Ahad, 13 Oktober 2013

HOT! Pas Tolak Mat Sabu dan Mahfuz di Sungai Limau? #PrkSgLimau



Sebelum ini Mc ingat Mat Sabu pernah tawar diri untuk kerusi DUN Sungai Limau. Malah Mahfuz sendiri pernah bernada seumpama berminat untuk bertanding di situ. Mc rasa Pas mungkin telah membuat penelitian khas di kawasan tersebut, sebelum membuat senarai calon.

PAS semalam telah menyenarai pendek lapan calonnya untuk dicadangkan sebagai calon parti itu dalam pilihan raya kecil (PRK) DUN Sungai Limau pada 4 November depan.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata senarai calon tersebut terdiri daripada anak tempatan dan pelbagai latar belakang telah dicadangkan oleh PAS Kedah dan PAS kawasan Jerai.

"Kita telah menerima senarai calon-calon. Kita telah perincikan.

"Saya juga minta supaya jawatankuasa PAS pusat turun ke bawah perincikan lagi, supaya dipastikan calon yang terpilih boleh diterima pengundi... Seorang yang boleh menyambung tugas Allahyarham Azizan Abdul Razak," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat, disini hari ini.

Abdul Hadi berkata antara kriteria lain bagi calon yang akan dipilih adalah bersih daripada amalan rasuah dan mampu bertugas untuk rakyat.

Turut hadir dalam sidang media itu Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali, dua Naib Presiden Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar dan Ketua Pembangkang DUN Kedah Datuk Amiruddin Hamzah.

Mahfuz dilantik Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil Sungai Limau, manakala Amiruddin dilantik Pengarah Operasi bagi pilihan raya kecil itu.

Setakat ini tiga calon disebut-sebut bakal dicalonkan iaitu Setiausaha Khas kepada Azizan, Muzaini Azizan, Setiausaha PAS Kedah Musoddak Ahmad dan Ketua Pemuda PAS Jerai Azam Samad.

Sementara itu, mengulas kenyataan bahawa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu turut dicalonkan, Mustafa bagaimanapun mencelah dan menafikan perkara tersebut.

"Tidak ada pimpinan PAS pusat yang dicadangkan," kata Mustafa.

Ditanya mengenai peluang PAS untuk mempertahankan kerusi DUN itu yang dimenangi sejak 18 tahun lalu, Abdul Hadi berkata pihaknya akan berusaha untuk meningkatkan jumlah majoriti undi sebanyak lebih 2,700 yang diperolehi pada pilihan raya 5 Mei lalu.

"Insya-Allah, kita bertolak daripada majoriti 2,700 undi (yang telah dimenangi)," katanya sambil menambah calon yang bakal diketengahkan adalah muka baru.

Mengulas lanjut berhubung persiapan jentera PAS dalam pilihan raya itu, Abdul Hadi memujinya selepas menerima laporan dari badan perhubungan PAS Kedah dalam mesyuarat itu hari ini.

"Saya dapati PAS Kedah membuat persediaan awal di Sungai Limau, diatur begitu rapi termasuk jentera perhubungan negeri," katanya.

Abdul Hadi berkata pengumuman calon akan diumumkan pada 21 Oktober - dua hari sebelum penamaan calon.

Sementara itu, Mahfuz yang juga pesuruhjaya PAS Kedah ketika ditemui pemberita selepas sidang media itu berkata pihaknya sedang memperkemaskan dan menyelaras jentera negeri dan kawasan termasuk maklumat berkaitan pilihan raya kecil.

Menurutnya pelancaran jentera induk bakal dirasmikan oleh Mohamad Sabu di Kota Sarang Semut pada 17 Oktober ini.


McTheory:
BN macam mana? ehh lupaa.. UMNO sibuk pemilihan.. jawatan lagi penting.. ye tak? heh..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

UMNO relaxs je sebab tau tak akan menang di sungai limau