Rabu, 16 Oktober 2013

HOT! Misteri dan Skandal Menghantui Calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia! #PemilihanUMNO


Anda nak calon rendah diri berketampilan pemuda kampung yang educated atau segak, berciri liberal dan korporat?

Antara dua ciri berbeza calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Jamawi Jaafar dan Khairul Azwan Harun atau nama glamornya Wan Bro.

Bila terikat keputusan diantara dua Naib Ketua Pemuda UMNO ni, Mc sebenarnya terkejut, kerana tidak menyangka Jamawi yang dilihat agak 'slow' berkempen dimedia massa, media baru dan konvesional menjadi pilihan bagi Pemuda UMNO untuk menemani Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang sekarang ini masih dipegang oleh saudara Khairy.

Mungkin pendekatan sederhana yang dilakukan oleh saudara Jamawi menimbulkan detik dihati perwakilan Pemuda UMNO akar umbi memilih beliau menjadi NKPUM.

Sesuailah bila KPUM dengan gaya imej korporat dan mahu pula diselitkan dengan liberalisme, mempunyai seorang Naib yang agak bersederhanaan dan lebih dilihat imej kampung yang menjadi kekuatan UMNO pada PRU yang lepas. Kerana UMNO banyak memenangi kawasan kampung dari bandar.

Perlu ada keseimbangan, kita taknak orang luar melihat Pemuda UMNO hanya terdiri dari golongan korporat yang mengangkat dagu saja kan?

Lagi satu, betul ke akar umbi memilih Khairul Azwan ni disebabkan dia layak menjadi NKP? Atau ada sebab lain yang disembunyikan. Sebab kecoh dibahagian utara ada individu yang menjadi tukang peraih undi sambil diselit pelincir.

Bab bagi pelincir ni yang jadi masalah dalam Pemuda UMNO. Dulu Khairy sendiri pernah disabitkan dengan pelincir ni, hinggakan kemenangan sebagai KP dibantah habis-habisan.

Kali ni calon NKP juga dikatakan terbabit dengan pelincir, takkan kita nak sokong orang yang beri pelincir. Takdak maruah ka kita sebagai Pemuda UMNO tergadai disebabkan dua, tiga ratus?

Mc taktau dakwaan ini benar atau tidak, cuma ia menjadi khabar angin yang kuat. Kalau takdak angin, masakan pokok bergoyang, betul?

Pelik kalau ada pihak yang gunakan pelincir, sebab dulu masa mula-mula bertanding, dikatakan 'Pertandingan Adik Beradik' tapi bila akhir-akhir kempen, adik beradik dah jadi tunggang langang. Malah si KPUM pun Mc nampak seolah-olah berpihak pada calon NKP yang sorang lagi ni.

Apa dah jadi? Sudah ada pilihan hati?

Mc coretkan dalam blog, untuk luahkan rasa. Sebab taknak keputusan undi popular dipengaruhi oleh sesiapa yang berkepentingan, bukan nak tuduh, tapi segalanya berkemungkinan. Kalau tak takkan kira undi pun sampai dua hari ye tak?

Doakanlah semoga demokrasi dalam UMNO subur dan dikekalkan.

2 ulasan:

anti kuropsi berkata...

semua bahagian kat kedah ni tau si wanbro main duit. tukang pegang duit dia si budak pendang tu. nak boh nama? malaih la, naya satgi.

Tanpa Nama berkata...

habaq saja si akrom tu rembat duit.apa ssh,nk simpan buat pa?