Sabtu, 14 September 2013

HOT! Kenapa Paderi ni Puji Anwar Ibrahim?



Seorang aktivis Kristian, Baru Bian mengiktiraf sumbangan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu yang berkaitan Kristian di negara ini.


Di laman peribadinya, Baru yang juga Pengerusi PKR Sarawak membuat salinan dua artikel yang dipetik daripada The Malaysian Insider tentang visi dan misi Archbishop Tan Sri Murphy Pakiam di samping memasukkan dua keping gambar Guan Eng dan Anwar bersama Ketua Paderi katolik itu.

Archbishop Murphy Pakiam adalah Ketua Titular Roman Catholic Archibishop Kuala Lumpur, individu yang menuntut nama Allah dibenarkan mahkamah untuk digunakan dalam penerbitan sebuah akhbar mingguan Katolik ‘The Herald’.

Dalam artikel “Archbishop’s Christmas wish: PM’s time for inter-faith group”, Baru Bian memasukkan gambar Guan Eng bersalaman dengan Archbishop Murphy Pakiam.

Manakala dalam artikel yang sama juga gambar Anwar bersama Archbishop Murphy Pakiam turut dimasukkan.

Pada 24 Disember tahun lalu bersempena dengan sambutan Krismas, Guan Eng di atas kapasitinya sebagai Setiausaha Agung DAP telah membuat desakan agar kerajaan Persekutuan yang diketuai Barisan Nasional (BN) membenarkan perkataan ALLAH digunakan dalam semua Bible berbahasa Melayu.

Guan Eng berkata, gesaan ini dibuat kerana kerajaan sering melaungkan bahawa mereka mesra rakyat yang membawa keamanan, kemakmuran berlandaskan prinsip kebenaran, kebebasan, keadilan, demokrasi serta integriti.

Namun gesaan Guan Eng itu dibidas oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan Pas Pusat dengan berkata kalimah Allah adalah hak umat Islam dan disyorkan agar ‘God’ diganti dengan Tuhan dan bukannya ALLAH.

Anwar terkejut dengan pendirian terbaru Pas itu dan dengan segera berjanji akan menggunakan kapasitinya sebagai Ketua Pakatan untuk memanggil mesyuarat khas berhubung nama Allah.

“Isu ini telah diselesaikan. Kami bukan sahaja telah mengadakan mesyuarat tetapi membahaskan dalam perbincangan mengenai subjek ini, dan merujuk kepada teks, termasuk teks Al-Quran.

“Kini ia telah ditimbulkan semula, ia akan memerlukan mesyuarat segera,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Pada 8 Januari 2013, Pakatan melalui kenyataan yang dibacakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersetuju nama Allah digunakan untuk bukan Islam. Baca selanjutnya, klik di sini - AIDC

Tiada ulasan: