Rabu, 4 September 2013

HOT! Orang Tua Gila HINA Bendera Kena Tangkap!


Akhirnya orang tua gila ni kena tangkap juga. Walaupun kita tahu, selang berapa jam mesti dilepaskan balik.
Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden mengibar bendera selain Jalur Gemilang pada malam sambutan Ambang Merdeka, Jumaat lalu.

"Saya dalam perjalanan ke balai polis Dang Wangi.

"Saya dibawa tiga anggota polis," katanya yang dipetik dari laman mikro Twitternya.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah meminta Samad supaya menyerah diri.

Menurutnya, sasterawan itu merupakan antara tiga individu yang dilaporkan dilihat dalam insiden berkenaan.

Dua individu lain iaitu aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim dan aktivis politik, Hishamuddin Rais telah ditahan polis malam kelmarin di Kampung Baru, Kuala Lumpur dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Bagaimanapun, kedua-duanya telah dibebaskan pada jam 3.00 pagi selepas diambil keterangan.

Pada sambutan malam kemerdekaan Jumaat lalu, sekumpulan aktivitis pro pembangkang dilihat bertindak mengibarkan bendera lain bagi menggantikan Jalur Gemilang di Dataran Merdeka.
 Kerajaan patut kali balik akta hina bendera yang mengenakan hukuman terlalu ringan dan denda yang rendah!

Cerita tu Mc pernah tulis kat SINI

2 ulasan:

Social Media Volunteer (SMV) berkata...

Salam Saudara Blogger yg hebat,

Pohon link kan pautan ni untuk dikongsi dalam blog sahabat.

Marilah kita bersama sama berjuang untuk membantu rakyat Malaysia yg dalam kesusahan.

Bantu mereka yang ditindas dan cuba membawa masalah rakyat untuk kita selesaikan bersama.

Salam perkenalan
http://smvonline.blogspot.com/
https://www.facebook.com/SocialMediaVolunteers

Norman berkata...

Boleh saudara terangkan pada saya,
kenapa orang tua ini dianngap gila kerana mengibarkan sang saka?