Khamis, 6 Jun 2013

HOT! Maaf Kerana Terfitnah Pas Kedah Hutang RM2 billion tuu!! #HanyaDiKedah #5tahun3Billion



Sebenarnya bukan 2 billion, tapi 3 billion!! Tu yang terfitnah tuuu...

Serius aku terkejut dengan maklumat yang aku dapat dimana hutang tinggalan kerajaan Pas Kedah yang terpaksa ditanggung oleh Kerajaan BN dan rakyat berjumlah 3 bilion..

Memang dasyat kan ?? 5 tahun perintah hutang cecah 3 bilion..Ketika Pas mentadbir Kedah saban hari pemimpin Pas mendabik dada kononnya Pas berjaya membawa untung melimpah ruah di Kedah..Mereka membezakan pendapatan perolehan hasil hutan(balak) di zaman BN dan Zaman Pas..

Tapi anda perlu ingat ketika BN memerintah dulu, hutan hutan tidak digondolkan seperti apa yang Pas lakukan.. Kerajaan BN dulu hanya membenarkan pokok yang terpilih saja untuk di potong.. Di zaman Pas pula mereka mengunakan teknik cuci mangkuk..habis licin dibuatnya..

Berbalik kepada hutang tinggalan kerajaan Pas berjumlah 3 bilion itu, BN terpaksa mencari sumber sumber luar seperti pelaburan dalam bidang perlancongan seperti apa yang diumumkan oleh YAB Datuk Paduka Mukhriz Mahathir dua hari lepas iaitu pembinaan hotel bertaraf 6 bintang dan taman tema di Langkawi bernilai 1.2 bilion.. Selain itu mencari pelabur pelabur baru masuk untuk memajukan kawasan Kulim Hi Tech Park dan meneruskan projek Zippy atau Sulihh yang terbengkalai di zaman kerajaan Pas..

Semua itu antara aku janji BN untuk rakyat Kedah.. Untuk keselesaan rakyat, YAB Menteri Besar juga mengarahkan segala jenis projek pembalakkan di Gunung Inas dan Sekitar Tasik Pedu diberhentikan serta merta.

Seperti yang semua sedia maklum, Kerajaan Pas membuat pinjaman bank berjumlah RM 330 juta untuk membina kompleks KUIN dimana tidak mempunyai fasiliti lengkap seperti hostel, masjid, kediaman kakitangan serta beberapa lagi keperluan untuk pelajar dan kakitangan, walhal jumlah kontrak bernilai RM 330juta itu meliputi semuanya..

Jumlah yang perlu dibayar setiap tahun  kepada bank berjumlah RM 42.6 juta  bermula dari tahun 2013 hingga 15 tahun seterusnya. Jumlah itu belum termasuk kos pengurusan dianggarkan sebanyak 20juta..

Selepas Pas mentadbir Kedah jumlah pinjaman jangka panjang anak syarikat kerajaan negeri Bina Darul Aman (BDB) sehingga 31 September 2012 mencecah RM 255 juta dengan liabiti RM434 juta.. Sedangkan di zaman kerajaan BN dahulu pinjaman itu hanya sekitar RM 40 juta dengan liabiti RM 185 juta..

Menurut laporan Audit Negara 2011 baki tunai kerajaan negeri hanya tinggal RM 193.22 juta.. Manakala baki hutang awam mencecah RM 2.6 bilion..

Selama Pas mentadbir 5 tahun di Kedah, hasil balak merupakan hasil utama kerajaan negeri dan kononnya dengan hasil itu Pas mampu mentadbir dan menjana ekonomi dengan baik.. Walhal projek projek pembalakkan sebenarnya untuk kayakan kroni kroni Pas.. Benarkah Pas mentadbir negeri dengan baik selama sepenggal ?? Jika wang hasil balak diwar-warkan banyak, kenapa Kerajaan Pas Kedah waktu itu terpaksa berhutang untuk membina kampus KUIN ?? Itu persoalannya..

Sekarang ini kerajaan BN terpaksa mencari jalan untuk melunaskan segala hutang hutang tinggalan kerajaan Pas Kedah.. Pertama kali dalam sejarah dimana dalam masa sepenggal hutang kerajaan sebanyak RM 3 bilion.. Tahniah kepada Pas kerana merosakkan ekonomi negeri Kedah dengan beban hutang yang begitu besar..

Bayangkan jumlah RM 3 bilion dimanfaatkan untuk rakyat Kedah seramai 1,910,174 orang (statistik), setiap seorang bakal memperolehi RM 1361 mengikut kiraan tunai .. Tetapi sekarang ini setiap seorang rakyat di Kedah perlu menanggung hutang sebanyak RM 1361, jumlah yang sama untuk lunaskan hutang tinggalan kerajaan Pas.. Adakah ini satu keadilan bagi rakyat Kedah??

lembah Agro

keli k
Di Kedah, banyak lagi projek projek terbengkalai dibawah kerajaan Pas seperti projek Kedah Agro Hub(pengkalan hasil pertanian) negeri Kedah yang bertempat di Sungai Petani, Projek Keli-K, Sulihh, projek perumahan, projek pembalakkan di PAPUA NEW GUINEA dan pelbagai lagi projek projek tidak dilaksanakan..

Sebagai contoh Sulihh, Projek yang dianggar melibatkan pelaburan RM35 bilion itu dijangka siap pada 2013 dan apabila beroperasi nanti sepatutnya dapat menjana pendapatan RM400 juta setahun kepada kerajaan dan menjana peluang pekerjaan kepada penduduk. Projek sehingga kini masih belum dapat dilaksanakan walaupun sudah sepenggal Pas memerintah dan program pecah tanah yang dirancang berapa kali dibatalkan.



Dahulunya Pas ingin menjadikan Kedah sebagai Belanda Timur, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.. Kerajaan Pas Kedah dulu menghabiskan jutaan ringgit untuk membawa deligasi( Exco, Adun Pas, dan pemimpin pemimpin Pas kawasan) ke luar negara seperti eropah, timur tengah, Australia, China dan negara Asean kononnya atas nama lawatan sambil belajar mencari idea untuk membangunkan Kedah, REALITInya tiada apa teknologi baru yang dibawa, yang ada hanyalah kepuasan senyuman dari pemimpin Pas dapat melancong percuma.. (Bukti gambar ada dalam simpanan aku)

Untuk pengetahuan semua, apa yang aku tulis diatas ini dari kaji selidik yang aku jalankan sendiri mengikut isu isu yang pernah kami ( bloggers Kedah) bangkitkan sebelum ini.. Masih banyak lagi isu isu agak sulit yang belum dikeluarkan kerana ada beberapa pekara masih dalam siasatan..

Itulah sebanyak banyaknya bangkai busuk yang ditinggalkan oleh kerajaan Pas untuk rakyat Kedah walaupun hanya sepenggal memerintah.. Banyak pekara yang perlu dilakukan oleh YAB Datuk Paduka Mukhriz untuk mencuci bangkai yang ditinggalkan oleh mereka..

Walaupun berat untuk memikul amanah sebagai Menteri Besar, Aku yakin dengan kemampuan YAB Datuk Paduka merealisasikan impian anak Kedah untuk menjadikan Kedah sebagai negeri perindustrian, pelancongan dan pertanian..

Nukilan dari Medan Tempur Kedah

Untuk memperingati hutang Pas selama 5 tahun ni, Mc dan TMK telah melancarkan Hashtag untuk Twitter #5tahun3billion Untuk rakyat Kedah sedar betapa 'lemau'nya Pas memerintah, dalam masa 5 tahun 3 billion hutang telah dihasilkan!!

Berbanding UMNO yang di tuduh rasuah, kroni dan pelbagai lagi, sejak merdeka hanya mengumpul 1 billion hutang di negeri Kedah. Kini, pembaca boleh menilai, betapa hasil balak yang Pas tebang tu pergi ke mana.

Kononnya 80 juta, pembangunan takdak, projek hasil habuk! Hutang tak bayar, yang sengsara rakyat Kedah juga!

McTheory:
Tolak Pas, tengok BN buat kerja pulakk!!

3 ulasan:

Ahmad Pazil Md Isa berkata...

pi check balik, simpanan KEDAH pada tahun 2007 zaman BN berapa, zaman PAS berapa. Zaman BN simpanan hanya ada RM 72 juta zaman PAS pada tahun 2011 sekali ganda simpanan kerajaan negeri sebanyak RM193.22. Antara masalah kerajaan PAS Kedah bagaimana untuk menambahkan pelaburan. Antara pelaburan yang boleh memberikan kesan jangka panjang pembinaan KUIN tu tak termasuk projek2 lain yg sedang berjalan. memang la kerajaan negeri bertambah hutang tetapi tgk la hutang tu mai dr mana, RM 400 juta utk air. Jadi, hutang kerajaan negeri yg banyak tu utk kepentingan rakyat juga, bukannya dipersia2kan. Pelaburan ni ambil masa yg lama, mana boleh tgk dalam masa beberapa tahun saja. Contohnya KUIN, memang la nampak sekarang rugi, sebab tak buat apa2 lagi, bila sepenuhnya beroperasi barulah nampak hasilnya.

Tanpa Nama berkata...

pala hotak hg kuin akan nmpk hasil..lg celaru ada la..mujuq bn pegang kedah balik..kalau hg pa pegang lg..sekali aku xdpt gaji..sembang mcm ayam dok kokok..tp taik bersepai..duit api saja 2 bln dah 200k..tu baru seribu stud dok kuin kk..kalau suma stud dok situ,mmg jahanam la kerajaan negeri..nk bayaq gaji lg,api ayaq lg..duit nk cekau mana dol..bleh dpt duit..penaik yuran 300%..br kuin akan untung..asas kuin nk bantu budak melayu..dah naik yuran..sapa nk masuk..tara tu la pala hotak hg pa pikiaq bab ekonomi..khaitt ptuihh

Kekuda berkata...

simpanan berganda sebab campur duit pinjam.. macam tak biasa buat? sebab itulah hutang pun naik berganda-ganda jugak,