Ahad, 2 Jun 2013

PANASS!! Masalah bila rakyat Malaysia tak tahu bahasa Melayu!!



Nampaknya, kaum Cina langsung tidak menghargai tindakan kerajaan untuk tetap melantik wakil mereka di kabinet setelah MCA menolak sebarang jawatan. Malah mereka mempertikai pula perlantikan itu atas alasan wakil yang dipilih tidak mampu menguasai Bahasa Mandarin. Persoalan ini dibangkitkan oleh Dong Zong dengan menyifatkannya sebagai tidak wajar.

Kita tidak faham kenapa mereka yang mengaku sebagai warganegara Malaysia dan enggan digelar pendatang memerlukan wakil yang mampu menguasai bahasa lain selain Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Kedua negara.

Nampaknya, Dong Zong telah membuktikan bahawa kaum Cina memang layak digelar pendatang. Dong Zong telah secara tidak langsung mengesahkan bahawa kaum Cina di Malaysia sememangnya tidak fasih berbahasa kebangsaan. Dalam ertikata lain, mereka telah lama meminggirkan Bahasa Malaysia dan langsung tidak mengiktirafnya sebagai bahasa rasmi negara ini.

Ini adalah bukti jelas betapa kroniknya kesetiaan kaum Cina kepada negara ini dan perkara ini tidak wajar diambil ringan oleh kerajaan.

Mengupas isu ini dengan lebih mendalam, inilah dikhabarkan kepada kerajaan bahawa kaum Cina sebenarnya memandang lantikan wakil mereka sebagai tidak bermakna kerana apa yang mereka mahu adalah kuasa yang lebih, iaitu di kementerian yang lebih signifikan seperti Kewangan, Pertahanan atau Timbalan Perdana Menteri kalaupun tidak Perdana Menteri.

Sedangkan, keadaan yang sama boleh dilihat di mana-mana negara di dunia di mana tidak mungkin kaum minoriti diberi kuasa lebih apatah lagi dalam sebuah negara demokrasi. Hal yang sama berlaku di Singapura di mana kaum Melayu yang jauh lebih layak juga hanya akan diberi jawatan ‘cikai’ atau bawahan sahaja.

Amerika pula hanya baru-baru ini sahaja menerima Presiden kulit hitam, itu pun kita cukup tahu bahawa beliau bukannya berkuasa dalam ertikata yang sebenar. Lebih dari itu, kaum kulit hitam di Amerika dan juga etnik-etnik lain tidak pernah mengambil sikap memencilkan diri dari aspirasi negara. Mereka tidak pernah memperjuangkan bahasa ibunda atau sekolah berasingan. Malah mereka juga tidak punya akhbar dalam bahasa sendiri. Pendek kata, mereka tiada bezanya dengan penduduk asal negara itu, maka kerana itu Presiden Obama mampu diterima ramai.

Malaysia tidak mampu mengikut jejak itu kerana soal ‘minoriti’ bukan merupakan satu-satunya masalah yang mengekang kaum Cina dari mendapat kuasa lebih. Masalah yang lebih besar ialah kaum Cina di Malaysia enggan berasimilasi dengan kaum majoriti, serta enggan menjadi sebahagian dari aspirasi negara ini.

Kaum Cina langsung tidak menghormati asas dan dasar-dasar negara sehingga ke tahap memperlekehkan kerajaan itu sendiri. Malah, kita juga sedia maklum bahawa mereka cukup ‘anti’ dengan perlembagaan negara ini yang meletakkan hak istimewa bumiputera serta agama Islam sebagai agama rasmi. Mereka juga enggan mengiktiraf struktur negara yang meletakkan Raja-raja di tempat tertinggi. Sehingga ke hari ini, majoriti kaum Cina langsung tidak tahu perbezaan Sultan dan Agong atau memahami adat-istiadat rasmi negara. Pendek kata, majoriti mereka tidak pernah menjadi sebahagian dari negara ini.

Lebih buruk, sifat rasis kaum Cina Malaysia begitu terserlah. Tiada siapa boleh menafikan bahawa kaum Cina gemar menindas pekerja dan peniaga kaum lain secara halus, mahupun secara terbuka. Justeru, membuka peluang kepada mereka untuk lebih berkuasa bermakna membuka ruang untuk mereka menindas kita.

Hakikatnya, perbuatan Dong Zong mempersoal lantikan wakil Cina tersebut merupakan kenyataan ‘keangkuhan’ kaum itu. Dengan mempertikai kefasihan mereka berbahasa Mandarin menunjukkan bahawa Dong Zong enggan meletakkan bahasa kebangsaan lebih tinggi dari bahasa ibunda mereka. Dong Zong juga mahu kerajaan tunduk sahaja kepada kemahuan mereka itu, tanpa banyak soal.

Hari ini, kita sedih melihat Perdana Menteri dicaci-hina dan diketawakan semahu-mahunya di laman-laman web dan laman-laman sosial kaum Cina sementara ada pihak di keliling Perdana Menteri sendiri yang meminta agar kerajaan terus berlembut dengan mereka…

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mana ada pertubuhan Melayu yg kuat dan lantang spt dong zong atau dap? Umno? Porahhh... dah semakin pondan gamaknya. Pas? Kita hadapi isu guru cina rasis hina pelajar Melayu, mereka bawa kita soalan lain, " mana lebih zalim biarkan gejala buang bayi..."?.... isunya Melayu dihina cina tapi pas spt kata tak apa sbb ada banyak sebab Melayu (umno) wajar dihina cina. Mereka tak rasa dirinya Melayu. Porahhhh...

Tanpa Nama berkata...

Pas ni biasalah cerdik tak boleh tumpang

Tanpa Nama berkata...

Kita kena cari sorang hamba Allah yg brani dan tegas sbagai pencetus kebangkitan semangat melayu, hamba Allah ni msti pandai berpidato, berfakta, berani, warak dan mampu mmbuat melayu bdiri 1 saf.. ada ke?

Tanpa Nama berkata...

Haramkan Dong Zong...

awang soh berkata...

Selagi bernama Cina selagi itulah sikapnya. Apa kata jika kerajaan mewajibkan setiap Cina tidak memakai nama Cina tetapi nama Melayu, seperti Ahmad, Kadir, Awang dan sebagainya.