Ahad, 29 Disember 2013

INFO! Kos Meningkat, Rakyat Malaysia Manja? #BarangNaik



Sapa suka barang naik harga? Sapa suka kena bayar lebih? Tipu la kalau ada manusia gembira bila kena bayar lebih dari biasa. Bila dah pernah hidup senang, ada kita nak rasa susah ka?

Idea dan sumber Mc ambil dari FB.

Kenaikan harga barang dan perkhidmatan adalah sebahagian dari langkah mengurangkan subsidi kerajaan kerana subsidi adalah perbelanjaan hangus yang memperdaya rakyat dengan kos sara hidup yang PALSU.(MANJA)

Ketika seluruh penduduk dunia merasai peningkatan kos sara hidup termasuk di negara besar seperti Amerika Syarikat dan Eropah, penduduk di Malaysia masih mahu hidup seperti dilindungi awan, masih berbelanja sakan di gedung ternama, mengubahsuai rumah, melancong ke luar negara serta menukar kereta.

Mereka dilekakan dari menerima hakikat bahawa kelebihan wang saku mereka adalah atas tampungan wang subsidi kerajaan dalam minyak kenderaan, bil api dan air, barang keperluan asas yang mereka nikmati setiap hari. Hal ini masih terus berlaku di Malaysia kerana tekanan hebat rakyatnya terhadap kerajaan berbentuk ugutan politik sekiranya kos hidup mereka meningkat. Kerajaan pasti tidak akan selama-lamanya mampu untuk menanggung perbelanjaan sebegini.

UGUTAN POLITIK

Negara yang seimbang bukanlah apabila kerajaan sentiasa tunduk dengan permintaan rakyat. Bukan semua yang rakyat mahu adalah baik untuk negara. Kerajaan yang diamanahkan untuk menguruskan negara perlu jua mempunyai kualiti untuk memimpin, mengawal dan mempengaruhi rakyat agar turut sama memastikan kesejahteraan negara.

Dalam bab ni, Dato Najib agak lemah, malah kalau nak dibandingkan pentadbiran beliau dengan Tun Mahathir, umpama langit dengan bumi. Bab saranan Tun Mahathir mengenai kurangkan kos tu juga betul, sebab laporan audit mengenai pembaziran kos tu, terlalu banyak. Namun ianya bukan hanya berlaku pada kerajaan pusat, malah kerajaan negeri yang ditadbir oleh pembangkang.

Sebagai rakyat kita mempunyai hak untuk meminta dan menukar. Tapi sebagai kerajaan, perlu rasional dan membuat kerja yang diamanahkan.


McTheory:
Amanah dari rakyat.. utamakan

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

masalahnya sekarang..pemimpin2 dan keluarga mereka (BN dan PR) pula hidup berfoya2. sebab itu rakyat marah. rakyat macam kami ni bukannya MANJA.

jika pemimpin2 telus, rakyat secara otomatik akan faham. tapi tengoklah sendiri gaya hidup mereka. takkan mata ko dah buta?

oh btw..demi Allah, saya undi BN dah 4 kali..PRU14??? tidak lagi! sekian..

Tanpa Nama berkata...

Kalu Peminpin yang 'MANJA' dengan duit rakyat, mcmana pulak? Jgnlah jadi bias wahai sang blogger!

Tanpa Nama berkata...

Deng tak suko pemimpin macam nie,tanah negeri diopun deng tak pijak dah.

Tanpa Nama berkata...

rm7.2billion digunakan untuk memanjakan pemandu.naik jet dan celebrate birthday di hotel untuk isterinya yg manja.bla bla bla.. admin fikir rakyat suka?

Tanpa Nama berkata...

komen2 di atas menunjukkan mmg rakyat malaysia terbukti manja. depa x boleh kalau orang lain senang. semua salah, kerajaan, mak bapak, cikgu sekolah, apek kedai runcit, aney gunting rambut, mamak jual rojak dan pak mat jual tempe. yg x salahnya mereka. walaupun cuba live in denial, hakikatnya generasi2 masa kini suka merengek bila x dapat sesuatu atau sesuatu tu ditarik balik, seperti subsidi di atas. tahap pemikiran mereka xde beza pun dengan budak tadika dan pra sekolah. percayalah mereka2 ni kalau dpt kuasa pun 2 x 5 mcm pemimpin2 yg korup masa kini. x caya cuba bg kuasa. ckp mmg la pandai.

jentayu