Khamis, 20 Jun 2013

PANASS!! Penagih Remaja Di Tangkap!!


KULIM - Hasrat dua daripada tiga remaja lelaki berusia 18 dan 20 tahun untuk membeli dadah daripada seorang pengedar tidak kesampaian apabila polis dari Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) diketuai Sub Inspektor Mohd Najib Abd Aziz bersama tiga anggota sukarelawan polis terserempak dengan mereka.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 2 pagi ketika polis sedang membuat rondaan pencegahan jenayah di Taman Seri Mahkota, sebelum terserempak kereta jenis Perodua Kancil warna merah diletakkan di tepi jalan berhampiran ladang kelapa sawit dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, polis kemudiannya menghampiri kenderaan mereka dan mengarahkan supaya meninggalkan lokasi itu bagaimanapun suspek bertindak agresif dengan memecut kereta dipandunya ke arah Taman Merak sebelum melalui Jalan Pong Ah Yong.

“Polis terus mengekori kereta suspek dalam jarak dekat. Kereta suspek kemudiannya membelok ke Jalan Kilang Lama dan menuju ke Pekan Kulim. Namun polis berjaya memotong kereta dinaiki suspek dan mengarahkan mereka berhenti, bagaimanapun arahan itu tidak dipatuhi.

"Suspek sekali lagi memecut kereta dinaiki mereka menghala ke Taman Kota Kenari dan membelok ke jalan Sungai Ular. Suspek semakin terdesak apabila kereta dipandu mereka memasuki lorong bertentangan sebaik tiba di lampu isyarat taman Merak.

"Bagaimanapun suspek berjaya dipintas oleh kenderaan polis sebaik tiba di hadapan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sungai Ular. Suspek kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk siasatan lanjut,” katanya.

Difahamkan, kesemua suspek kemudiannya diserah kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kulim untuk menjalani ujian saringan air kencing dan dua daripada mereka didapati positif dadah.

Kulim terkenal dengan masalah sosial, Mc minta penguatkuasa dan pihak bertanggung jawab ada formula untuk tanganinya, kalau tidak sia-sialah rakyat Kulim tukar pemerintahan tempohari. Betul?

Tiada ulasan: