Khamis, 23 Mei 2013

TERKINI! Pembunuh Sosilawati Dihukum Gantung Sampai Mati!



Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas bekas peguam N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya kerana membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, tiga tahun lepas.

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap bekas peguam, N. Pathmanabhan dan tiga pekerjanya kerana membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga lain di Ladang Gadong, Banting pada malam 30 Ogos 2010.

Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan terhadap kes tertuduh.

Selain Pathmanabhan, 44, , tiga yang lain ialah Thilaiyalagan, 21, R. Matan, 22, R. Kathavarayan, 32.
Mereka, didakwa membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Ladang Gadong di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos 2010. - KOSMO!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sekarang tiba masanya utk Anwar, Tian Chua dan Sivarasa pula.
Karpal Singh ready?
Ready utk tunda, tunda dan tunda lagi?

Tanpa Nama berkata...

Kita akan dengar hukuman mati mandatori kepada yang bersalah jadi dalang peristiwa Lahad Datu...kerana kesalahan memerangi Yang DiPertuan Agong!!!!
KITA TUNGGU!!!!!!!!!