User Online

Politics Blogs

Post Terbaru!!

Kempen LIKE Page!

Mari Kita Terus Selamatkan KEDAH Dari Tangan Puak PAKATAN !! Sila Nyatakan Sokongan Dengan LIKE Button Ni -->
P/s: Setiap LIKE Anda Amat Berharga Kepada Kami!

Anda Sokong UMNO? Sila LIKE kat Sini!
P/s: Perkasakan UMNO di Alam Maya!

Selasa, 4 Jun 2013

HOT INFO! Berita Baik Untuk Anak Kedah Di Perantauan!! #HanyaDiKedah


Kebanyakan anak muda Kedah dok tunggu janji MB baru kita ni. Janji apa? Janji nak majukan Kedah la. Sebelum ni Dato Paduka Mukhriz pernah berjanji akan meneruskan segala projek Kerajaan BN yang tergendala dahulu.

Antara projek besar kerajaan BN terdahulu yang berhadapan dengan masalah di bawah kerajaan Pas Kedah adalah Projek Hab Hidrokarbon Sungai Limau (SULIHH).

Projek SULIHH, yang dulunya dikenali sebagai Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY) ketika dirancang pada 2007 oleh kerajaan BN, di Yan diakui sendiri oleh Bekas Menteri Besar Kedah Azizan Abdul Razak sebagai tergendala kerana pemaju yang dilantik menghadapi masalah teknikal dan kewangan.

Mengikut perancangan awal kerajaan BN, projek itu dijangka siap tahun ini dan mampu menjana pendapatan RM400 juta setahun kepada kerajaan negeri.

BN dalam manifesto atau aku janji PRU13 khusus untuk Kedah jika dapat menguasai semula Kedah menawarkan untuk meneruskan ZIPY selain membangunkan Jerlun sebagai pusat industri minyak dan gas.

Kini, BN telah kembali menguasai Kedah, dan semalam Dato Paduka Mukhriz berjanji akan laksanakan kembali segala projek BN yang tergendala, disamping membawa masuk pelaburan baru. Ini bermakna projek SULIHH juga akan turut disambung.

Belum pun sampai sebulan, Dato Paduka Mukhriz telah membawa masuk pelbagai pelaburan dan merancang untuk menarik lebih ramai pelancong ke Pulau Langkawi. Pelancongan merupakan salah satu daripada sumber utama negeri Kedah.

Alhamdullilah Kerajaan BN Kedah terbaru ni, langsung tidak fikir untuk menebang balak bagi menambahkan pendapatan. Semua pelaburan dan projek tidak ada kena mengena dengan penebangan balak.

Mc harap Dato Mukhriz terus fokus untuk majukan Kedah tanpa pedulikan tohmahan pembangkang yang semakin meroyan apabila Dato Mukhriz semakin galak membawa masuk projek untuk majukan ekonomi Kedah.

Nampaknya jika dah banyak pelabur masuk, kilang banyak, syarikat pun banyak, anak Kedah tak payah lagi merantau ke negeri lain untuk cari kerja. Itu yang anak muda harapkan.. dah penat nak cari kerja kat tempat orang, sedangkan negeri sendiri masih antara termundur.

McTheory:
Doakan segala perancangan berjalan lancar..

2 Komen Pembaca:

Tanpa Nama berkata...

Bro, tolong beri pencerahan sikit tentang rancangan kerajaan kedah nak tukar semula nisbah 50:50 balik kepada 30:70 untuk kuota pemilikan rumah oleh pemaju (redha)? Itu yang dicanangkan oleh blogger pembangkang. Dalam hal ini aku sokong teruskan 50:50 kuota.

Tanpa Nama berkata...

Eloklah tu..lama sangat dah BN dok lena di Kedah memerintah dari satu MB ke satu MB..PM pun ada yang sampai tua dok di Kedah tapi Kedah dok miskin jugak..tup2 dapat kat PAS baru kelam kabut nampak Kedah mundur..la ni Allah bagi balik amanah tu buat la elok2...jgn nak dok kaya diri sendiri, anak beranak dan kroni saja..Kalu betoi jaga negeri ikut lunas Islam jgn risau PRU 14 Allah bagi lagi.....

Kempen LIKE!!

Mari Kita Terus Selamatkan KEDAH Dari Tangan Puak PAKATAN !! Sila Nyatakan Sokongan Dengan LIKE Button Ni -->
P/s: Setiap LIKE Anda Amat Berharga Kepada Kami!

Anda Sokong UMNO? Sila LIKE kat Sini!
P/s: Perkasakan UMNO di Alam Maya!

Popular Posts

Arkib Blog

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | GreenGeeks Review