Rabu, 9 Oktober 2013

PANASS! Ada Tangan Ghaib Dalam UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu? #KedahAmanMakmur

 
Mc ada terbaca di blog sahabat kita, mengenai tuduhan yang agak 'pedih' terhadap Ketua Bahagian dan calon yang terlibat dalam pemilihan di Kulim Bandar Baharu. Bukan apa, ada benda yang patut kita simpan, dan ada benda yang patut kita keluarkan.

Nak kata UMNO Kulim Bandar Baharu teruk, mereka menang 3-0 pada PRU yang lepas. Kiranya sokongan penduduk Kulim Bandar Baharu terhadap Datuk Aziz Shiekh Fadzil memang hebat. Beliau mengalahkan Saifudin Nasution, orang kuat PKR, orang kepercayaan Anwar Ibrahim. Bukan senang nak tewaskan si muka bulan tu.

Setahu Mc, dalam pemilihan bahagian tahun ini, Kulim Bandar Baharu (KBB) yang paling tak banyak bunyi seperti mana bahagian yang lain, tapi  dalam diam-diam keluar juga cerita panass mengenai pemiihan bahagian, rupanya pemilihan kali ini dah ada pertandingan, patutla ada saja cerita tak berapa elok nak keluar.

Seperti biasa, takdak pertandingan untuk ketua bahagian, tapi depa kata la ni bahagian KBB dah jadi kalut sebab pemain catur utama tak bertanding tetapi dia letak calon-calon proksi untuk memporak perandakan bahagian ni.

Untuk mencapai hasratnya, si tukang atoq sanggup menjadikan bekas ketua bahagian yang banyak berjasa padanya sebagai subjek utama untuk membunuh calon-calon yang ingin menentangnya, dia lupa kot sapa yang tolong dia masa dia susah. Tak payah nak label yang luaq daripada UMNO tu pengkhianat, sedangkan diri sendiri tu lagi teruk daripada pengkhianat!

Bayangkan pemantau mesyuarat pun dikuasainya sehingga kuasa depa lebih daripada UMNO bahagian! Hebat sungguh tukang atoq ni. Kita harap tukang atoq ni bertaubatlah tak payah jadi gunting dalam lipatan sehingga mencemar nama baik calon-calon yang bertanding dibahagian dan peringkat nasional. La ni kadang-kadang kita dibayaq cash saja kalau suka gigit tangan orang yang bagi kita makan.

Orang luar mungkin taktahu situasi Bahagian Kulim Bandar Baharu, tetapi sebenarnya ia agak unik. Semangat kekeluargaan tu lebih dari bahagian yang lain.

Kita yang diluar ni tak payah masuk campur la. Apa kata kita pi belek bahagian yang KALAH teruk macam Padang Serai dan Kuala Kedah. Kita biarkan bahagian yang menang ni bertanding secara elok. Kadang-kadang ada perkara yang kita taktau dan tak sepatutnya tau. betui dak?

Bukan semua benda dalam seluaq yang boleh kita tunjuk kat orang kann? he he he..

McTheory:
Sekadar pendapat sahabat untuk sahabat yang lainn..

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sbb dia tau kalau dia bertanding mesti kalah sbb org Kbb dah meluat dgn perangai dia yg gila kuasa mengalahkan ketua bhg.. Letak kambing hitam sbg calon timbalan dan anak dia sbg s/u bhg... Tau sangat la

Tanpa Nama berkata...

dahulu 'dia' masa ada kuasa org yg berjuang utk umno di cantas hingga ke akar umbi,org muda di label 'setahun jagung'skrng yg ada balaci yg mencari projek utk kepentingan diri,perjuangan utk org melayu semakin tiada.. rakan seperjuangan dulu yg dibuang oleh 'dia' dari dulu kini dan selamanya masih setia cuma menunggu masa yg sesuai utk kembali memperjuangkan hak bangsa dan agama hidup umno..ahli umno kbb