Sabtu, 10 Ogos 2013

PANASS! Isu KUIN, Pas Berak Merata Tuduh UMNO yang Salah! #KedahAmanMakmur

Pelajar tua KUIN berdemo. he he..

Kerajaan Kedah akan mencari jalan penyelesaian terbaik dalam mengatasi masalah petugas Insaniah Holding Sdn Bhd yang tidak mendapat gaji, sejak Mei lalu.

Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata isu tuntutan gaji tertunggak itu tidak sepatutnya diajukan kepada kerajaan negeri kerana ia tiada kaitan secara langsung dengan Insaniah Holding.

"Insaniah Holding merupakan satu anak syarikat di bawah Kolej Universiti Insaniah (Kuin), jadi kerajaan negeri memang tidak ada kaitan dengannya kerana selama ini kita hanya berurusan dengan Kuin dan bukannya dengan Insaniah Holding.

"Tetapi kakitangan Insaniah Holding masih menuntut supaya kerajaan negeri membantu membayar tuntutan gaji yang tertunggak itu. Kita faham situasi mereka, jadi kita akan selesaikan masalah ini di luar bidang kuasa Kuin itu sendiri," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata kerajaan negeri akan cuba sedaya upaya mencari jalan untuk membayar gaji petugas Insaniah Holding atas dasar ehsan walaupun tidak mempunyai sebarang kaitan dengan anak syarikat Kuin itu.

"Jalan penyelesaian akan dicari tetapi mungkin nanti akan ada pihak yang masih tidak berpuas hati kerana gagal untuk mendapatkan gaji seperti sebelum ini

"Saya ingin jelaskan bahawa masalah yang timbul ini sebenarnya berakar umbi daripada Insaniah Holding itu sendiri, apabila berlakunya perubahan kuasa pada pilihan raya umum ke-13 yang lalu, masalah ini secara langsung telah diwariskan kepada kami," kata Mukhriz.

Mengulas kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar mengenai kos anggaran nilai gaji tertunggak yang berjumlah RM2.7 juta itu, Mukhriz berkata perkara itu merupakan masalah yang rumit.

"Seperti yang sedia maklum, Insaniah Holding telah beroperasi seolah-olah seperti Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) jadi dari situ kita faham bahawa kerajaan negeri sama sekali tidak terlibat dengan semua pengurusan termasuklah pembayaran gaji.

"Saya pelik kerana cara operasinya seperti IPTS tetapi masih bergantung pada dana kerajaan di mana setiap bulan masih meminta pembayaran gaji kepada kakitangan," katanya.

Beliau juga menyifatkan perkara itu sebagai tidak adil apabila kerajaan negeri yang harus membayar tunggakan gaji berkenaan.

Kalau macam tu, semua syarikat swasta atau IPTS yang rugi dan bankrup, kena buat demo minta tolong kerajaan negeri.

Pas cuba panaskan isu KUIN disebabkan mahu ia menjadi modal dalam sidang dun kelak. Tapi mereka silap bila bangkitkan isu yang sememangnya tidak ada kena mengena dengan kerajaan negeri.

Salah yang mereka buat, mereka tuduh kerajaan sekarang. Itulah Pas, sendiri berak, tuduh orang lain salah! Mungkin itu ada dalam ajaran Islam yang mereka amalkan.


McTheory:
Apa pun cari jalan terbaik.. 

4 ulasan:

FATIN NURAQEELA berkata...

Jum pi umah tbuka mb kedah hr nie. Smua pamily sye dtg.. :-D bez!

FATIN NURAQEELA berkata...

Jum pi umah tbuka mb kedah hr nie. Smua pamily sye dtg.. :-D bez!

hangkedee berkata...

Pas buat hutang Bn kena bayar.Kira kira, ilmu hisab, mathermatic Pas pandai berutang tapi tak mahu bayar.lari dari hutang& tanggung jawab.Pas itu parti Islam

Tanpa Nama berkata...

Rejim PAS laknat buat kerja bodo tubuh business arm Insaniah Holding tuk mentakedarah duit dr KUIN, sedangkan KUIN itu sndiri pun belum cukup matang dgn projek2 baru under otak PAS Lanun. Skrg mereka fitnah UMNO BN pulak pasal gaji.

Mereka PAS lahanat yg cipta semua masalah ni kemudian mereka nk 'katok' kepala UMNO pulak yg tgh usaha pulihkan mslh. Mai pu katok kepala pancacai2 PAS bodo yg ckp pandai tu!