Ahad, 6 Oktober 2013

INFO! Anak Syarikat Kedah RUGI 3 Tahun Berturut-Turut!



Semasa Kedah ditadbir oleh Kerajaan Pas, saban hari rakyat Kedah ditipu oleh Pas bahawa mereka cekap mentadbir negeri tanpa ada sebarang penyelewengan apatah lagi kerugian..Yang dicanangnya keuntungan balak berlipat kali ganda..

Tapi sebenarnya banyak anak anak syarikat Negeri Kedah mengalami kerugian berturut turut setiap tahun..

Mengikut laporan Ketua Audit Negara syarikat milikan penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), PKNK Hotels Sdn Bhd (PHSB) di laporkan mengalami kerugian bersih selama tiga tahun berturut-turut.

Kerugian dicatat pada tahun 2009 hingga 2011 berjumlah RM 0.30 juta, RM 1.37 juta dan RM 0.66 juta.

Kerugian terkumpul PHSB meningkat daripada RM 1.76 juta pada tahun 2009 kepada RM 3.13 juta pada tahun 2010 dan terus meningkat sejumlah RM 0.66 juta kepada RM 3.79 juta pada tahun 2011.

“Walaupun berjaya mencatatkan peningkatan hasil setiap tahun, tetapi PHSB kurang berkesan mengawal perbelanjaannya sehingga gagal memberi pulangan kepada pelabur,” kata laporan itu.

Laporan itu juga menyebut punca kerugian itu ekoran berlaku ketidak seimbangan dalam peningkatan pendapatan dan perbelanjaan.

“Kerugian yang ditanggung syarikat adalah disebabkan peningkatan dalam jumlah pendapatan tidak seimbang dengan peningkatan dalam jumlah perbelanjaan.

“Kesannya, kerugian terkumpul PHSB telah meningkat kepada RM 3.79 juta pada tahun 2011 iaitu peningkatan sejumlah RM 2.03 juta atau 115.3 peratus berbanding tahun 2009.

Pendapatan utama PHSB adalah diperoleh daripada operasi perhotelan khususnya penyewaan bilik hotel, penyediaan makanan serta aktiviti hiburan dan ‘outdoor’.

Melalui laporan Audit juga mendapati, ada peningkatan pendapatan sejumlah RM 0.92 juta atau 17.4 peratus [ada tahun 2010 dan RM 1.13 juta atau 18.2 peratus pada tahun 2011.

Peningkatan itu disebabkan kenaikan jumlah tempahan bilik dan jualan katering bagi tahun 2010-2011 yang menyumbang 92.4 peratus hingga 99.1 peratus daripada keseluruhan pendapatan PHSB.

Selain itu, berlaku juga peningkatan perbelanjaan pada tahun 2010.

“Pada tahun 2009 perbelanjaan syarikat adalah berjumlah RM5.56 juta meningkat kepada RM7.57 juta pada tahun 2010 dan terus meningkat kepada RM7.99 juta pada tahun 2011.

“Peningkatan tahun 2010 disebabkan peningkatan perbelanjaan operasi syarikat dan meningkat lagi pada tahun 2011.

“Peningkatan ketara perbelanjaan sejajar dengan kenaikan kos bahan mentah dan gaji pekerja hotel,” kata laporan itu lagi.

Secara keseluruhan, pihak Audit berpendapat bahawa prestasi kewangan PHSB tidak memuaskan. - Medan Tempur

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

x jga langsung kebajikan pekerja2 hotel tu...