Selasa, 20 Ogos 2013

PANASS!! Awas Kerajaan Kedah 'Virus' Hijau Cuba Masuk KUIN Semula! @MukhrizMahathir

Zakariya Man

Mc agak sangsi kenapa si Zakariya Man salah seorang dari sahabat baik Jamil (bekas rektor KUIN) dulu dipanggil untuk temuduga jawatan Rektor KUIN yang baru. Sedangkan Zakariya Man diantara salah seorang orang Jamil yang buat kerja untuk 'melingkup'kan KUIN masa zaman sebelum ini.

Orang macam ni kita nak panggil masuk jaga KUIN semula? Tak takut dia buat sesuatu yang tak elok ka?

Apakah Kerajaan negeri tidak 'check' dulu latar belakang seseorang sebelum dipanggil untuk temuduga? Ataupun kita tak kisah walaupun si Zakar Man ni bersedia untuk merosakan semua KUIN diwaktu zaman BN pula.
Mr SS
Lagi satu, ada yang tanya Mc, apa hebatnya Mr SS (Sayuthi Sanusi) ni? Ini lagi salah seorang 'ulaq ayaq' zaman Pas dalam KUIN. Masa zaman Pas dulu, dia jadi Pas, bila zaman BN, dia cuba jadi BN pulak.

Semasa temuduga Rektor di Holiday Villa 15 Ogos yang lepas. Mr SS ni paling sibuk jadi urusetia. Sedangkan kerja kat pejabat tu berlambak-lambak tertangguh.

Apa Mr SS nak bodek Kerajaan baru pulak ka? Dulu bodek Pas, makan kenyang.. lani cuba nak bodek BN pula. Berlakon memang terer Ulaq ayaq macam ni.

Mc tau Kerajaan negeri cuba buat yang terbaik untuk selamatkan KUIN, tapi jika kita tersilap langkah, bukan pembaharuan yang baik kita buat. Tapi makin teruk KUIN jadinya.

Mc harap Kerajaan negeri boleh terima suara akar umbi. Sebab kami mahukan yang terbaik untuk KUIN. Dah lama kita perjuangkan isu KUIN ni, bukan sehari dua. Sudah tentu kami tak mahu lihat KUIN musnah didepan mata.

Ramai lagi yang boleh jadi Rektor, setakat si Zakar Man tu rasanya tak payah la kot.


McTheory:
Buang yang keroh ambil yang jernih.. tu keroh tuu.. he he

Tiada ulasan: