Isnin, 19 Ogos 2013

INFO! Syiah di Malaysia, di mana ia bermula?



Persoalan ini memang banyak bermain di fikiran kita rakyat malaysia yang sememangnya majoriti rakyat Islam Malaysia adalah Ahlus Sunnah.Kewujudan Syiah di Malaysia ini memang berlaku dan semakin membimbangkan malah mungkin akan menjadi wabak di mana aliran syiah ini menular juga di universiti-universiti tinggi di Malaysia.

Sungguhpun kegiatan Syi’ah di Malaysia sudah banyak diketahui umum melalui pemberitaan akhbar-akhbar harian dan mingguan, polemik dan penulisan makalah melalui akhbar dan majalah, seminar- seminar, ceramah-ceramah, perbincangan dalam halaqah tertentu dan sebagainya, namun kiranya perlu lagi disebut di sini, di antaranya;

1. Sebuah akhbar berbahasa Melayu bertarikh 25-10-1983 me1apurkan bahawa sekumpulan rakyat Malaysia termasuk tiga orang guru agama di Selangor sedang giat menyebarkan ajaran Syi’ah dari Iran di negeri Selangor dengan cara pergi dari rumah ke rumah. Ahli-ahli kumpulan itu telah pergi ke Iran selama dua minggu atas bantuan pihak tertentu.

2. Akhbar-akhbar tempatan pernah menyiarkan bahawa kumpulan Syi’ah Imamiah telah wujud di Petaling Jaya dengan bilangan seramai 200 orang dan sebilangan mereka dihantar ke Pakistan dan Iran. Mereka juga mempunyai sebuah sekolah di Melaka.

3. Sebuah akhbar mingguan bertarikh 6-8-1983 memberitakan bahawa sejumlah ulama dan tokoh Islam dari Malaysia telah menghadiri Muktamar Alami lil Hajji tajaan Iran di Dakka Bangladesh pada 26 hingga 30 Jun 1983.

4. Pada 16- 7 -1984, bertempat di perpustakaan awam Kota Bahru telah di langsungkan seminar haji yang dihadiri oleh lebih kurang 300 orang peserta. Tujuannya untuk mempelajari haji mengikut risalah Imam Khomeini dan Muktamar Haji Alami. Seminar ini adalah sebagai lanjutan Muktamar Haji Alami, di India dan Bangladesh, tetapi ianya bersifat tempatan. Gambar- gambar Khomeini dan pemimpin-pemimpin Iran memenuhi ruang seminar.

5. Pada 19-7-1987 seminar haji kedua telah berlangsung di sudut penulis Dewan Bahasa dan Pustaka atas anjuran Pusat Pemikiran dan Media Islam Al Alami. Di antara resolusi-resolusi yang diambil ialah: bahawa haji mempunya dua dimensi, politik dan rohani. Haramain mesti ditadbir oleh Badan Islam Antarabangsa di bawah ulama Islam yang amat layak. Taat kepada Imam Khomeini adalah penting bagi menjamin kedaulatan Islam dan kenangan terhadap golongan umat yang tertindas dalam perjuangan menentang musuh Islam kini.

6. Sebuah mingguan Islam bertarikh 2-10-1987 melaporkan bahawa Syi’ah Imamiah telah hidup subur di kalangan ulama tertentu dan setengah mereka telah terpengaruh dengan fahaman itu. Selanjutnya mingguan itu menyiarkan pendapat seorang ulama dan toloh akademik yang disegani yang menyeru para alim ulama supaya jangan lagi bertolak ansur dengan kesesatan ajaran Syi’ah dan berusaha menulis buku-buku yang menunjukkan percanggahan aqidah Syi’ah dengan ‘aqidah Ahlus Sunnah wal Jama’ah.

7. Penyebaran risalah-risalah Quds oleh Gerakan Pembebasan Al Quds Malaysia ke serata masjid-masjid dan tempat penting, yang memuat ucapan-ucapan para pemimpin revolusi Iran dengan komentar yang cukup memberangsangkan.

8. Memperingati Hari Quds Antarabangsa pada hari Jumaat terakhir bulan Ramadhan 1407, dimana pengerusinya menyampaikan perutusan Imam Khomeini.

9. Ceramah-ceramah tokoh-tokoh yang berpengaruh untuk meyakinkan pendengar tentang penerimaan ummat Islam terhadap Syi’ah Imamiah seperti yang berlaku di beberapa tempat di pantai timur.
10. Penampilan makalah-makalah yang membela dan mempertahankan ‘aqidah Syi’ah melalui akhbar dan majalah tertentu.

11. Perbincangan dan kumpulan tertentu atau pengajian melalui halaqah tertentu untuk mendalamkan pengetahuan dan mengukuhkan keyakinan terhadap Syi’ah.

12. Penganut syiah juga dikatakan menular melalui Politik dan ini amat membimbangkan di mana jika Pemimpin tersebut yang dikatakan penganut syiah akan mula mengajak atau mempelawa para-para pengikutnya dengan ajaran syiah sesat di malaysia.


Sumber: PNT 

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bukan ulama' syiah, tp tok cai syiah.

Gagak Hutan berkata...

salam tuan, untuk pengetahuan tuan saya telah pautkan blog tuan di blog saya http://mediagagak.blogspot.com/, mohon dipautkan kembali...terima kasih.