Jumaat, 21 Jun 2013

GEMPAR!! Wahai Rakyat Malaysia! Tumbangkan Kerajaan Agenda Himpunan #Blackout505

Kemuncak perhimpunan 'Blackout 505' pada Sabtu ini adalah untuk mengadakan demonstrasi jalanan ala Occupy Padang Merbok sebelum peserta himpunan itu bergerak ke bangunan Parlimen pada Isnin depan bagi mengganggu upacara pembukaan sidang Dewan Rakyat.
Menurut sumber Pakatan Rakyat, sasaran pembangkang adalah untuk mengumpul kira-kira 500,000 orang hadir pada perhimpunan itu bagi menjayakan agenda Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Blackout 505 bukanlah bermatlamat untuk membantah keputusan PRU-13 tetapi ada agenda yang lebih besar kononnya bagi mempamerkan kuasa rakyat.
Selepas tamat perhimpunan itu, ahli dan penyokong PKR, PAS dan DAP serta gerakan mahasiswa telah diarahkan supaya tidak bersurai, sebaliknya mereka akan berkhemah sekitar Padang Merbok.
Setiap kumpulan juga akan dibekalkan dengan khemah dan makanan, termasuk minuman, yang cukup untuk bertahan selama tiga hari.
Sumber itu berkata, atas alasan berkenaan penganjur perhimpunan itu tetap mahu mengadakan demonstrasi mereka di Padang Merbok dan bukannya di Stadium Merdeka kerana ia merupakan lokasi yang strategik.
Tolak lokasi alternatif
Sebelum ini pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan polis telah menawarkan beberapa lokasi alternatif seperti di Stadium Titiwangsa, Stadium Merdeka dan Taman Rekreasi Air Panas di Setapak, tetapi terus ditolak.
"Mereka berdegil dan tidak mahu ikut arahan polis dengan alasan akan menghadapi kesukaran jika mengadakan perhimpunan itu di stadium.
"Padang Merbok dipilih kerana lebih luas dari Dataran Merdeka serta tidak tertutup, itu alasan sebenarnya dan mudah bagi mereka berarak ke bangunan Parlimen," katanya.
Menurut sumber itu lagi, pihak penganjur dengan bijak memilih lokasi strategik bagi berkumpul kerana tindakan itu dilihat mampu melumpuhkan pergerakan lalu lintas di seluruh ibu negara dan mencetuskan rasa panik dikalangan warga kota.
"Pada perhimpunan Sabtu ini, peserta dikehendaki berkumpul di tujuh lokasi iaitu Brickfields, Universiti Malaya, Jalan Pudu, Masjid Negara, pusat beli-belah Sogo dan Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut serta Pekeliling sebelum bergerak bersama pemimpin mereka ke Padang Merbok.
"Sebenarnya lokasi perhimpunan itu hanya sebagai tanda sahaja kerana matlamat pembangkang ialah mahu menawan jalan raya bagi tujuan menghuru-harakan kerajaan seperti pernah berlaku di Tunisia sebelum ini," katanya.
Cuci tangan
Sumber itu juga memberitahu agenda pembangkang bukan untuk mengambil alih kerajaan tetapi mendesak pegawai kanan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletak jawatan.
Menurut beliau, semua perancangan mengenai perhimpunan itu dibincangkan dalam mesyuarat antara pemimpin pembangkang di Ibu Pejabat PKR di Tropicana, Damansara, Petaling Jaya, pagi semalam.
Antara yang hadir dalam mesyuarat berkenaan ialah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Khalid  Samad yang juga Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Naib Presiden PKR Tian Chua, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, aktivis propembangkang Hishamuddin Rais dan aktivis mahasiswa propembangkang Adam Adli Abdul Halim.
Difahamkan, satu lagi mesyuarat membincangkan isu sama akan diadakan di tempat sama esok.
Selain itu, katanya, semua pemimpin yang hadir pada mesyuarat semalam, secara automatik adalah urus setia bagi perhimpunan itu dan anggota unit amal bersedia mengambil alih tugas memberi arahan kepada peserta sekiranya ada tangkapan terhadap ahli jawatankuasa nanti.
Sementara itu, akhbar Utusan Malaysia yang memetik sumber juga berkata, selain mengadakan perhimpunan haram, ahli Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) turut akan dibekalkan khemah bagi membolehkan mereka bermalam dan meneruskan bantahan sehingga Isnin depan di lokasi yang belum ditentukan.
Beliau berkata, semasa perhimpunan nanti, pemimpin pembangkang yang hadir akan memberi mandat bermula pukul 12 tengah hari sehingga 6 petang.
"Selepas itu, mereka akan 'cuci tangan' dan tiada arahan bersurai akan diberikan kononnya bagi membolehkan peserta perhimpunan mengambil tindakan selanjutnya sedangkan ia taktik bagi mengelak pemimpin pembangkang terlibat dipersalahkan jika berlaku insiden tidak diingini nanti," katanya. AP

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

itulah kebodohan yg dilakukan najib menghapus ISA. terlaku percaya punahsihat. Mkn diri bebbb

Tanpa Nama berkata...

Apa lagi yang tak puas ati. Mangkok ayonbetul anular liwat.