Sabtu, 19 Oktober 2013

HOT! Ada Ketua Bahagian di Kedah Tak Suka Dato Mukhriz? #PemilihanUMNO

Ini adalah 'Cai' Pokok Sena..

Pada pembaca yang tak faham apa itu 'Cai'. Cai bermaksud 'Tips' dari mana-mana kumpulan yang mahu orang-orangnya dipilih atau orang yang disokongnya dipilih. Semua bahagian keluarkan tips ini yang lebih dikenali sebagai Cai untuk memudahkan perwakilan mengisi siapa yang layak kedalam borang undian nanti.

Bila kita sebut Kedah, sudah tentu kita tahu bahawa Dato Mukhriz Mahathir bertanding Naib Presiden UMNO. Sebagai Menteri Besar Kedah dan juga Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, adalah wajib setiap bahagian di Kedah 'menyarankan' dan memasukkan nama beliau dalam Cai dibahagian tersebut.

Itu adalah kebiasaan, mestilah bahagian di Kedah menyokong beliau. Namun adalah pelik apabila ada bahagian yang tidak memasukkan nama beliau sebagai calon Naib Presiden yang wajib dipilih!! Pada pemulaan Cai dikeluarkan memang ada nombor 05 sebagai pilihan. Tapi selepas tengah malam keluar pulak Cai baru yang tiada nombor 05 untuk Naib Presiden!

Kenapa agaknya?

Gambar diatas adalah Cai yang tiada nombor 05 dalam senarai Naib Presiden. Malah Cai tersebut Mc difahamkan, dibuat oleh kumpulan Ketua Bahagian Pokok Sena sendiri. Mat Lebai Sudin, kenapa agaknya bahagian Pokok Sena menolak Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri sendiri?

Sudahlah dalam rekod, Pokok Sena antara Bahagian yang mempunyai masalah dalaman paling banyak. Kali ni Pokok Sena juga mengkhianati ketua mereka sendiri.

Apakah Ketua Bahagian Pokok Sena mempunyai masalah dengan Dato Mukhriz? Hanya dia saja yang boleh jawab. Tapi bagi Mc, Lebai Sudin tidak layak untuk menjadi Ketua Bahagian Pokok Sena lagi. Kalau ada orang Pokok Sena nak angkat lagi dia ni jadi Ketua Bahagian, memang 'tut' betul la.


Tranformasikan Pokok Sena!! Tolak Lebai Sudin dari jawatan Ketua Bahagian!! 

McTheory:
Selagi Mat LESU ni ada.. selagi tu laa.. Pokok Sena tak berubah!

7 ulasan:

hangkedee berkata...

Sombong

Tanpa Nama berkata...

Sungai Petani pun calon KB Pak Ali, Shahanim dan KP Afendi terang terang menyata sokongan kpd HH dan tidak menyokong MM.

Tanpa Nama berkata...

Betul anon 10:40pg sedangkan perwakilan NKW haritu pun boleh pilih yang lain inikan jawatan lagi tinggi...di S.P ni klu tak ada fulus tak pangkah la hampa ...bacaan yassin,solat hajat...tp klu balik kosong tak naik la esok.

Tanpa Nama berkata...

Sememangnya ramai yang tidak suka akan Mukhriz dikalangan UMNO Kedah. Ini kerana Mukhriz telah merampas kerusi MB dari Ahmad Bashah. Kehidupan Mukhriz pula yang lebih kepada sifat orang kuala Lumpur juga merupakan faktor yang tidak disukai oleh pemimpin Kedah. Tambah lagi dengan sifat isteri Mukhriz yang tidak dapat menyesuaidiri dengan keadaan diri orang Kedh yang bersifat kekampongan. Lagi 1 adalah kerana ada tangan2 dibelakang Mukhriz yang bermain dalam mentakbir negeri. Kita tidak dapat menyalahi akan pemimpin2 lama Kedah dalam perkara ini. Selama dekat 5 tahun mereka telah berkerja keras untuk merampas kembali Kedah dari PAS tiba2 datang seorang yang hanya sebagai ahli parlimen dan memegang jawatan timbalan menteri.Berapa banyak masa yang Mukhriz telah berikan semasa itu diKedah.

Tanpa Nama berkata...

Org Kedah kena melapang dada kalau ada org muda yg blh mmajukan Kedah beri dia peluang biar dicuba dulu kalau tgk rasa xmampu kita pakat tukar. ORG lama pun kalau asyik takuk lama buatpa.
Kami d Perak blh terima tgk generasi muda mcmmana kemajuannya. Yg muda dsokong yg lama beri nasihat

Wakil mukriz dari Gopeng

Tanpa Nama berkata...

Siapa yg tak kenal Mad Lebai Sudin? Seekor ulaq sawa yg berhasrat nak jadi naga. Kerana dialah maka Pokok Sena tumbang. Mahfuz menang bukan kerana PAS hebat tetapi kerana org BENCI dengan perangai beberapa pemimpin UMNO Pokok Sena, khasnya Mad Lebai Sudin kopiah tinggi yg merupakan dalan wayang kulit nombor SATU.

Tanpa Nama berkata...

Setuju! Patut Mat Lebai Sudin kena muhasabah diri. Glmbg kebngktan rkyt sudah brlaku di Pokok Sena. Trunla secara brmaruah!