Rabu, 17 Julai 2013

INFO! Komen Tun Dr Mahathir Tentang Perihal Alvin dan Vivian Hina Islam!


Semalam bekas Perdana Menteri,Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, perbuatan mempersendakan bulan Ramadhan di laman Facebook oleh Alvin Tan dan Vivian Lee jika dibenarkan undang-undang,mereka seharusnya dilucut kewarganegaraan.

Katanya lagi, namun undang-undang di negara ini tidak pernah melucutkan kewarganegaraan seseorang. Jelasnya,perbuatan menceroboh agama lain adalah perkara yang tidak baik dan boleh sampai ke peringkat mencetuskan rusuhan .

“Jika kita lihat,di negara lain banyak berlaku rusuhan disebabkan oleh agama, namun Alhamdulillah negara kita tidak berlaku rusuhan itu.Namun,apa yang kita nampak perbuatan ini adalah tidak bertanggungjawab dan menyakitkan hati orang lain yang mungkin orang lain akan balas lalu bermusuh.

Mereka ini adalah orang yang tidak ada akal dan bodoh yang tidak boleh di ajar,” katanya ketika majlis berbuka puasa dan solat terawih anjuran Proton semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas Alvin Tay Jye Yee dan pasangannya,Vivian Lee yang mempersenda bulan Ramadan dengan memuat naik gambar makanan menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.Beliau menambah,jika berlaku rusuhan,mereka ini tidak akan bertanggungjawab dan perlu dikenakan tindakan tegas jika tidak dilucutkan kewarganegaraan.

Selain itu,Tun Mahathir turut berkata,undang-undang dibuat adalah untuk menentukan hidup kita lebih selesa. “Undang-undang dibuat untuk menjadikan masayarkat kita lebih sempurna dan jika mansuhkan semua undang-undang,saya fikir kita akan binasa,” katanya.

7 ulasan:

banggoi petai berkata...

tolong laa pujuk Tun supaya bertanding jawatan Presiden UMNO nanti. . Tun jadi Presiden dan jawatan Perdana Menteri biar Muhyiddin atau sape sape yg Tun rasa layak jadi PM. .. selepas setahun Tun bagi laluan kpd Muhyiddin sebagai presiden UMNO. .. yg penting kasi turun dulu Najib. .. one by one Muhyiddin dlm situasi sekarang tak mampu kalahkan najib. . kalau Tun yg bertanding lawan najib ,, 60% chance utk Tun menang. . dgn syarat Muhyiddin bagi support d belakang. . klau Muhyiddin lawan najib ,, 30% saja peluang dia dan bakal terkubur setakat timbalan saja. .. muhyiddin pertahan timbalan dan bagi support Tun jatuhkan Najib ,, Tun lantik Muhyiddin jd PM .. Tun jadi Menteri Mentor. .. yg penting bring down najib and all clown around najib dulu. . kita repair balik UMNO yg jahanam dek najib niiii. .

Tanpa Nama berkata...

Tun dah pencen payah skit bro

Tanpa Nama berkata...

sampai la ni PM DS Najib masih tak sedar lagi cara dia orang tak suka, masih lagi nak jaga punahsihat di sekelilingnya, nampaknya lepas ni kena gesa beliau letak jawatan dan serahkan pada yang lebih layak, pentadbiran beliau sangat lemah dan ini memungkinkan BN akan tewas teruk pru14.

Tanpa Nama berkata...

Aku amat bersetuju cadangan utk menuruNkan najib dan muhiyidin bukan pilihan terbaik. Mungkin kita kena saring pemimpim muda yg leb8h berkarisma dan berjiwa islamik, nasional, dan tegas macam tun M. Saya kabur dgn calun2 ug layak..mm

Tanpa Nama berkata...

sbnnrnya, org yg bertanggungjawab hancur kan umno ialah pak lah lelah. bukan najib.

Tanpa Nama berkata...

aku rasa calon terbaik adalah mukhriz atu hishammudin. tp muhyiddin pun not bad apa..

Tanpa Nama berkata...

aku rasa calon yg layak adalah mukhriz atu hishammudin. tp muhyiddin pun not bad apa..