Selasa, 4 Jun 2013

PANASS!! Belum Masanya, BN Tak Perlu Menjadi Satu Parti! - Tun Dr Mahathir


Kebanyakan ahli UMNO Menolak BN menjadi satu parti. Ia boleh menjadikan BN makin kuat, atau makin lemah. Tapi orang melayu tak sanggup mengorbankan parti keramat UMNO. Bagi Mc sendiri, Mc menolak satu parti, kecuali UMNO dikekalkan.

Apa pula pendapat Tun Dr Mahathir mengenai perkara ini,

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata belum sampai masanya bagi Barisan Nasional (BN) untuk menjadi sebuah parti yang terbuka kepada rakyat berbilang kaum di Malaysia.

Bekas perdana menteri itu berkata pendekatan terbaik pada masa ini ialah kerjasama antara parti-parti yang mewakili kaum dalam konsep perkongsian kuasa dan kekayaan negara.

"Kita tak boleh ketepikan parti-parti yang mewakili kaum mereka. Walaupun dalam BN terdapat parti-parti yang berbilang kaum, tetapi pada hakikatnya parti yang mendakwa dirinya sebagai berbilang kaum juga didominasi oleh satu kaum sahaja.

"Kalau kita lihat parti Gerakan sebagai sebuah parti berbilang kaum, tapi ia dikuasai oleh orang Cina, jadi belum sampai masa kita boleh ketepikan kaum dan kita adakan satu parti," katanya kepada Bernama di sini Isnin.

"Kita lihat DAP umpamanya dikatakan berbilang kaum, tapi sebenarnya dikuasai oleh orang Cina. Demikian juga dengan PKR dikuasai oleh orang Melayu.

"Jadi biasanya, walaupun diadakan satu parti berbilang kaum, satu-satu kaum akan mendominasi dan ini tidak menjadikannya sebuah parti berbilang kaum," kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir berkata BN tidak boleh tergesa-gesa menerima sesuatu cadangan tentang corak dan bentuk parti itu di masa depan, sebaliknya semua cadangan perlu dikaji dengan mendalam akan kesan baik dan buruknya.

Beliau ditanya mengenai sama ada BN boleh menerima kemasukan parti-parti pembangkang selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sebagaimana Perikatan pada suatu masa lalu membawa masuk parti pembangkang ke dalam parti gabungan itu.

Dr Mahathir berkata BN terbuka kepada parti pembangkang, tetapi mereka mestilah membelakangkan prinsip mereka yang bertentangan dengan perjuangan BN.

Mengenai prestasi UMNO pada PRU13, Dr Mahathir berkata walaupun parti itu menjadi parti terbesar yang menang dalam pilihan raya itu, ia masih berdepan dengan banyak kelemahan.

"Kemenangan UMNO kali ini bukan kerana kekuatan UMNO ataupun perpaduan dalam UMNO, kemenangan UMNO kali ini disebabkan oleh perasaan takut orang Melayu, terutamanya kalau-kalau parti lawan yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim bersama dengan DAP mendirikan kerajaan di Malaysia.

"Kalau mereka mendirikan kerajaan di Malaysia, sudah tentu nasib orang Melayu akan menjadi lebih buruk. Sebab itu mereka memberi sokongan kepada UMNO," kata Dr Mahathir.

McTheory:
Disebabkan kepercayaan orang melayu, UMNO patut membuat sesuatu yang drastik untuk mengubah ekonomi orang melayu, buktikan pilihan mereka tak salah..

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ya parti UMNO parti keramat bangsa Melayu. Tetap tidak akan berubah. Pemimpin boleh berubah...pergi dan dtg..seperti kita hidup dan mati.

UMNO wajib diperjuangkan utk Melayu dan utk diwariskan ke anak cucu cicit kita. Walau apa pun yg melanda..ia harus diselesaikan dlm UMNO sendiri....UMNO AKAN KUAT.

Pa'Shaik berkata...

Thats very true.Cantiknya lanskap BN dgn pelbagai komponen ..itulah Malaysia yg d iktiraf sebagai " Kyairun Ummat dan Ummat Wasatan
..sebaik2 ummah dan Ummah Kesederhaan namun tetap mempertahankan agama Islam sebagai agama rasmi negara serta orang Melayu by default adalah beragama Islam.
Transformasi yg perlu adalah Imam dan bilal yg cergas dan proaktif ......bukan yg LLB look like busy ! but very lazy ! Transformasi madjid sangat d perlukan supaya tiada perpecahan d kalangan ulama' dan qariah serta jemaah.Orang dulu mengambil berat perihat anak qariah .....sekarang ni dah terbalik...qulus ! dapat pagi petang habis .....minta lagi .....x dapat ...paling tadah ...! Sama samalah kita mulai dgn Tasbih Malaikah ini setiap hari x 100 pagi x 100 petang.Mudah2an Allah hilangkan perasaan dengki dan benci sesama orang Melayu dgn d jernih hati untuk berkasih sayang.Sebarkan Salam !

http://simplyislam.com

http://celebratemercy.com

www.alquran-melayu.com

www.quranexplorer.com

HEDER TILE AND PLUMBER berkata...

UBAHSUAI RUMAH (house renovation) area kajang, bangi, cheras, serdang, puchong, subang, shah alam, kepong, nilai, ampang, gombak (Selangor/KL) Sambung dapur, parking, ikat batu, pasang tile, mengecat, plaster, plaster siling, kayu, meja dapur/table top, paip DLL. Hubungi: 0182233854 khaidir click → FACEBOOK atau → BLOGGER

Tanpa Nama berkata...

kita tidak terima kalau BN dijadikan satu parti.kerana kalau BN dijadikan satu parti,dah sama macam parti PKR[bercampur bangsa].kita mahu BN sebagai parti KOMPONEN dimana UMNO yang menjadi KETUA KOMPONENNYA[BN].parti2 lain hanya mengikut saja.dengan cara ini semua urusan2 pentakbiran negara dan negeri dapat dilakukan dengan cara BERSATU[dengan semua parti2 komponen BN yang lain]tetapi urusan2 KEBUDAYAAN dan UGAMA dapat diasingkan.maknanya kita orang ISLAM bolih hidup dengan cara ISLAM,mereka yang BUKAN ISLAM bolih hidup dengan cara mereka.kita rasa inilah cara yang TERBAIK.