Isnin, 7 Oktober 2013

INFO! Balu Anggota Lahad Datu Selamat Lahirkan Anak Lelaki!


 Balu Allahyarham ASP Zulkifli bin Mamat, Nor Aziah Nor, 28 selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada jam 4.07 pagi tadi.(semalam)

Bayi seberat 3.25 kg itu merupakan anak ketiga pasangan tersebut selepas memiliki dua anak lelaki masing-masing berusia 5 dan 1 tahun.

Arwah Zulkifli terbunuh semasa kandungan Nor Aziah baru berusia beberapa minggu, ketika mempertahankan negara daripada serangan pengganas Sulu dalam Op Daulat di Lahad Datu, Sabah, awal tahun ini.

Dalam operasi tersebut, enam lagi pegawai dan anggota polis turut terkorban namun serangan pengganas itu berjaya dipatahkan oleh pasukan keselamatan negara.


McTheory:
Alhamdullilah.. bakal penganti wira negara.. di lahirkan.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Semoga keluarga allahyarham mendapat rezeki dan hidayah sepanjang masa. Sesiapa yang ada wang lebih, bolehlah bersedekah kepada anak-anak yatim dan balu-balu perwira kita ni! Jangan haraplah geng-geng PR (terutamanya Tian Chua anak haram komunis tu) nak tolong. Bagi mereka ini semua sandiwara UMNO!