Ahad, 19 Mei 2013

TUDIAA!! MB Kedah TOLAK Rayuan Perhimpunan #BlackOut505, Lu Orang Boleh Blahhh!! #HanyaDiKedah


Ini cara orang UMNO berkumpul..

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir tidak akan membenarkan parti pembangkang mengadakan perhimpunan di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Selasa ini kerana perhimpunan seperti itu tidak wajar diadakan.

Katanya walaupun beliau berpendapat mana-mana pihak boleh mengadakan perhimpunan tetapi pengisiannya perlu diteliti sebelum diberikan kebenaran.

"Perhimpunan ini yang telah diadakan di beberapa tempat di seluruh negara bertujuan menimbulkan rasa benci di kalangan peserta terhadap kerajaan yang mendapat mandat daripada rakyat untuk tubuhkan kerajaan Persekutuan serta di Kedah ini. Ini suatu yang tak boleh diterima.

"Kalau setakat nak berhimpun tidak ada masalah. Ini kandungan ucapan oleh pemimpin pakatan pembangkang sarat dengan tohmahan dan dakwaan tidak berasas," katanya kepada pemberita selepas Majlis Kenduri Kesyukuran peringkat negeri di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Mentaloon di sini hari ini.

Pesuruhjaya Pas Kedah yang baru, Datuk Mahfuz Omar hari ini merayu supaya Mukhriz membenarkan pakatan pembangkang mengadakan perhimpunan berkenaan di Stadium Sultan Abdul Halim.

Mahfuz yang juga Naib Presiden Pas berkata, pihaknya sebelum ini telah mengemukakan surat permohonan kepada pihak pengurusan stadium tersebut namun ditolak dan tidak dibenarkan untuk mengadakan perhimpunan tersebut.

Katanya pihaknya hari ini akan menghantar surat rayuan kepada Mukhriz selaku Pengerusi Perbadanan Stadium Kedah agar membenarkan mereka melakukan himpunan tersebut atas dasar 'demokrasi'.

Mukhriz berkata jika perhimpunan itu dibenarkan dan dakwaan-dakwaan itu diulangi, beliau khuatir ia akan mengelirukan rakyat dan mencetuskan ketegangan di kalangan rakyat.

"Kita sudah terlalu lama berpolitik. Jadi biarlah selepas PRU13 yang paling sengit, kita satukan balik rakyat. Tidak perlu panjang-panjangkan lagi dan timbulkan rasa marah rakyat. Bagi saya, jawapannya adalah TIDAK (untuk benarkan stadium itu digunakan). Saya juga dapat nasihat daripada polis, permit tidak akan dikeluarkan ," katanya.

Semalam, Mc sendiri sempat berbual dengan YAB Menteri Besar Kedah, mengenai perkara ini, Mc berbual di rumah rasmi beliau sewaktu majlis kesyukuran.

Kerana Mc mendapat tahu, pihak pembangkang membuat rayuan untuk terus berhimpun.

"Apakah Dato' akan luluskan permohonan rayuan tersebut?" Mc menyoal Dato' Mukhriz

"Sudah tentu tidak, kerana perhimpunan tersebut untuk menghasut dan isinya karut!" jawab beliau..

"Jika mereka teruskan juga, bagaimana?" Mc menyoal lagi..

"Pihak berkuasa akan mengambil tindakan terhadap mereka" Tegas Dato' Mukhriz.

Mc tersenyum puass.. lalu meminta untuk undur diri.

Inilah pemimpin muda tegas yang kita cari! 

Ini cara Pakatan Haram.. SETAN!!


McTheory:
Hitam tu warna Syaitan, syaitan memang suka menghasut? 

4 ulasan:

Anak Lenggong berkata...

Tabek dan sekalung tahniah diatas ketegasan MB Kedah..seharusnya ini lah yang perlu dilakukan iaitu memadamkan api yang bary nak menyala daripada menggunakan bomba untuk memadamkan kebakaran yang dah merebak..,kesannya teap ada..orang kata tegah lah daripada awal daripada terus merebak...teruskan perjuangan datuk untuk memakmurkan negeri Kedah.

anakjatiAlorSetaq berkata...

Assalamualaikum
Saya ucap syukur pd Allah SWT dan TABIK hormat pd MB kedah baru, Datu Mukriz, baru beberapa hari memegang jawatan telah bertindak tegas lagi bijak selaras dengan keperluan rakyat.

Pembalakan jahanam Kedah melibatkan kronis PAS Laknatullah, kerosakan hutan yg amat menyedihkan, tiada ternilai ganti lagi, masalah besar KUIN yg ditinggalkan PAS haram ini dgn hutang berganda2.. suatu beban besar yg harus dipikul oleh MB Kedah. Semoga Allah berikan bantuan buat Dato Mukhriz.

DLm kerosakan ketara yg ditinggalkan PAS Lakantullah.. bapak munafik PAS Kedah, Mahpos Bahlul terus tidak rasa malu mahu buat demo 'haram jadah' di Stadium Suka menanti?

Ini bangsa pencacai yg tk reti malu.. setelah PRU13 di fitnah, Kedah ditinggalkan dgn seribu satu masalah, mahu tambah lagi kerosakan??

Jangan layan puak2 gila ini..dn syabas atas ketegasan dan BAHASA BIJAK yg dipakai oleh MB Mukriz dlm kes ini.. inilah MB yg kita org Kedah MAU! Insya Allah moga maju dn berkat! AMinn!

Tanpa Nama berkata...

Guan eng takut kedah akan jadi lebih maju dari penanf sebab tu dia suruh mahfuz the bean jadi dalang di kedah. Marilah kita sama 2 bantu kerajaan baru kedah majukan negeri demi anak bangsa kita.

Tanpa Nama berkata...

Memang pembalakan jahanam berlaku Di mana2 pun, tp Kuantan lg teruk! Bayangkan tanah kami sini ditanam dgn sisa2 nuklear. Bolehkah Lynas pindah ke Kedah, pasti Kedah dapat lg maju.