Ahad, 29 Disember 2013

#HOT! Anak Rosmah Jutawan di Hollywood?


 
Riza Aziz.. kanan sekali..


Sebenarnya Mc malas nak up cerita ni kat blog. Takdak makna pun, ini Mc anggap sebagai salah satu isu bodoh dari PKR yang mahu membangkitkan kemarahan rakyat. Sedangkan kalau kita teliti, apa kaitan si Riza ni dengan kerajaan Malaysia.

Riza Aziz, 35, seorang anak muda telah mampu membeli sebuah kondo berharga RM100 juta di New York. Bukan senang anak melayu membeli harta semewah itu.. Tapi bagaimana beliau memperolehi harta itu pada usia semuda ini?


RIZA AZIZ merupakan seorang produser filem di Hollywood. Perniagaannya lebih banyak tertumpu kepada bidang perfileman yang mencatatkan keuntungan besar.  Daripada perniagaan perfileman, Riza juga khabarnya turut melaburkan dalam hartanah di kota besar New York dan London.

Antara filem yang melibatkan syarikatnya, Red Granite Pictures yang berpangkalan di Los Angeles ialah The Wolf of Wall Street yang diarahkan oleh Martin Scorsese dan dibintangi oleh Leonardo DiCaprio, Friends With Kids yang dibintangi oleh Jon Hamm, Megan Fox, Jennifer Westfeldt, Kristen Wing, Adam Scott, Maya Rudolph, Ed Burns dan Chris O’Dowd, filem supernatural box office, Homs yang dibintangi oleh Daniel Radcliffe.

Riza juga merupakan penerbit eksekutif bagi filem Out of the Furnace yang dibintangi oleh Christian Bale, Casey Affleck, Woody Harrelson dan Zoe Saldana yang ditayangkan pada 5 Disember 2013.


Di bawah adalah fakta-fakta menarik tentang beliau:


Pertamanya..

Berikut adalah beberapa film di bawah kelolaan beliau

1) Friends with Kids (2011)

2) The Wolf of Wall Street (2013)

3) Horns (2013)


Kedua..

Film "The Wolf of Wall Street" telah mengutip lebih dari US 100 juta dalam 5 hari yang pertama tayangan. Film ini di bintangi pelakon-pelakon yang hebat seperti Leonardo DiCaprio, Margot Robbie, Matthew McConaug dan Jonah Hill.

Bukan calang-calang pelakon yang membintangi film ini. Dalam filem-filem yang lain juga di bintangi oleh pelakon-pelakon yang hebat.


Ketiga..

Pada tahun 2011, Majalah Variety menamakan beliau sebagai "Top 10 Producer to watch"..


Keempat..

Pada tahun hadapan, beliau akan mengeluarkan film terbaru yang berjudul Dumb and Dumber To yang di bintangi oleh Jim Carrey, Jeff Daniels, Laurie Holden and Kathleen.


KESIMPULAN

Jika kalian melihat profile Razi Aziz di atas, rasanya beliau, selayaknya mampu membeli harta semewah itu...


Mungkin fakta-fakta diatas tidak sepenting beliau anak ROSMAH MANSUR! Sebab puak Pakatan hanya gunakan nama Rosmah untuk mewujudkan kebencian dan kemarahan.

Rosmah Mansor adalah faktornya. Tak cukup nama Rosmah di fitnah kini, boleh pula digunakan anaknya.

Yang penting, orang ramai datang berdemonstrasi di Dataran Merdeka pada tengah malam 31 Disember 2013 untuk menunjukkan kemarahan!

Dasar pembangkang.. otak memang pembelit tak cukup hunn..


McTheory:
Lepas mak.. anak pulak kena fitnah.. nasib ler..

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

umngok kaki rasuah perabih duit rakyat!

Tanpa Nama berkata...

Tak di nafikan memang dia bekebolehan dan mempunyai kemampuanaya sendiri,tapi jika kita mempunyai connection(langsung atau tidak langsung) yang kuat dengan Perdana Menteri sebuah negara,ia akan meningkatkan lagi kredibiliti dan kebolehpercayaan pelabur/ atau orang luar terhadapa kita sebanyak berkali kali ganda,itulah TUAH namanya. Najib/Rosmah memang tak terlibat pun,tapi memainkan peranan meningkatkan keyakinan pelabur/rakan kongsi utk bekerjasama dengan Riza Aziz. Tapi klu kita anak Sultan Brunei sekalipun kalau tak ada kemampuan pelabur tak confident jugak.

fac mec berkata...

Riza Aziz ni bukanya anak PM Najib. Secara kebetulan jadi anak tiri.shj. Kita tak pernah tau puan siapa dia Riza Aziz ni sehingga ditimbulkan fitnah sebegini.Kita patut merasa bangga atas kejayaan beliau mencipta nama serta kecemerlangan sebegini. Seorang rakyat Malaysia berbangsa Melayu mampu membina empayar di perantauan.Mengapa anda perlu cemburu serta dengki sebegini.Apa yg anda rugi.

fac mec berkata...

Riza Aziz ni bukanya anak PM Najib. Secara kebetulan jadi anak tiri.shj. Kita tak pernah tau puan siapa dia Riza Aziz ni sehingga ditimbulkan fitnah sebegini.Kita patut merasa bangga atas kejayaan beliau mencipta nama serta kecemerlangan sebegini. Seorang rakyat Malaysia berbangsa Melayu mampu membina empayar di perantauan.Mengapa anda perlu cemburu serta dengki sebegini.Apa yg anda rugi.

Tanpa Nama berkata...

Saya baru balik dari Vietnam dan macam tak percaya orang Vietnam boleh beri kenyataan dari sana dan boleh menilai perangai orang Melayu yang berhasad dengki sesame bangsanya

Tanpa Nama berkata...

Pembangkang hanya mewujudkan rakyat yg mempunyai sifat hasad dengki yg tinggi, buruk sangka, berfikiran negatif dan meletakkan umat di lembah fitnah yg sgt menyedihkan...inilah salah satu ciri2 manusia akhir zaman...

Tanpa Nama berkata...

Kita patut bangga bila ada orang Melayu Berjaya macam tu, bukannya nak mempersoalkan kejayaan beliau...tu namanya mentality rendah

Tanpa Nama berkata...

umngok, hampas, dapig..semua sama