Ahad, 12 Mei 2013

PANASS!! Rakyat Kelantan MInta BN Jangan Tunaikan Janji! #PRU13



Rakyat di kawasan Parlimen Gua Musang, mahu Kerajaan Persekutuan membatalkan hasrat menunaikan tujuh janji dalam manifesto BN untuk rakyat Kelantan.

Ini kerana secara keseluruhan rakyat negeri itu menolak BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Ahad lalu, dengan mengekalkan Pas di Kelantan.

Sebaliknya, mereka mahu kerajaan menunaikan janji itu di kawasan Parlimen dan Dun yang dimenangi BN sahaja.

Penduduk, Che Ahmad Said, 51, berkata, kawasan BN yang kalah itu menunjukkan pengundinya menolak projek pembangunan, yang dijanjikan kerajaan jika BN dapat memerintah Kelantan.

Beliau berkata, mereka langsung tidak memikirkan keperluan kemudahan asas di kawasannya, dan masih mahu hidup mundur di bawah pemerintahan kerajaan Pas.

"Oleh itu, Kerajaan Persekutuan hendaklah membatalkan hasrat melaksanakan tujuh janji BN termasuk pembinaan Jalan Kota Bharu - Kuala Krai dan beberapa projek lagi.

"Tak ada gunanya kerajaan melaksanakan kemudahan itu jika rakyat di kawasan terbabit menolaknya, dengan tidak memberi kemenangan kepada BN pada PRU13 lalu," katanya.

Hamzah Dol, 76, pula berkata, pengundi di kawasan lain perlu mencontohi Gua Musang, yang masih kekal memberi kemenangan kepada BN pada PRU13 lalu kerana mahukan kemajuan dikawasan berkenaan.

"Pembangunan yang lebih pesat di kawasan Parlimen itu sejak berpuluh tahun lalu, memberi keyakinan kepada rakyat untuk terus menikmati pembaharuan,"katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, bukan sahaja kemudahan jalan, juga kemudahan lain yang boleh meningkatkan taraf ekonomi rakyat yang masih dahagakan kemajuannya.

"Tambahan pula Tengku Razaleigh Hamzah mempunyai banyak pengalaman dalam pentadbiran, sekali gus akan membangunkan lagi kawasan berkenaan," katanya. - Sinar.

14 ulasan:

norm berkata...

aku setuju...jgn tolong org yg benci kat kita.

Tanpa Nama berkata...

Yg sokong pr org dari luar balik kg..

Hoiiii anak kelate duduk senang di negeri org mewah di negeri org air bersih pun di negeri org

Kasihan bebenor org kelate setia di sana...air kuning nak mandi jenazah pun susah..

Berharap bebenor org ni semua kembali menetap di kelate berkongsi kesenangan dgn org kelate lain yg setia di kelate

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan BN tunai janji ke tidak, yg PASTInya PAS akan tetap kata kerajaan BN zalim.

Apa bezanya pun ... Eloklah tu!

Tanpa Nama berkata...

dah lama merempat kat negeri org. aku kenal sorang sejak 1982 yg begitu fanatik! rumusan aku puak ini tak boleh jd kawan sebab jika dia jumpa klik kita dibiar sorang

Tanpa Nama berkata...

Jangan beri susu untuk dibalas dengan tuba.

Tanpa Nama berkata...

MEMANG SEPATUTNYA SESEKALI KERAJAAN PERSEKUTUAN LEBIH MEMBERIKAN TUMPUAN KEPADA KAWASAN PARLIMEN YANG DIMENANGI OLEH BN AGAR MEREKA TERASA JIKA TIADA PEMBANGUNAN DI KAWASAN MEREKA....

KEBANYAKKAN PENGUNDI PR DRPD LUAR BALIK KG MENGUNDI SEMEMANGNYA INGINKAN RAKYAAT KELANTAN SENGSARA DGN PEMBANGUNAN YG MUNDUR...BIAR MEREKA RASAKAN KEKURANGAN KEMUDAHAN ASAS......

Pa'Shaik berkata...

DAP perintah d PP. LGE banyak rumah kedai d milikinya....! Apa lagi yg orang Kelantan nak ....cukuplah dgn zikir zikir tak perlu fikir masa depan untuk anak cucu ....betul juga selagi ada Allah x perlu pertolongan manusia ....cuma kurang ....lima ta qulu maa taf aluun.....
http://muslimkaffah.blogspot.com/2010/06/kepedulian.html?m=1

Tanpa Nama berkata...

Forget about it!! Tolong jer kawasan BN menang. Dah 5 thn BN tlg tapi undi pangkah pas.

Tanpa Nama berkata...

Sekiranya BN perintah aku janji adalah muktamat.Tapi BN kalah, maka tak perlu tunai janji,kerana rakyat negeri itu tidak memerlukan apa yg telah dijanjikan.

Tanpa Nama berkata...

memang betul...orang kelantan ni pelik banyak...dia baik dgn kita...bila dia tak ada kawan...bila jumpa saje dgn geng kelantan....terus kitanya ditinggalkan...nasib le...kau carilah kawan lain...peramgai sebegini yg patut diubah....kita kan rakyat Malaysia beragama islam /melayu....sedih2..tabiat buruk yg patut dibuang lama dah...

Tanpa Nama berkata...

Slm saya hisham, sy cadangkan agar PM menunaikan jua janji pilihanraya di kelantan walaupun kelantan tidak berjaya di tawan oleh umno/bn dlm pilihanraya ke 13. Sejarah telah membuktikan bahawa rakyat kelantan pada asasnya adalah orang yang mengenag budi dan bersyukur, buktinya dgn kemudahan dan kemajuan di jeli dan gua musang,

Tanpa Nama berkata...

Kemajuan dan permodenan infrastruktur di jeli dan kelantan telah membuktikan rakyat tidak menolak umno, ayuh lakukan permodenan di setiap parlimen dlm masa yang sama menigkatkan kefahaman, keindahan, pendidikan agama islam supaya menjadi role model kepada pencapaian persekutuan di kelantan, tukarkn janji dari utuk menang pilihanraya, kepada yang lebih besar dan beerti, kerana allah s.w.t

Tanpa Nama berkata...

Slm, kepada PM teruskan perjuagan anda, terima kasih daripa rakyat kelantan diatas tranformasi yang telah berjaya PM lakukan, Kekalahan di kelantan diharap menjadi cabaran bagi PM. Jadikan rasullulah sebagai contoh dalam mengharungi cabaran sepanjang perjuangan baginda. Diharap usaha yang ikhlas dan berpanjangan daripada PM untuk rakyat kelantan, mendapat limpahan rahmat daripada allah s.w.t
Kepada PM jadilah kelantan setanding dengan negeri2 maju bagi menenpuh era 2020, diharap kelantan sentiasa di hati, perspek,

Tanpa Nama berkata...

Sambungan:
Dihati, perspek, ideal, rancangan, pembangunan lestari perdana menteri yang dikasihi.