatan mereka iaitu Shafiqrahman Shamsuddin (Kuala Kedah), Mahadzir Abdul Hamid (Sik), Shaiful Hazizy Zainol Abidin (Merbok) dan Mohd Mustaffa Shaik Ismail (Kulim/Bandar Baharu). Bagaimanapun, Shafiqrahman kalah kepada Shahron Nizan Mohamad Zain, menjadikan beliau satu-satunya penyandang Ketua Pemuda bahagian yang tewas.
Bagi Wanita pula, lima muka baharu diketengahkan iaitu di Langkawi, Sik, Jerai, Sungai Petani dan Kulim/Bandar Baharu.
Di Langkawi, Hisham Suhaily Othman, Ketua Puteri bahagian sebelum ini, mengejutkan penyandang Meriyam Othman untuk menjadi ketua Wanita bahagian yang baharu. Di Kulim/Bandar Baharu, penyandang Ketua Wanita Bahagian Rokiah Hasan tewas kepada Nazira Abd Rahim.
Antara penyandang ketua Wanita bahagian yang kekal ialah Ketua Wanita Umno Kedah Datuk Maznah Hamid (Jerlun), bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim (Baling) dan Exco Kerajaan Negeri Kedah Datuk Suraya Yaacob (Pendang).
Bagi pergerakan Puteri Umno, enam muka baharu dipilih Ketua Puteri iaitu di Langkawi, Kubang Pasu, Jerai, Kuala Kedah, Merbok dan Sungai Petani.
Bahagian Jerlun pula menyaksikan kemunculan semula bekas Ketua Puteri bahagian itu Yusmawati Yaacub. Yusmawati merupakan ketua Puteri bahagian itu pada pemilihan 2008 tetapi digugurkan daripada jawatan itu pada Jun 2011 berikutan kes di Mahkamah Syariah.
Pada pemilihan kali ini Yusmawati menewaskan pemangku Ketua Puteri bahagian yang merupakan bekas naib ketuanya Siti Hajar Hayazi.
Seramai 19,901 perwakilan mengundi pada pemilihan sayap bahagian di Kedah dan juga untuk jawatan sayap di peringkat pusat iaitu 10,056 bagi pergerakan Wanita, Pemuda (6,602) dan Puteri (3,243).
-- BERNAMA
Khamis, 26 September 2013
HOT! DINAFIKAN BERTANDING MT? AJK Bahagian Lebih Penting Dari AJK Pusat? @Tunfaisal #TF4MT
Macam ada yang tak kena dengan Pemilihan UMNO pada kali ini. Apakah ada tangan-tangan halus yang cuba mempengaruhi keputusan bertanding. Cuba kita tengok senarai calon bertanding MT yang dikeluarkan semalam!
Majlis Tertinggi UMNO
SHAHIDAN BIN KASSIM - 1
SHAMSUL ANUAR BIN NASARAH - 2
AZIZ JAMALUDIN BIN HJ MHD TAHIR - 3
ISMAIL SABRI BIN YAAKOB - 4
RAJA NONG CHIK BIN RAJA ZAINAL ABIDIN – 5
ANNUAR BIN HAJI MUSA - 6
ZAHIDI BIN ZAINUL ABIDIN - 7
TAWFIQ BIN ABU BAKAR TITINGAN – 8
MISRI BIN BARHAM - 9
ROSNAH BTE HJ ABD RASHID SHIRLIN -10
MUSA BIN HAJI SHEIKH FADZIR – 12
AHMAD SHABERY BIN CHEEK – 13
AB AZIZ BIN KAPRAWI – 14
ABDUL AZEEZ BIN ABDUL RAHIM - 15
MUSTAPA BIN MOHAMED - 16
SOHAIMI BIN SHAHADAN - 17
IDRIS BIN HJ JUSOH - 18
MAHDZIR BIN KHALID - 19
RAZALI BIN IBRAHIM - 20
MOHD PUAD BIN ZARKASHI - 21
HALIMAH BINTI MOHAMED SADIQUE - 22
YUSOFF BIN ISHAK – 23
MOHD ARIFF BIN ABDUL AZIZ - 24
JAMALUDIN BIN DATO MOHD JARJIS - 25
MOKTAR BIN RADIN – 26
AB WAHAB BIN IBRAHIM – 27
ZAWAWI BIN OTHMAN - 28
RAJA ROPIAAH BINTI RAJA ABDULLAH - 29
ROSNI BINTI ZAHARI - 30
JAMIL KHIR BIN BAHAROM - 31
ABD RAHMAN BIN DAHLAN - 32
ABD. LATIFF BIN AHMAD - 33
RAZALI BIN HUSAIN – 34
NORRAESAH BINTI MOHAMAD - 35
AZALINA BINTI OTHMAN - 36
SITI ZAHARAH BINTI SULAIMAN - 37
MD ALWI BIN CHE AHMAD - 38
AZMAN SHAH BIN OMAR SHAH - 39
MOHAMAD BIN HJ HASAN – 40
TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN - 41
MAZNAH BINTI ABD HAMID - 42
HAMIDAH BINTI OSMAN - 43
HASAN BIN MALEK - 44
MOHD SAZILI BIN SHAHIBI – 45
ABD ZARIN BIN MOHD YASIN - 46
MOHAMAD SATIM BIN DIMAN - 47
AHMAD KAMAL ARIFFIN BIN MOHAMED - 48
IDRIS BIN HARON - 49
MOHD ZAIN BIN HJ ISMAIL - 50
WAN MOHAMMAD KHAIR-IL ANUAR BIN WAN AHMAD - 51
NUR JAZLAN BIN MOHAMED - 52
NASIR BIN SAFAR - 53
AZLAN BIN MAN - 54
ZUBIR BIN HARUN – 55
AHMAD TAJUDDIN BIN SULAIMAN – 56
MOHSIN BIN YUSOFF - 57
SAIFUDDIN BIN ABDULLAH - 58
ISHAK BIN ISMAIL – 59
A RAHIM BIN TAMBY CHIK - 61
AHMAD BIN JAAFAR – 62
REEZAL MERICAN BIN NAINA MERICAN – 63
SAPIN @ SAIRIN BIN KARANO @ KARNO - 64
Di mana nama Tun Faisal Ismail Aziz? Kenapa Tun Faisal di gugurkan dari senarai percalonan? Alasan yang diberikan ialah, Tun Faisal tidak pernah menjadi AJK Bahagian. Tapi Tun Faisal seorang EXCO Pemuda UMNO Malaysia. Seorang AJK Pemuda Pusat yang membantu parti melakukan kerja-kerja Nasional!
Siapa tak kenal dengan Tun Faisal, sebagai Pengerusi Unit Media Baru dibawah Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, beliau sememangnya dikenali oleh kawan dan lawan. Tak perlu Mc terangkan apa yang beliau pernah buat. Kerana jentera Cybertroopers BN dinegeri yang ditawan oleh Pakatan, diselia oleh Tun Faisal sendiri (Selangor sedikit complicated banyak kumpulan)
Malah pengerakan Mahasiswa dialam cyber dan fizikal, beliaulah diantara orang yang bertanggung jawab menyusun sambil dibantu oleh IPT-IPT yang terlibat.
Jika Akhramshah lepas untuk bertanding Ketua Pemuda UMNO, kenapa tidak Tun Faisal?
Apakah ada individu yang masih berdengki dan mempunyai dendam peribadi dengan Tun Faisal sendiri?
Tak tuduh sesiapa, tapi tidak adil apabila menyekat hak seseorang individu itu untuk bertanding.
Kami pengiat media sosial Kedah mahu Tun Faisal di calonkan ke MT. Biar undi yang menentukan samaada beliau layak atau tidak!
Rabu, 25 September 2013
PANASS!! UMNO Perlu Lebih Agamawan - @MukhrizMahathir
SHAH ALAM - Berbekalkan faktor usia paling muda di antara mereka yang ingin bertanding dan mempertahankan jawatan naib presiden Umno, Datuk Mukhriz Mahathir dilihat ada kelebihan.
Ditambah pula dengan objektif beliau menawarkan diri untuk membawa perubahan dan mahu memberikan nafas baru dalam Umno yang semakin matang dengan usianya lebih 60 tahun.
Namun menurut pemimpin berusia 49 tahun ini, hasrat untuk meremajakan Umno ini bukan boleh dibuat secara semberono dengan menarik seramai mungkin golongan muda untuk menyertai parti itu, tetapi harus diikuti dengan kualiti.
"... akhirnya orang akan lihat parti ini dan siapa yang menganggotai parti ini.
"Anak muda kita sekarang ini macam-macam. Ada yang liberal, ada yang konservatif. Macam-macam...
"Saya terbayangkan apa jenis orang muda yang kita ingin tarik ini?," katanya dalam program Bicara Bersama Pemimpin, "Impak Krisis Timur Tengah Kepada Malaysia", di Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini.
Mukhriz yang memutuskan untuk bertanding jawatan naib presiden pada pemilihan Umno bulan hadapan sebelum ini menegaskan, beliau masuk gelanggang dengan misi peribadi untuk memulihkan imej parti daripada perang persepsi yang dibawa oleh pembangkang.
Malah katanya, tawarannya itu juga sebagai menyahut seruan untuk membawa pembaharuan dalam Umno.
Mengulas lanjut soal memantapkan Umno itu sendiri dengan mencari pelapis parti masa hadapan, pemimpin muda ini begitu menekankan soal keupayaan parti itu sendiri untuk membawa impak baik kepada generasi muda negara.
"Saya ingat menjadi peranan kita dalam parti parti politik, kita bertanggungjawab ke atas pemikiran orang-orang muda ini. Sudah tentu kita hendak tarik orang yang sehati sejiwa dengan perjuangan kita.
"Tetapi kalau pun ada orang yang fikirannya langsung bertentangan, menjadi tanggungjawab kita untuk doktrin mereka. Dalam parti politik mesti ada indoktrinasi," katanya
Isnin, 23 September 2013
INFO! UMNO Perlukan Perubahan? - @TunFaisal #TF4MT
UMNO perlukan perubahan? Apa maksud Tun Faisal sebenarnya? Ikuti penjelasan beliau dalam video dibawah,
Ahad, 22 September 2013
INFO! Cerita Kelakar Tentang Erti Perjuangan!! #PemilihanUMNO
![]() |
| Ini baru betul pejuang.. he he.. |
Kelakar bila dengar tentang erti perjuangan..
Cerita benar..
Si yang kononnya pejuang, naik kereta BMW, si yang sisuruh berjuang cuma naik motor cabuk.
Si pejuang ni menyuruh si berjuang berkempen untuknya, kononnya bila dia dah naik pangkat, dia akan memperjuangkan BANGSA dan AGAMA.
Tapi bila si berjuang minta duit untuk bekerja, si pejuang akan marah-marah!
"Macam ni ka pejuang, bila suruh buat kerja sikit minta duit, buat kerja sikit minta duit.. tak ikhlas langsung!"
Pulanglah si berjuang naik motor buruk dengan perasaan hampa. Balik rumah memikirkan nak makan apa bulan ni. Anak nak sekolah, bil letrik, bil itu bil ini. Kesiann si berjuang..
Si Pejuang pula selepas marah si berjuang, terus capai BMW ke hotel untuk makan. Kemudian balik rumah beli HP baru untuk isteri dan anak2.
Rumahnya banglo, berpengawal peribadi, bertukang masak dan bertukang cuci. Duit tersimpan kemas atas hasil 'PERJUANGAN'.
Jika benar ikhlas untuk berjuang, kenapa perlu kejar jawatan? Kenapa perlu kayakan diri sedemikian rupa? Soalan tu patut ditanya pada diri yang menganggap dirinya PEJUANG.
Pejuang sebenar tak perlu berpangkat tinggi, tak perlu populariti, tak perlu muka masuk TV dan tak perlu cari pangkat untuk di daki!
Soalan si Pejuang yang tak sedar diri tanya tadi tu, patut disoal kepada diri sendiri. Bukan pada si berjuang yang nak makan pun bercatu berhari-hari.
Cerita si Pejuang dan si berjuang ni ada dimana-mana, cuma tukar nama tarikh dan tempatnya saja.
Betul ke Tidak?
INFO! 11 Ketua Bahagian UMNO Kedah di Cabar! #BeraniBerubah
Proses pendaftaran bagi pemilihan dalam bahagian Umno di Kedah hari ini menyaksikan 11 daripada 15 bahagian berlaku pertandingan bagi jawatan ketua bahagian.
Setelah proses penyerahan borang ditutup 5 petang ini, Bahagian Padang Serai menyaksikan paling ramai calon menghantar borang untuk merebut jawatan ketua bahagian iaitu enam orang manakala masing-masing tiga di bahagian Sungai Petani, Kuala Kedah, Merbok, Langkawi dan Baling.
Bahagian Kubang Pasu, Pokok Sena, Jerai, Pendang dan Sik, masing-masing terdapat dua calon menghantar borang bertanding jawatan ketua bahagian.
Bagi Bahagian Alor Setar, Padang Terap, Kulim/Bandar Baharu dan Jerlun hanya satu borang diserahkan untuk bertanding jawatan Ketua Bahagian yang bermakna mereka menang tanpa bertanding.
Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir menang tanpa bertanding jawatan Ketua Umno Bahagian Jerlun, setelah diberi laluan oleh Datuk Abu Hassan Sariff yang rela "turun pangkat" apabila bertanding jawatan timbalan ketua bahagian.
Proses pendaftaran di Dewan Wawasan di Jitra hari ini hanya melibatkan 14 bahagian di Kedah manakala Bahagian Langkawi diberikan kebenaran mengadakan pendaftaran di tempat sendiri di Wisma Umno Langkawi berikutan masalah logistik.
- Bernama
Sabtu, 21 September 2013
INFO! Mukhriz Confident Menang Jawatan Naib Presiden UMNO! #MM4VP #BeraniBerubah
Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir merasakannya beliau mempunyai peluang untuk memenangi salah satu daripada tiga kerusi naib presiden Umno yang ditandinginya.
Berdasarkan perkiraannya, beliau mempunyai peluang 50-50 untuk menang.
"Secara teknikalnya ia 50-50 kerana ada enam calon.
"Saya rasa saya optimis dengan berhati-hati, tapi kena juga berkempen dan kena kenal seramai mungkin perwakilan dan terangkan kepada mereka kenapa saya buat ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan borang pencalonannya petang tadi.
Menjawab soalan wartawan, walaupun tiga penyandang sekarang dilihat seperti satu pasukan apabila hadir bersama menyerahkan borang mereka, Mukhriz tetap optimis dengan peluangnya.
Menurutnya, beliau sebenanrnya hanya perlu merebut satu daripada tiga kerusi naib presiden dan bukannya menewaskan ketiga-tiga mereka.
"Bukan niat saya untuk kalahkan semua orang. Hasrat saya cuma untuk menjadi salah seorang daripada tiga (naib presiden), dengan gandingan untuk membantu presiden dan timbalan presiden," katanya.
Beliau turut menjelaskan yang laluannya dalam politik dilakar beliau sendiri dan bukan bergantung kepada ayahnya Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Karier politik saya ada naik turun. Kalau orang kata saya proksi beliau, sudah tentu laluan politik saya mudah.
"Pertama kali saya tawar diri jadi ketua pemuda Umno Kubang Pasu yang beliau sendiri adalah ketua bahagian selama 35 tahun, saya kalah," katanya lagi.
Kedah juga turut menghantar 3 calon ke kerusi Majlis Tertinggi dan dua wakil bertanding Naib Ketua Wanita dan Puteri.
![]() |
| YB Sabrina calon Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia Calon No 5 |
![]() |
| YB Suraya calon Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia |
Jangan lupa untuk mengundi calon-calon dari Kedah yang akan membuat perubahan besar di dalam organisasi UMNO.
Taruhan terbaik dari Kedah untuk masa depan UMNO sendiri!
McTheory:
Bersedia untuk Berani Berubah?
HOT! Kak Ijat Punca Azalina Tarik Diri? #PemilihanUMNO
KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said berkata keputusannya menarik diri daripada merebut jawatan Ketua Pergerakan Wanita Umno dibuat atas dasar sayang dan cinta kepada parti.
Beliau berkata ia dibuat selepas mengambil kira nasihat dan pandangan pelbagai pihak dan yakin keputusan itu diterima baik semua pihak demi perpaduan dan keutuhan Umno.
"Sebagai seorang yang setia kepada kepimpinan parti dan sayang serta cintakan Umno, apa yang penting bagi saya ialah untuk melihat Umno terus padu, utuh dan unggul bagi kita bersedia dari sekarang untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 nanti," katanya dalam kenyataan hari ini.
Azalina turut memaklumkan beliau akan menawar diri untuk bertanding jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT) dan Ketua Umno Bahagian Pengerang.
Beliau yakin mampu mencurahkan bakti dan khidmat kepada parti, bangsa, negara dan agama berdasarkan pengalaman dan kebolehannya sebagai anggota Parlimen selama tiga penggal dan pernah menjadi menteri kabinet serta menerajui Puteri Umno sebelum ini.
Azalina sebelum ini mengumumkan mahu bertanding jawatan Ketua Wanita yang disandang bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, namun mengubah fikiran atas alasan mahu mengelak perpecahan dalam parti.
Dalam kenyataan sama, Azalina mengucapkan terima kasih kepada Shahrizat dan Pergerakan Wanita yang telah berikrar memberi sokongan penuh kepada beliau dalam merebut jawatan MT pada pemilihan Umno bulan depan.
Langgan:
Catatan (Atom)










+(1).jpg)






.jpg)





