Rabu, 13 November 2013

HOT! Adun Pas ada teluq ka takdak ni? #KedahAmanMakmur



Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya menyahut cabaran untuk bersemuka dengan sembilan Adun Pas Kedah bagi membahaskan isu enakmen anti Syiah.

Beliau sedia berhadapan dengan pembangkang bagi menjelaskan isu itu walaupun dengan ‘sembilan lawan satu’.

“Saya boleh bersemuka dengan mereka dan saya sedia terima jemputan itu. Mereka boleh menulis surat dan menelefon saya untuk memaklumkan mengenai perkara itu terlebih dahulu.

“Kalau boleh, berilah saya cadangan beberapa tarikh untuk saya lihat mana yang sesuai supaya hasrat itu dapat direalisasikan,”katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Fathul Bari bersetuju bersemuka dengan Adun Pas kerana ingin memastikan enakmen itu yang sudah diluluskan dapat diperkasakan lagi di Kedah.

“Saya bukan nak babitkan Pas mahupun mana-mana pihak, tapi dalam soal Syiah ini kita perlu bersama melangkaui sempadan politik,” katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan Adun Pas mempelawa Fathul Bari bersemuka berikutan penulisannya di dalam akhbar ini, baru-baru ini berhubung sembilan Adun Pas menolak enakmen anti Syiah yang dibentangkan di Dun Kedah disifatkan tidak bertepatan dengan situasi sebenar.

Menurut laporan itu, Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa berkata, Fathul Bari boleh bercakap mengenai isu Syiah dibincangkan dalam masyarakat, tetapi tidak boleh mengaitkan Adun Pas membantah undang-undang itu.

Untuk itu, Mohd Nasir yang juga Setiausaha Adun PR Kedah akan menulis surat untuk mengadakan perbincangan dengannya.


McTheory: 
Ada berani ka adun Pas?

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hangpa kena paham.. Pas tak setuju atas kapasiti politik (pembangkang).. Bkn kapasiti agama... So, bangkang je la apa benda pun... Lepas ni pas akan tukar nama.. Parti semalaysia :)

Tanpa Nama berkata...

Buang masa aje nak bercakap pasal syiah ni bang.. pejabat agama tiap2 negeri dah ada.. pergi kepung tangkap saman di mahkamah.. tugas ust fathul pergi la jaga org kampung la mana2 dah tau tempat syiah tu pergi la berceramah kat situ.. jangan dok cerita teluq org lain.. jaga teluq sendiri dulu la..
kapasiti kapasiti tu cerita pasal engin ke?

Tanpa Nama berkata...

Salam semua....saya nak tanya pendapat.....baru baru ini saya ada terbaca didlm surat khabar tempatan , sudah ada pergurusi syiah di kedah atau perlis , (saya tak pasti ) memebuat kenyataan mengenai syiah... Persoalan ....kenapa pihak berkuasa tidak ambil tindakan utk memperbetulkan akidah mereka ini

Tanpa Nama berkata...

itu lah yg diadakan enakmen undang2..baru buleh ambil tindakan...paham lah seket peraturan pelaksanaan undang...
mula kena amaran bertulis..lps tu bla..bla...baru tangkap bicara hukum...
itu lah undang2...

Tanpa Nama berkata...

Bkn xbuat pguatkuasaan bro..dpa kna cri bkti kukuh,wlupn dh ada tp kna wat scara bhemah..aku tgk vdeo intrview dgn pgerusi syiah tu..dpa dh bjmp,dh try kaunseling..dh dlm phatian khusus..bkn dpa xtaw..mgkn byk hadangan,tp skurang2nya ada ustaz ambk inisiatif bdakwah dskolah2 n jga ank murid dr sbrg pgaruh syiah,sdaya mampu