Ahad, 30 Jun 2013

HOT INFO! PRK Kuala Besut, Pas dan Dap mengaku Kalah Sebelum Berjuang?



Angin Pilihanraya Kecil Kuala Besut  Terengganu pada 27 Ogos ini semakin deras terasa. Seperti yang kita tahu, Pakatan Haram hanya kuat di tempat yang ada pengundi bukan melayu ramai.

Kalau peratusan pengundi melayu tinggi, memang harapan mereka pun tipis la.

Timbalan Presiden PAS, Mohamed Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, kawasan Kuala Besut, tersebut yang terdiri daripada 97 peratus pengundi Melayu dianggap sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN).

"Ia adalah kawasan luar bandar dan kami menjangkakan persaingan akan menjadi sengit.

"Tidak mudah untuk menang di kawasan luar bandar.

"Tiada keputusan dibuat mengenai calon yang akan diturunkan untuk bertanding di sana," kata Mat Sabu sambil menambah kebanyakan pengundi di kawasan itu bekerja sebagai nelayan.

Kerusi DUN Kuala Besut kosong berikutan kematian Ahli Dewan Undang Negerinya (Adun) Dr A Rahman Mokhtar, 55, pada Rabu lalu.

Allahyarham berjaya mempertahankan kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu selepas menewaskan calon PAS, Napisah Ismal dengan memperoleh 2,434 majoriti undi.

Kekosongan itu meletakkan BN berada dalam keadaan tidak selamat kerana kegagalan untuk mempertahankan kerusi itu akan menyebabkan DUN tergantung di Terengganu.

Sekiranya Pakatan Rakyat menang, ia akan menyebabkan kedua-dua parti memperoleh keputusan seri, sama-sama memenangi 16 DUN.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata kemungkinan keadaan DUN tergantung tidak akan berlaku kerana parti pilihan di kawasan tersebut masih BN.

"Mereka mempunyai kelebihan di sana," katanya.

Namun, beliau berkata, dia menjangkakan PAS akan memberi tentangan sengit.

Desas desus mengatakan Hadi Awang, Presiden Pas akan meletakan Ustaz Azhar Idrus bagi menagih sokongan kaum melayu Kuala Besut.

Bagi Mc, kenyataan Mat Sabu dan Guan Eng adalah 'cywar' untuk memberi rasa 'seronok' kepada jentera UMNO/BN di Kuala Besut nanti.

Bila diri dah rasa boleh menang, tentu kita lebih lalai untuk mengejar kemenangan.

Oleh itu, Mc harap jentera UMNO/BN di Kuala Besut, lebih berjaga-jaga.

McTheory:
Jarang tengok Guan Eng dan Mat Sabu mengaku kalah awal..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bang sabun dgn adik guan eng kan adik bradik,mmg la depa pakat.