Isnin, 5 Ogos 2013

PANASS!! PKR Sokong Penuh 'Wanita Beraya Bersama Anjing'!!



Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyindir kerajaan sebagai ‘terlebih tindakan’ terhadap wanita yang membuat video kontroversi menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama anjing-anjingnya, Maznah Mohd Yusof, 38, juga dikenali sebagai Chetz.

” (Sepatutnya) hanya beri teguran dan beri dia peluang untuk membela diri,” kata Anwar dilaporkan FMT ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Anwar membuat kenyataan itu selepas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memutuskan status klip video ’1 Hari Di Hari Raya’ yang disebarkan di laman sosial baru-baru ini adalah menghina Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pihaknya telah mengarahkan Jakim memaklumkan perkara itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Sebelum ini, Chetz telah direman dua hari di Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat, Johor untuk membantu siasatan setelah diambil keterangan di Bukit Aman pada Khamis.

“Kita berdiam diri mengenai perkara-perkara yang lain. Kita ada Muslim yang memperoleh saham dalam San Miguel Corp dan tiada siapa yang mengapa-apakannya.

“Ini mencerminkan keburukan pada apa yang sepatutnya menjadi keutamaan kita,” kata Anwar.

Anwar turut menuduh kempen membendung Syiah yang dilakukan kerajaan sebagai muslihat untuk menyerang Pas.

“Walau bagaimanapun, saya fikir (Presiden Pas) Hadi Awang telah membuat penjelasan yang baik mengenai perkara itu.

“Walaupun di Malaysia kita adalah orang Islam Sunni, (tetapi) kita tidak harus sama sekali mengajar kebencian terhadap kumpulan Syiah” katanya.

Sementara itu, Latheefa Koya yang menjadi peguam kepada Chetz mengkritik Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari yang didakwanya bersifat prejudis terhadap hak-hak undang-undang wanita itu.

Jailani dipetik sebagai berkata bahawa Chetz memerlukan pemulihan oleh JAKIM kerana lemah akhlaknya.

“Kami terkejut bahawa Kementerian telah membuat serangan ke atas kelakuan dan moral orang awam secara peribadi.

“Ini semangat yang tiada toleransi dan ketaksuban tidak boleh diterima,” katanya dalam satu kenyataan bersama dengan seorang lagi peguam, N Surendran.

Latheefa dan N Surendran adalah aktivis PKR yang juga peguam dari Lawyers For Liberty (LFL).

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tengok EVANGELIS Star begitu GALAK menyiarkan si 'Islam' liberal ini yang MENGHINA fatwa Mufti di http://www.thestar.com.my/Opinion/Columnists/Sharing-The-Nation/Profile/Articles/2013/08/04/The-essence-of-fatwa.aspx, Only in Malaysia: where we have gone wrong with fatwa, by ZAINAH ANWAR,Sunday August 4, 2013.

Dahlah si Zainah ini hanya bekas wartawan - apa ilmu dia ada untuk mempertikaikan fatwa Mufti dlm Islam - sedangkan fatwa bukan sekadar pandangan tetapi "mengkhabarkan hukum Allah SWT sama ada pada yang mesti atau harus....sesuatu pandangan hukum/fatwa terhadap sesuatu isu itu adalah berdasarkan kajian dan penyelidikan yang mendalam...." (http://www.e-fatwa.gov.my/apa-itu-fatwa, Apa Itu Fatwa?, JAKIM, Ahad, 4 Ogos 2013).

Si liberal dari Sisters in Islam ini bilang hanya individu berhak menentukan moralnya (sebelum itu satu lagi wanita Melayu Pengarah Editor NST yang mempertahankan bela anjing) - dlm agama Kristian pun, Pope mereka di Vatican ada keluarkan hukum yang mesti dikuti puak Katholik utk jadi panduan moral dan hidup masyarakat Kristiannya. Tapi beribu paderinya mencabul kanak-kanak sampai berdekad – kerana sebenarnya hukum moral individu mereka lebih penting dari hukum agama.

Ya, memang hukum agama Kristian ini boleh diikuti atau tidak di Barat di zaman sekrg, tetapi puak anti-Tuhan terutamanya penganut gereja syaitan Barat (Satanic church/cult) MEMAKSA semua masyarakat Barat mengikut hukumnya - contohnya membiasakan (normalize) pornografi (termasuk pemakaiandan perangai harian yang lucah – bukan hanya di filem)/pelacuran, sikap amat-benci-Tuhan, penagihan dadah/alkohol, kebebasan seks termasuk golongan homoseksual dan si pencinta-seks buas-dgn-binatang, dsbnya, yg MEROSAKKAN moral dan minda jenerasi muda terutamanya. Contohnya di Internet dan TV, iklan/filem pornografi meluas termasuk di siaran biasa di TV, contohnya di Jerman - siaran sukan pun ada sampai wanita telanjang, dan filem Hollywood yang selalunya memperjuangkan kebebasan seks/dadah/alkohol! Dan ini DIPAKSA ke atas semua termasuk umat Islam di Barat - jika mereka menentang, mereka dituduh fanatik atau 'kuno', sedangkan si Barat yang MEMAKSA hukum syaitan yg sgt jijik itu, ke atas semua, itu dipandang hormat sebagai liberal/moden! Juga undang-undang sukan/budaya yang memaksa wanita untuk separuh telanjang seperti dgn bikini - apa kaitan dengan kemampuan ahli sukan renang/gymnastik/volleyball pantai, atau untuk hobi contohnya?! Jadi undang-undang/budaya Barat ini sebenarnya SAMPAH semata dan tidak bermoral; wanita diperdagangkan sebagai HAMBA ABDI seksual dlm. pelbagai sudut.

Maka, inilah demokrasi/hak asasi SAMPAH Barat-Zionis seperti yang diagungkan sgt oleh golongan liberal 'Islam' (ramai yg telah Murtad secara senyap) yg sebenarnya begitu CETIK ilmu dan fikiran mereka, tapi begitu BONGKAK! Lagipun Islamkan AGAMA PERSEKUTUAN di Tanah Melayu ini, dan umat Islam, terutamanya jenerasi muda, perlukan bimbingan fatwa dan Mufti/Imam/Ustaz/Ustazah, jadi apa hak si liberal ini nak HINA cara hidup dan undang-undang Islam, yang jelas lebih baik dari kejatuhan moral dan tamadun Barat yang si Barat ini cuba PAKSA ke atas seluruh dunia termamsuk ke atas Dunia Islam! Baiklah si liberal 'Islam' kembali BERTAUBAT kerana ALLAH SWT Maha PENGAMPUN, dan buangkanlah sifat bongkaknya mengagungkan tamadun dan moral Barat yang PENIPU dan HIPOKRIT semata! Dan kalau tak mahu lagi jadi orang Islam, tak payahlah MENYOROK dan cuba MENGHINA Islam berterusan. Kalau dah benci sgt sebarang hukum Islam, mengaku sajalah siapa dirinya yg sebenar sebelum nak MENGHINA Islam/umatnya!

MAKCIK Tempurung – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM/UMNO/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.

Tanpa Nama berkata...

Mereka2 yg hina Islam ini termasuk org Islam yg meredhoi dan membela penghina2 ini pasti akan dpt balasan AZAB ALALH YG MAHA PEDIH..
igtlah Allah SWT tidak pernah Lupa dn Mungkir pd Janj-janji NYA.

Baik amalan maka baiklah balasan Allah SWT buat hamba-NYA.. Buruk dan jahat amalan maka seberat2 azab dunia yg kita sndiri tk mahu lihat pasti akan tiba bg mereka2 ini.

Jgn sampai Allah SWT tunjukkan Kekuasaan Nya spt Kaum A'ad dan Kaum Thamud yg angkunh sombong dan bongkak dgn kelebihan yg mereka ada.

ALLAHU AKBAR!!