Rabu, 29 Mei 2013
TUDIAA!! Nak Pasang AES Dalam Lokap Pulak? he he..
Ohh.. bukan AES, tapi cctv untuk mencegah berlakunya apa-apa yang tidak dingini.
KUALA LUMPUR - Penyediaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bilik lokap tahanan dan pewujudan lebih banyak lokap berpusat merupakan antara cadangan yang dikemukakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menambah baik prosedur melibatkan tahanan polis.
Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia juga dapat memberi gambaran sebenar mengenai keadaan di bilik tahanan bagi mengelak pandangan serong masyarakat terhadap polis.
Beliau berkata apabila CCTV disediakan, rakaman dapat menjadi bahan bukti jika sebarang kecederaan dan kematian berlaku.
"Kami juga bercadang untuk tidak letakkan orang kena tuduh di balai-balai polis berkenaan tapi kita akan mohon kepada kerajaan untuk wujudkan (lebih banyak) pusat tahanan berpusat seperti lokap di Jinjang agar polis tidak terus dituduh ketika jalankan soal siasat," katanya kepada pemberita selepas melawat Jabatan Pertahanan Awam, Jalan Semarak di sini hari ini.
Ahmad Zahid, dalam pada itu, meminta semua pihak memberi kepercayaan kepada kementerian dalam melakukan siasatan rapi berhubung kes kematian seorang tahanan di dalam lokap.
Beliau merujuk kepada kematian N. Dharmendran, 32, di lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada Selasa lepas.
Ahmad Zahid berkata siasatan dalaman dilakukan sekumpulan penyiasat dan ia diharap dapat menyelesaikan kes itu dan seterusnya membawa sesiapa yang terlibat ke muka pengadilan.
"Berilah kepercayaan kepada KDN untuk jalanan siasatan ini secara adil...jika benar ada sesiapa yang telah lakukan sesuatu di luar kuasa dan perundangan, tindakan yang setimpal akan diambil," katanya.
Mengenai perhimpunan jalanan yang kerap dilakukan pembangkang sejak akhir-akhir ini, Ahmad Zahid berkata ia lebih bersifat provokasi bertujuan mendapat liputan media luar negara.
"Ia untuk menggambarkan seolah-olah negara kita ini sedang mengalami huru-hara kerana pihak pembangkang kalah pilihan raya," katanya.- Bernama
McTheory:
Bagus juga tu, untuk mengelakan fitnah pembangkang, taklah penat nak menjawab..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Besi mna blh jd saksi.
Catat Ulasan