Jumaat, 16 Ogos 2013
PANASS!! Luahan Ayahanda Tun Dr Mahathir Bimbang dengan 'Ajaran Syiah'!
Ajaran Syiah yang semakin menular di dalam negara dibawa bertujuan menimbulkan pergaduhan, kata bekas Perdana Menteri ,Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sidang media hari ini sempena perhimpunan NGO membantu Palestin di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Dr Mahathir berkata, rakyat Malaysia sudah berpecah kerana pelbagai fahaman politik dan isu penularan ajaran Syiah memberikan lebih banyak kesan buruk kepada masyarakat Muslim dalam negara.
"Di Malaysia, kita sudah berpecah kerana politik Sekarang kita ada pula Syiah dan Sunni."Syiah dan Sunni mesti bergaduh pastinya, mengapa mereka memiliki cara berbeza dalam menterjemahkan fahaman Islam kalau bukan untuk gaduh," kata Dr Mahathir apabila disoal mengenai fahaman Syiah yang semakin menjadi kontroversi di Malaysia.
Dr Mahathir yang juga Pengerusi Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang bertuah kerana majoritinya adalah penganut Sunni berbanding negara Arab yang ketika ini bergelut dengan kancah perang saudara akibat berlainan fahaman.
"Malaysia sangat bernasib baik kerana kita memiliki majoritinya adalah penganut Sunni Muslim, jadi kita tidak perlu bergaduh.
"Tapi sekarang orang mahu bawa Syiah, mahu bawa pelbagai bentuk ajaran supaya mereka dapat pecah-belahkan kita," katanya.
Apabila ditanya sama ada kerajaan bersikap terlalu menekan dan drastik ke atas penganut Syiah di Malaysia, Dr Mahathir berkata: "Terdapat pelbagai cara lain untuk menangani masalah ini."
Syiah diwartakan haram oleh Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 5 Mei 1996.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) baru-baru ini mengatakan terdapat seramai 250,000 penganut Syiah bergiat aktif dalam negara dan menegaskan penularan fahaman ajaran tersebut kian membimbangkan kerana ia boleh membawa kepada perpecahan umat Islam.
Setakat ini 10 negeri sudah mewartakan ajaran Syiah bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, manakala empat negeri (Pahang, Kelantan, Sabah dan Sarawak) masih dalam proses pewartaan.
Susulan tekanan ke atas penganut Syiah di Malaysia, Shia Right Watch (SRW) satu organisasi yang melindungi kepentingan pengikut Syiah sedunia menggesa layanan adil dari kerajaan terhadap pengikut syiah di negara ini.
Permintaan itu terkandung dalam surat yang dikirimkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.
Pada hujung bulan lalu, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata bukan semua pengikut Syiah boleh diperangi, malah ada di kalangan mereka pada kaca mata Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak sesat secara keseluruhannya, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.
Beliau menegaskan perihal ibadah golongan Zaidiah yang terletak di bawah pecahan Syiah diterima kerana tidak berbeza dengan pegangan mazhab Shafie.
Mufti Perak itu juga mendedahkan terdapat kira-kira 70 mazhab yang terangkum dalam fahaman Syiah. Seorang ahli akademik dari sebuah universiti tempatan yang terlibat dalam kajian ketamadunan menyifatkan isu Syiah hangat diperkatakan berikutan krisis di Timur Tengah yang belum menemui jalan penyelesaian.
Jika isu itu terus diperbesarkan di Malaysia, katanya, tidak mustahil negara juga bakal berdepan kemelut perang saudara, malah mungkin mengheret kaum lain yang tidak terlibat dalam isu itu.
“Sebelum kejatuhan Presiden Mesir Mohamed Morsi, diskriminasi kaum berlaku kepada penganut Kristian dan Syiah di sana. Empat orang berfahaman Syiah dibunuh dengan kejam dalam insiden itu,” katanya.
Ahli akademik itu menganggap serangan terhadap Syiah di negara ini disebabkan pengaruh golongan Salafi yang membenci golongan berkenaan walaupun mereka tidak mencetuskan huru-hara dalam negara.
Katanya, antara sebab kerajaan Kedah menggunakan pendekatan mengharamkan Syiah di negeri itu kerana bimbang provokasi tercetus antara pengikut Syiah dan ahli Sunnah Wal Jamaah di negeri berkenaan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
Spatutnya apa yg kluar dri mulut TM tu kluar dri mulut Nik Aziz dn Hadi Awang, TM lebih bpandangan jauh akan kesan2 pembiakkan Syiah, aku nak tanya pada Pak Imam Syiah yg mbawa masuk fahaman Syiah ke Malaysia yg Sunni ni, apa tujuan? Apa motif? Adakah kerana Sunni bukan Islam? Jika diorag akui Sunni adalah Islam jadi x perlu le bsusah payah mnyebar ajaran songsang anda tu ke sini, anda duduk diam2 ditempat anda, jelas anda hanya ingin mncukupkan korum untuk menimbulkan huruhara dimasa akan datang, MENCEGAH LEBIH BAIK DARI BERUBAT, dah terbukti dimana-mana negara Islam akan timbul masalah jika Sunni bertemu Syiah, anda jagalah fahaman anda dn jangan ganggu Sunni.
kami rakyat marhaen yang menyokong UMNO cukup tak puas hati perlantikan Azeez Rahim sebagai pengerusi tabung haji. Memang betul Azeez banyak buat kerja kebajikan , tapi dunia perniagaan dengan hal-hal kebajikan ni tak serupa. Lagipun Azeez ni ada 'history' yang tak enak didengari . Takkan lah kita nak ungkit balik cerita2 macam tu ?? Seboleh-bolehnya tak nak malukan Azeez, harap dia boleh fikir sendiri untuk berundur sebelum orang buat pembongkaran. Saya dengar sekarang ni pembangkang sekarang ni dalam diam2 sedang kumpul maklumat pasal Azeez , dan jangan terkejut kalau mereka juga ada gambar2 sebagai bukti . Azeez berundur lahh dari Tabung Haji , jadi je pengerusi di agensi2 lain tapi bukan Tabung Haji . Saya rasa Ali Rustam lebih layak seratus kali dari Azeez untuk terajui tabung haji.
Dulu dalam satu temuramah akhbar , Azeez Rahim dengan lagaknya mengaku dia mempunyai Ijazah perniagaan dari sebuah University tertua di US iaitu University Preston , lepas tu dia terkantoi bahawa Univesity Preston ni mmg ada tapi universiti yang jual ijazah . Maknanya Azeez dalam menaikkan imej dia sanggup beli ijazah dari universiti preston ni . Apa cerr , ini ka orang yang ada kredibiliti ? Dalam laman web tabung haji masa Azeez jadi salah sorang lembaga pengarah, dipaparkan latar belakang pendidikan ada degree dalam Universiti Preston , tup tup lepas terkantoi... dia boleh padam pulak maklumat tu dari laman web tabung haji . Baiii ... macam ni ka kerajaan lantik orang jadi Pengerusi Tabung Haji . Benda dah diperkatakan oleh rakyat , tapi muka tebal tak reti nak berundur...memalukan lahhh !!!
Catat Ulasan