Isnin, 3 Jun 2013

TUDIAA!! Mukhriz Mahathir Mulakan Transformasi Ekonomi Kedah!! #HanyaDiKedah


Walaupun kita tahu Menteri Besar kita pasti runsing bila membuka buku hutang Kedah yang telah mencapai RM2 billion sejak ditangan Pas. Namun, harapan orang Kedah dibahu beliau bukan kecik-kecik anak.

Beliau kena membuktikan bahawa beliau pemimpin yang tepat untuk membawa Kedah ke era negeri maju. Ketepikan kata-kata dari pembangkang yang langsung tak berguna tu. Fokus kepada kemajuan negeri dan perkasakan ekonomi.

Kedah menyasar meningkatkan ekonominya dengan melaksanakan pelan transformasi negeri yang membolehkan lebih ramai pelabur domestik dan asing meneroka sektor-sektor baharu di negeri ini.

Menteri Besar Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir berkata kerajaan negeri
merancang untuk memiliki hab kuasa ekonominya sendiri yang akan menjana aktiviti inovasi tempatan yang mendapat permintaan tinggi di peringkat global.

"Sektor pelancongan merupakan penyumbang kedua tertinggi kepada pendapatan negara kasar (PNK) Kedah dan kami akan melihat apa yang boleh kami lakukan untuk meningkatkan sektor tersebut," katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan memorandum persefahaman antara Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Pekan Artisan Sdn Bhd.

Beliau berkata Kedah mempunyai banyak daya tarikan untuk meningkatkan ekonominya, terutamanya pulau tersohor, Langkawi, yang boleh menarik pelabur dalam dan luar negara.

Mukhriz berkata Langkawi, penyumbang potensi kepada PNK Kedah, boleh menarik lebih tiga juta pelancong setiap tahun, dengan PNK berkaitan pelancongan diunjur mencecah RM3.8 bilion menjelang 2015.

"Buat permulaan, kami berusaha untuk menarik pelaburan bernilai kira-kira RM5 bilion, di samping mewujudkan sekurang-kurangnya 4,200 peluang pekerjaan baharu bagi penduduk tempatan dan meningkatkan kedatangan pelancong," katanya.

Beliau berkata tahun lepas, dengan kira-kira tiga juta kedatangan pelancong direkodkan di Langkawi, perolehan pendapatan ialah sekitar RM2.6 bilion.

Menurut Mukhriz, Langkawi mendapat faedah daripada pelaburan domestik dan asing sejak pelaksanaan Pelan Tindakan Pelancongan Langkawi (2011-2015).

Pada Disember 2011, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak melancarkan pelan tindakan tersebut untuk menjadikan Langkawi sebagai satu daripada 10 destinasi pulau utama dunia.

Selamatlah BN berjaya merampas Kedah dari tangan Pas. Kalau tidak, makin hancurkan Kedah jika Pas terus memerintah!

McTheory:
Transformasi Bermula..

7 ulasan:

Quantum Metal Consultant berkata...

bangunkan semula cadangan membina lapangan terbang antarabangsa free zone di era sanusi junid bagi merancakkan pelancongan kedah.

Penerbangan domestik dan antarabangsa lebih selsa, sesuai dan jimat jika mendarat di kedah (sungai petani, kota kuala muda) daripada mendarat di pulau pinang dan merugikn masa kerana kesesakan untuk keluar dari pulau tersbut.

Pak Ulong berkata...

Menjadi MB pun kerana desakan bapa pada Najib. Jika tidak entah apa yang dia ni nak buat. Masa bapa dia menjadi PM abangnya Mirzan mengambil kesempatan mengaut segala peluang perniagaan. Hakikatnya segala wang modal semuanya dibiayai oleh bank2 tempatan. Bila mengalami kerugian maka bapa yang menjadi PM menyuruh PETRONAS bailout segala syarikat2 yang mengalami kerugian dimana Mirzan menguasai. Kerajaan melalui PETRONAS mendirikan litar lumba di Sepang. Dengan senang hati PM memberi pada anaknya untuk menguruskanya dan mengaut keuntungan. Modal duit kerajaan tapi keuntungan masuk poket sendiri. Kalau bagi dekat orang bodoh pun boleh buat. Moralnya mereka yang bernama Mirzan,Mokzani dan Mukhriz ini bukan lah insan yang mempunyai krebiliti tersendiri untuk berniaga atau pun berpolitik. Semuanya mereka dapat adalah hasil campurtangan bapa mereka Tun Dr Mahathir bin Mohamed.

Pa'Shaik berkata...

pak ulong cakap macam dia pandai sangat ....semua hal dalam dia tahu...tentulah keluarga anak isteri bahagia.cuba sapa sapa bagi tahu si mamat ni pakai keta apa...rumah dia banyak bilek kot.Tak boleh tengok orang Melayu senang....

Tanpa Nama berkata...

Elok sangat jika airport Penang dipindah ke Kuala Muda seperti cadangan Tun Mahathir satu ketika dahulu.Tapak airport Penang tersebut boleh dibuat perumahan PRIMA.Dari Kuala Muda boleh guna terowong bawah laut LGE ke Penang. Memang cantek. Inilah masa nak buat apa pun kerana tak perlu nak jaga hati sesiapa pun. Kalau jadi pindah airport Penang, gerenti LGE hantuk kepala ke dinding.

Tanpa Nama berkata...

Bantuan dana atau apa sajalah dr kementerian pelancongan wajib ke negeri di menang BN. Stop negeri penang. Org cina dah kaya. Org Melayu sana dah terpinggir. Stop ke cina. Najib org Melayu dah muok ke cina.

Tanpa Nama berkata...

Hutang kedah kurang dari 2 bilion kpd 500 juta masa zaman pas,ok lah tu kedah bukan ade hasil sgt mcm ganu ka selangor ka,tpi still efisien sbb apa????,org pas tak makan rasuah!!!!!jdi takde ketirisan,mukris harapnya lebih baik lagi!!!

Tanpa Nama berkata...

International airport Kedah perly dibuat di Alor Star, bukannya di SP atau kulim yg pekan kecil. Alor Star ialah ibu negeri dan Akujanji BN PRU 13 nak jadikan Alor Star metropolitan. Kalau airport buat di SP, DS Mukhriz terpaksa naik teksi balik rumah MB di AS setelah turun kapal terbang