Ahad, 26 Mei 2013

TUDIAA!! BN Kedah Laksanakan AES? #HanyaDiKedah

Menteri AES Kedah??

Sekarang ni kecoh la puak Pas bila depa baca kenyataan Exco negeri Kedah yang baru, si Tajul Urus. Katanya si Tajul ni nak laksanakan AES di Kedah. Betul ka Kerajaan Negeri Kedah setuju dengan perlaksanaan AES ni? Atau Tajul sendiri yang cakap macam tu?

Betul ke Kedah nak laksanakan AES?

Mc tau, si Tajul ni orang yang macam mana. Mungkin disebabkan nak tunjuk pandai, si Tajul dah tersalah cakap. Kena pula spin dengan akhbar Sinar yang sememangnya pro Pakatan, teruslah hanyut si Tajul ni hingga tidak memikir apa yang dia cakapkan tu memberi kesan yang besar pada rakyat.

Untuk laksanakan AES, Tajul perlu membawa perkara ini ke mesyuarat Exco dan berbincang dengan Menteri Besar terlebih dahulu. Jikalau ada yang tolak, maka AES tak dapat dilaksanakan. Untuk membuat sesuatu pembaharuan, kepentingan rakyat perlu diutamakan, bukan main sedap mulut saja cakap.

Adakah Tajul tahu MB Kedah setuju atau tidak bab AES ni. Bagi Mc, AES baguss sebab mengajar pemandu lebih berhemah, namun ia perlu diteliti dan buat kajian lebih mendalam, sebab AES masih banyak kelemahan!

Akhbar Sinar pula, bila Tajul sebut 'akan' laksanakan, esok terus keluar  tajuk besar 'Kedah Akan Laksanakan AES'. Apakah kata-kata Tajul itu mewakili Kerajaan negeri? Kalau MB yang kata macam tu, mungkin ianya betul. Tapi ianya keluar dari mulut seorang Exco. Banyak perkara yang perlu dilalui dan diperhalusi lagi.

Bagi Mc, kenyataan Tajul tu tak betul, dan Sinar pula 'Spin' kata-kata Tajul tu untuk sensasikan akhbar mereka. Puak cacai Pakatan pula kutip story Sinar tu, untuk dijadikan modal menyerang Kerajaan Negeri. Agak-agaklah kalau nak serang, bincang pun belum, dah tuduh Kerajaan Negeri Kedah nak laksanakan AES!

 Rakyat Kedah jangan risau, jangan pedulikan tohmahan mereka. Nak tau cerita betul, baca Utusan atau Berita Harian. Kalau Kerajaan Negeri Kedah betul-betul nak buat, dah tentu diumumkan dalam Utusan Malaysia, bukannya akhbar tabloid setaraf majalah gosip tu.

AES tu bagus, cuma bukan senang ajar orang jadi baik, dari nak suruh seseorang tu buat jahat! Apa-apa pun kita tunggu kenyataan dari Menteri Besar Kedah.


McTheory:
Manusia sekarang, lebih pentingkan WANG dari NYAWA!!

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

puak Pas memang kaki fitnah!

Tanpa Nama berkata...

tak de apa yg salah tentang AES. kalau kita dh tau kat mana lokasi dia kita patuh pada had laju sudahlah.aku hari2 lalu di kawasan AES ni.belum pernah lagi pun kena saman.isu ni sengaja dibesar2kan.

Tanpa Nama berkata...

tak payah la gabra...AES ni preventive measure..kalau duit bersepah2 langgar je la AES tu..kalau tak drive la kereta secara berhemah..accident banyak bising bila kerajaan buat action pon bising...complain je tau

Tanpa Nama berkata...

Puak cai pr mmg fobia dgn kamera ka video ka..besi besi besi..biasala samseng peliwat penzina perasuah penyeleweng smua ahli pr..tp puak ni lupa kamera video Allah pasti merakam smuanya cuma tunggu masa je nanti disana..waktu tu lawyer lawyer penipu pr dh jd kayu api neraka,,,

GMC berkata...

salam.Bro

Mohon jasa baik tuan linkkan Blog GMC ke laman baru: Http//gmc-gunungmatcincang.blogspot.com.

wassallam

Tanpa Nama berkata...

FROM: RAKYAT KEDAH

aku rasa hang ni terlalu fanatik politik. soal AES bukan boleh main2. hang dok salah Sinar ja..

Tajul buat ulasan sebab dia Exco, jadi dia buat keputusan kerajaan negeri. hang ni mesti bangang xbelajar tinggi2..

kalau hang belajar, mesti hang tau.. bodo betul la hang ni.

Sinar tu bukan pro pembangkang, depa lapor yang tulis. mungkin sebab orang Umno xboleh terima kenyataan. hehehe

Tanpa Nama berkata...

Salam, bg aku bloggers pro-krjn jgn termakan bisikan syaitan2 PR, termasuk paper talam bermuka (balaih dua2 belah) SINAR tu. Bodohnya org Melayu pkt beli SINAR paper MUNAFIK yg pura2 jd neutral.. mana ada konsep neutral dlm Islam klu berckps oal kebenaran.. kena state dgn jelas lah siapa betul siapa xbetul..

ini talam jahanam dua muka-SINAR utk balaih duit penyokong PAS dan UMNO yg masih blur.. slow2 pemikiran sesat pembangkang disuntik masuk dlm paper ini. Paper cacai PAS punya (SINAR)

Tanpa Nama berkata...

Seterusnya blogger Pro-Krjn juga jgn jd bodoh dilembukan dgn isu AES oleh media haramjdh pembangkang.

AES ini alat terbaik itu sekurang2nya (dr xde langsung tools) utk asuh dan hukum pemandu. kita sudah lama dibiarkan memandu 'BEBAS' spt pelesit.. sbb itu skrg ramai yg menentang dgn alasa2 BODOH sbb tabiat buruk tu sudha sebati.

So aku sgt setuju AES dilaksanakan di Kedah.. org yg suka langgar undang2 shj yg takut dgn AES. Org yg suka berzina shj takut dgn Hukum Allah.. sbb tu Stopa dan Anwar xbrani ckp bab AES dan kemera.. BESI pulak tu.. kn sbb byk sisi gelap...

keretakura berkata...

org bodoh dan nafsu setan je suka polemik kan AES. negara lain sudah lama pakai AES. byk kelebihan AES selain dr tangkap pesalah samseng jalan raya, juga secara tk langsung boleh kesan pergerakan penjenayah.

Ada ke penjenayah lari 70km/jam bile kena kejar polis?

so hopefully blogger pro BN pun jgn jd bodoh dgn hasutan PR dan nafsu sndiri yg mmg sebati dgn tabiat angkuh di jalan raya ini.