Isnin, 24 Jun 2013

PANASS!! Mukhriz Rela Di Hentam Oleh Pas Kedah? #HanyaDiKedah


Pas Kedah sepatutnya lebih memahami betapa sukarnya jadi Kerajaan Negeri. Kerana pengalaman selama 5 tahun sebagai Kerajaan Negeri rasanya sudah cukup mengajar mereka erti pengorbanan seorang pemimpin dan menghadapi cabaran untuk menjaga sebuah negeri.

Sebab tu MB Kedah, Datuk Mukhriz tak kisah Pas nak tegur Kerajaan BN Kedah yang baru ni, tapi beragak-agaklah.. jangan main serbu saja tanpa bukti, atau lebih tepatnya, jangan buat fitnah!

Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir hari ini berkata, kerajaan negeri mengalu-alukan sebarang teguran daripada barisan pembangkang atas pengalaman mentadbir negeri Kedah, sebelum ini.

Bagaimanapun, Mukhriz berkata teguran tersebut perlu berasaskan fakta dan berharap anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang sepatutnya lebih memahami kesukaran mentadbir sesebuah negeri, walaupun pernah mentadbir Kedah hanya lima tahun.

Beliau turut berharap agar pihak pembangkang akan lebih bersifat empati terhadap kerajaan sedia ada.

“Tegurlah kerajaan negeri kalau ada kepincangan, sebab pihak kami tak fikir kerajaan negeri betul 100 peratus sebab mungkin ada yang terlepas pandang atau maklumat tidak sempurna.
 
“…Pengalaman ini (mentadbir negeri) sangat penting untuk meningkatkan kefahaman dua-dua pihak, dalam demokrasi penting wujud peranan semak dan imbang,” katanya kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah Adun Kedah di Wisma Darul Aman di sini semalam.

Sebagai ‘orang baharu’ dalam Dun Kedah, Mukhriz berkata beliau belum dapat membuat perbandingan mengenai perjalanan sidang DUN, namun berharap ia tidak berlaku seperti dalam Dewan Rakyat.

“Kalau banding dengan Dewan Rakyat, harap tak berlaku (dalam Dun). Polemik politik terlampau dalam Dewan Rakyat, suasana agak tegang dan peraturan mesyuarat dilanggar sewenang-wenangnya,” kata Mukhriz.

“Saya lihat nama-nama (Adun) ramai yang baru, ada juga orang lama dan rasa sidang dewan akan meriah dengan pandangan dan idea baharu.

Sementara itu, beliau berkata pemilihan Datuk Md Rozai Safian sebagai Speaker Dun Kedah dan Adun Bayu, Datuk Azmi Che Husain sebagai Timbalan Speaker merupakan pilihan yang tepat berikutan kedua-duanya mempunyai pengalaman dalam mengawal perjalanan dewan. – Bernama

Dalam sidang dun mungkin Pas tak fitnah atau tuduh bukan-bukan, tapi dalam media maya ni, dah macam-macam dah Pas dok fitnah, sampai harga rumah naik pun BN kena, sedangkan yang buat rumah tu bukan Kerajaan Negeri pun. he he.. punya la bangang puak Pas ni.

McTheory:
Tapi apa yang kita respek Pas, mereka memang terer jadi pembangkang!

3 ulasan:

Pemikir berkata...

TAHNIAH atas keterbukaan...

Tanpa Nama berkata...

Salam, aku tk setuju sgt statement Mukriz terlalu terbuka dan rendah diri sgt pd PAS dan 'pembangang' Kedah! Pembangkang KEDAH adalah perosak KEDAH, kenapa MUkriz perlu dgr telunjuk org2 jahat? org2 korup dan perosak??

Banyak lg yg boleh bg tunjuk ajar termasuklah vateran2 UMNO BN di Kedah.

PAS yg melingkupkan kedah kenapa buat statement mcm 'baik' sgt dgn PAS Kedah? PAS Kedah dgn Yahudi lebih kurang sama perangai.

Aku mintak Mukriz jgn main politik mcm ni. Rakyat tk nk tgk Mukriz layan dan main tarik tali dgn PAS atau DAP, atau PKR. Jangn lembukan diri dan kerajaan pd PAS Laknatullah dn PR. Merekalah punca Kedah sengsara!! Apa jasa PAS/Pembangkang pd Kedah sehingga Mukhriz terbuka sgt dgn mereka?

Sepatutnya Mukriz kena ckp.. Pentadbiran BN sedia menerima TEGURAN RAKYAT yang berfakta dn MEMBINA.. bukan dr PEMBANGKANG@ BANGANG@PAS Haram Jadah tu!!

Kenapa semua pemimpin UMNO kena sindrom LEMBIK selepas PRU13? Najib dh mcm xde telor lg dh.. semua urusan negar askrg berjalan mcm xde kepala.. dia hanya jd penghiasa.. Muhyidiin pun sudha mcm hilang taring..PRU13 bkn main berapi ucapan..????

Aduhhh Kedah pun kena juga santau angin PR nih???

Rakyat MUAK weii!!

Tanpa Nama berkata...

Jika UMNO BN terus LEMBIK dan 'sujud' pd sikap Pakatan Rakyat, pasti akan dtg pihak ketiga yg akan RAMPAS semua ini.. ALLAH MAHA KUASA!!

PR, pihak yg xde jasa apa pd negara melainkan banyak huru hara dan meracuni pemikiran dan jiwa rakyat.TP skrg UMNO BN layan PR mcm 'adik beradik'. PM spt kena SIHIR dgn PR, entah apa hala tuju negara skrg ini selepas PRU13?

Aku amat kecewa dengan perkembangan2 ini termasuk dgn statement MUKRIZ yg PELIK ini. Apa kebenda yg PAS jamu Mukriz sampai tiba2 'menyembah' jugak!!

Sepatutnya MUKRIZ mau KERAS dan TEGAS. Lembut pd yg baik2. PAS Kedah bukannya baik. Tglah siapa pesuruhjayanya? Mahpos Haram Jadah tu. Agama sj Islam tp perangai mcm Laknatullah.. itu pengemudi PAS Kedah!

belum lg turun ke Kg2, UPU, Kawasan2 PAS mcm mana sikap bengis dan benci mereka pd Krjn BN xsudah2.

Apakah Mukriz mahu kena ketok baru nk tergandah. Lebih baik fokus kpd ayat2 kdp RAKYAT drpada MELAYAN pembangkang.

Byk kerja nk kena buat utk pulihkan rakyat, negeri Kedah. Mukriz ada masa pulak MELAYAN BULES JIWANG dgn PAS/PR??

ADUHH Mc.. aku sgt2 terkejut dn xphm apa nk jd ni???? Kedah wajib dipertahankan.. turunkan mana2 pemimpin yg ada sifat lemah!!

Harap Tun M bg asihat betul pd anakndanya!