Ahad, 11 Ogos 2013

PANASS!! Cerita Sebenar Di Sebalik Buku 'Pak Lah' yang Patut Anda Tahu!!


Pelancaran rasmi buku 'Awakening: The Abdullah Years In Malaysia' telah ditangguhkan sehingga diberitahu kelak kerana pempolitikan dalam laporan media baru-baru ini, kata Prof James UH Chin.

James, yang menyunting buku itu bersama dengan rakan penganalisis politik Prof Bridget Welsh berkata kelewatan pelancaran itu yang pada mulanya ditetapkan pada 16 Ogos ini, bagi mengelakkan salah faham berterusan.

"Media telah tersilap dengan melabelkan buku tersebut sebagai "Buku Pak Lah". Ini tidak betul. Ia merupakan koleksi pelbagai pandangan yang kebanyakannya agak kritikal dalam tempoh perkhidmatan beliau," kata mereka dalam satu kenyataan bersama.

James dan Welsh berkata sambutan media untuk buku itu tidak dijangka, dengan tumpuan diberikan pada "bahagian sensasi buku", terutamanya temubual yang mereka jalankan dengan Abdullah.

Mereka juga menegaskan bahawa mereka tidak pernah diminta untuk melambatkan penyiaran buku, sebelum atau selepas mana-mana pilihan raya.

"Tanggungjawab kelewatan ini terletak kepada editor, kerana kita berurusan dengan banyak penerbit, percetakan dan percanggahan permintaan profesional," kata kenyataan itu.

James dan Welsh menggesa media dan komuniti blog supaya bertindak secara bertanggungjawab dan membaca buku itu sebelum membuat penilaian.

Mereka berkata buku itu terkandung perspektif daripada penyumbang daripada semua pihak dan jurang politik serta daripada pemerhati akademik.

"Kami berusaha untuk mempunyai koleksi seimbang dan sebahagian daripada keseimbangan adalah memberi ruang kepada Pak Lah sendiri untuk bercakap tentang dirinya dalam tempoh perkhidmatan beliau," kata mereka, sambil mengucapkan terima kasih kepada Abdullah kerana membenarkan wawancara eksklusif walaupun mengetahui buku itu akan mengandungi pandangan kritikal mengenai dirinya.


PAK LAH HANYA DIWAWANCARA TAPI TAK TULIS BUKU


Exco Pemuda Umno, Lokman Noor Adam menegaskan buku Awakening, The Abdullah Years in Malaysia bukan tulisan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) sebaliknya ia hanyalah hasil tulisan dua ahli akademik, Bridget Welsh dan James UH Chin dalam satu temu bual.

Lokman turut mendedahkan, penyebaran mesej berantai yang mengaitkan Pak Lah menjemput Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar melancarkan buku tersebut adalah tidak benar.

"Jemputan itu datangnya daripada penerbit dan pemilik buku terbabit yang terkenal dengan penulisan yang lebih condong untuk memburuk-burukkan kerajaan di bawah pimpinan Umno-BN.

"Malah buku tersebut bukan buku yang ditulis Pak Lah sebaliknya ia ditulis oleh ahli akademik dan Pak Lah hanya ditemubual dan menjawab soalan ahli akademik tersebut.

“Memang Pak Lah subjek penulisan buku tersebut, tetapi ianya bukan buku terbitan Pak Lah

“Justeru yang menjemput Nurul Izzah bukanlah Pak Lah tapi penerbit,” katanya yang dipetik daripada kenyataan ringkas beliau, hari ini.

Sementara itu, status buku kontroversi terbabit turut disahkan oleh Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad semalam sebagai bukan tulisan Pak Lah sebaliknya ia adalah koleksi artikel penulis berlainan latar belakang termasuk pemimpin pembangkang.

Nik Nazmi yang juga merupakan salah seorang penyumbang artikel di dalam buku tersebut berkata, buku yang disunting editor Bridget Welsh dan James UH Chin itu merupakan himpunan pandangan pelbagai pihak mengenai era pemerintahan Abdullah.

“Tema umum buku itu ialah penilaian umum dan pandangan masyarakat sepanjang pentadbiran Abdullah. Kedua-dua editor ada menemu bual sendiri beliau.

“Selain itu, buku tersebut turut memuatkan artikel daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin BN dan pembangkang, ahli akademik dan sarjana,” katanya.

Ha ha ha.. takdak pasai cari pasai, kalau betul takdak kena mengenai, Pak Lah boleh saman sapa yang bawa keluar buku tu. Apa macam, berani ka saman?

sumber Mc ambil dari SINI

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa pun yg penting ialah niat buku tu dikeluarkan dan strategi halus yg digunakan dlm memecahbelah dn melemahkan melayu, musuh skrag dah masuk fasa terakhir iaitu fasa keluarkan semua tipudaya dn muslihat, lepas tu baru takluk, PRU14 adalah muktamad perjuangan musuh, kita jgn tpengaruh dan lalai dgn teknik dn taktik mereka.

Quantum Metal Consultant berkata...

Sejak bila lokman Adam jadi pecacai balaci jurucakap kj?

Paklah wajar menunjukkan kesungguhan menghentikan pengedaran buku tersebut atau membetulkan fakta untuk terus menjadi mantan pm yg masih boleh dimaafkan.

Pun bukan bererti Ada sesiapa yg akan bantah, menghalang atau gentar pengedaran buku tersebut dlm pelbagai cara Dan bila2 masa - persilakan.

Untung atau rugi - lebih kpd paklah

Tanpa Nama berkata...

Betul. Yahudi & nasrani & Ulama usub PAS tak akan berhenti selagi mereka tak jatuhkan kerajaan Islam yg ada sekrg