Ahad, 2 Jun 2013

PANASS!! Apa Masalahnya Kalau Kedah Laksanakan AES? #HanyaDiKedah


Bila exco terlampau pandai si Tajul Urus membuat kenyataan bahawa Automated Enforcement System (AES) akan dilaksanakan di Kedah. Maka berduyun-duyunlah puak pembangkang berterima kasih kepada rakyat Kedah kena Kerajaan BN Kedah menghadiahkan AES.

Walaupun tahniah yang disampaikan tu cara perli, tapi namun pada hakikat yang sebenar, perlaksanaan AES itu penting dan perlu untuk mencegah kemalangan dan jenayah jalanraya. Kita jangan fikir ia satu hukuman, kita anggap dia sebagai alat keselamatan umpama lampu isyarat. Kenapa kita perlu lampu isyarat? Sebab nak selaraskan traffik. Sama juga macam AES, untuk mencegah pemandu dari memandu terlalu laju.

Kebanyakan orang takut dengan saman yang dikeluarkan AES. Kenapa takut kena saman kalau kita tidak lakukan? Contohnya macam ni, Kerajaan Malaysia laksanakan undang-undang keras kalau melakukan hubungan seks luar tabie, kenapa kita takut pada undang-undang luar tabie kalau kita tidak pernah terfikir nak main 'belakang'? heh..

Patutnya orang yang selalu 'main' belakang atau melakukan hubungan sejenis yang akan takut pada undang-undang itu betul? Jangan takut kalau kita tak buat salah. Macam tu juga dengan AES, buat apa nak takut kalau kita tak langgar undang-undang dan pandu terlalu laju?

Kamera AES bukan hanya untuk tangkap orang bawa laju, ia boleh digunakan untuk memantau pergerakan traffik, boleh digunakan untuk mencegah jenayah jalanraya, boleh memantau jika berlakunya kemalangan dan beberapa fungsi penting lagi.

Sepatutnya kita rasa lebih selamat dengan adanya AES, bukan rasa tersepit. Biar penjenayah yang rasa takut, bukannya kita rakyat marhein ni. Cuma kalau nak pacak AES tu biar la di tempat yang strategik, jangan main pacak ikut suka saja. Buat kajian habis-habis dahulu.

Ada orang kata pacak AES sepanjang jalan pun, kalau nak eksiden, tetap eksiden. Betul, ajal maut tu di tangan tuhan, tapi Allah juga mahu kita berusaha untuk mencegah. Kita manusia hanya mampu untuk merancang, Allah yang menentukan.

Dari biar dan berserah ramai rakyat Kedah mati katak dijalanraya, baik kita cuba untuk mencegah, tak salahkan? Sekali lagi Mc nak ulang, AES ni untuk orang yang buat salah saja, kalau tak buat salah, buat apa nak takut?

Mc bukan menyokong, ini hanya pendapat peribadi saja. Bila difikir-fikirkan, lebih banyak kebaikan dari keburukan. Betul?



McTheory:
Tolong komen wahai sahabat ku sekelian..

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku sebagai penduduk sg petani ok je dengan sistem ni.

Tanpa Nama berkata...

Aku nk sgt aes ni dipasang di kawasan aku pasang byk byk kalu boleh setiap 100m..itu je cara nk ajar pemandu pemandu yg makin kurng ajar kt msia ni..langgar lampu isyarat..potong q...stop at yellow line..speeding..halang lalulintas..paeking ikut suka mak bapak..smua ni byk dilakukan oleh puak sepet..

Tanpa Nama berkata...

Pasang tapi pastikan tempat tu betul2 sesuai..

Tanpa Nama berkata...

Seorang Ustaz kawan aku kata, manusia yang baik ni akan patuh kepada Allah dan apa sahaja kaedah yang dibuat demi kebaikan manusia. Apa beza AES dengan trafik light. Kalau trafik light itu untuk kebaikan, AES juga untuk kebaikan. Manusia yang kaki langgar undang-undang sahaja yang akan tentang dengan pelbagai hujah bodoh mereka. Kalau manusia itu menentang sesuatu benda yang baik rekaan manusia, apakah boleh diharap mereka juga akan patuh hukum Allah. Allah kata jangan fitnah tapi siang malam itulah kerjaya mereka. Jadi janganlah heran sangat kepada puak-puak yang tentang AES ni. Yang Allah suruh pun mereka tentang apatah lagi yang manusia reka ni.

Tanpa Nama berkata...

Salam, aku setuju dgn statement2 di atas, pemandu Malaysia cukup kurang ajar. Aku beberapa kali di himpit oleh pelesit2 haprak samseng ini semasa memotong loro di lebuhraya PLUS. Memotong pd kadar 100-1101kmj sudah cukup laju krn aku sayangkan zuriat aku dan keluarga ku.. tgjwb aku untuk MEMANDU DENGAN HEMAH adalah kwajipan seorang pemandu kpd keluarganya..itulah AMANAH ALLAH juga.

Jadi knr aku potong itu ambil masa sedikit, puak2 haram jadah kereta laju ini tidka boleh sabar.. dn menghimpit2 dgn HIGH BEAM.. seolah2 mereka shj yg layak pakai lebuh raya.

JUSTERU aku amat sgt sokong AES. Org yg xbuat salah dan memadu mcm manusia takkan terancam dengan AES. AES alat yg dipsang seluruh dunia, dn Insya Allah manusia yg langgar peraturan perlu HUKUMAN. itu juga konsep dlm Islam

Langr lampu merah tetap BERDOSA krn mudharatnya akan menyebabkan kemalangan, kematian. dlm ISLAM itu ialah HUKUMAN TAKZIR..

ustad2 bangang ini mereka hanya pancai ckp.. diri mereka sndiri MUNAFIK.. tk ikut peraturan..terutama ostad2 PAS.. bg mereka undang2 ialah dlm poket mereka..krn mereka shj kunun tahu hukum Tuhan..

SO AKU SANGAT MENYOKONG AES. Laksanakan segera. Krjn Kedah BN mesti berani krn benar. Usah pelihara sokongan rakyat pd hal yg xbetul. Tegas wpun xpopular..Insya Allah berkat!!