Isnin, 28 Oktober 2013

HOT! Sanggupkah Orang Sungai Limau Khianat Allahyarham Ustaz Azizan? #PrkSgLimau


Orang Sungai Limau jangan khianati amanat Allahyarham Ustaz dengan menyokong calon Pas yang sememangnya pro Phahrolrazi (Team khianat kepimpinan Allahyarham Ustaz). Takkanlah sanggup mengundi seorang yang sememangnya anak buah kepada manusia yang khianati kepimpinan Allahyarham Ustaz di Kedah.

Apa yang Phahrol tak pernah buat pada Allahyarham Ustaz, dari perli, kutuk, hingga sumpah supaya Allahyarham Ustaz mati cepat! Malah tindakan 'Team Phahrol' melawan senarai calon pilihan Pesuruhjaya Pas yang waktu itu dipegang oleh Allahyarham Ustaz, menyebabkan Allahyarham jatuh sakit akibat tekanan dari kumpulan dalam Pas sendiri.

Ada orang yang pertikaikan hubungan diantara Phahrolrazi dan calon Pas si Azam. Sedangkan hubungan mereka disahkan sendiri oleh Phahrolrazi. Datuk kepada si Azam iaitu Abdul Hamid Ibrahim dan datuk kepada Phahrol, Aziz Pendang merupakan dua beradik.

Malah mereka merupakan ahli keluarga yang agak rapat.

Walaupun ada kenyataan daripada isteri Allahyarham Ustaz Azizan yang menyatakan Azam ada 'bau-bau bacang' dengan Allahyarham Ustaz Azizan, tetapi hubungan diantara Azam dan Phahrol sebenarnya lebih rapat malah Azam dikatakan berada di 'Team Phahrol' semasa Allahyarham Ustaz Azizan menjadi Menteri Besar Kedah.

Kalau nak ikutkan hubungan keluarga dengan Allahyarham Ustaz Azizan, Datuk Suhaimi bekas Ketua Bahagian UMNO Jerai juga sepupu Allahyarham Ustaz Azizan, Datuk Suraya Yaacob, Exco Wanita Kedah, juga dua pupu dengan Allahyarham Ustaz Azizan. Malah dulu Allahyarham Ustaz Azizan pernah menjadi ahli UMNO dan mempunyai saudara mara dalam UMNO yang cukup ramai.

Jadi apa sangat la nak dihairankan jika si Azam ada bau-bau bacang dengan Allahyarham Ustaz.

Cuma apa yang menjadi fokus kita sekarang, si Azam ni 'budak kepada Phahrolrazi'  ni, dihantar untuk menawan Sungai Limau dari sekutu Allahyarham Ustaz Azizan. Jika 'plan' Phahrol ni berjaya, bermakna, kawasan kubu kuat Allahyarham Ustaz Azizan sudah berjaya ditawan oleh 'Team Phahrol' dengan mengunakan proxy mereka iaitu Azam Samat.

Apakah sanggup orang Sungai Limau menyerahkan DUN KUBU kuat Allahyarham Ustaz kepada pengkhianat parti mereka? Tepuk dada, tanya iman!

McTheory:
Takkan sanggup khianat kot.. teruk tuu..

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

menangis arwah ustaz dalam kubur jika azam samat menang.

Tanpa Nama berkata...

Hang kalut oiii

Tanpa Nama berkata...

ney nk habaq mai..klw ikt logik ustaz azam pmuda pas area mana?1 jerai kn?2 xda kena mgena pn dgn blaz dmdam..dy xda kna mgena dgn phahrol...last skali owg yg buta hati ja xtaw suasana kt sna..hngpa ingt blog ney pro umno jd dpikiaq2 kn..sapa wt fitnah?mcm mana dy dpt cerita ney?dy kna ka datuk ustaz azam 2 spa..tok guru agama..pondok haji aziz..pondok haji daj..pak mid..pnulis knal ka??jwb kerana Allah..kalau da bukti pergi sek pak man bkit besar jumpa che pi.,ty dy tgk..jujur krana Allah..brani krana Allah..dosa pahala suma tgn Allah