Isnin, 23 Disember 2013

HOT! Kelab Penyokong Bantah Logo Baru Persatuan Bola Sepak Kedah? #HanyaDiKedah


Lepas Mc keluarkan artikel mengenai Pasukan Kedah sedang di UPGRADE berdasarkan ciri-ciri dan sponsor baru, nak baca boleh klik SINI.

Kemudian kecoh diperkatakan bahawa ada pihak yang menentang logo baru bola sepak Kedah yang akan diperkenalkan nanti. Walaupun ada ura-ura yang mengatakan Tunku Sultan Kedah juga telah bersetuju akan merasmikan logo terbaru tersebut.

Kemudian tersebarlah poster protes seperti dibawah!


Tak cukup dengan poster protes yang tersebar di internet, ada pulak yang buat interview dalam surat khabar kononnya nak pertahankan nostalgia.

Punggahh..


Awatlah kecoh sangat cekk oii.. bila baca balik apa yang depa kata ni. Mc nak gelak pun ada, nostalgia tu, memang la nostalgia bangg.. sepatutnya kita sokong bila kerajaan negeri nak buat pembaharuan pada bola sepak Kedah yang sedang merudum ni.

Logo tu memang maruah, tapi yang lebih penting kewangan dan sponsor dari pihak yang nak bantu pasukan Kedah ni. Kalau dok sibuk dengan logo saja pun tak guna, kalau duit takdak. Pemain nak makan apa, sewa stadium sapa nak bayar? Perancangan masa depan bola sepak Kedah lagi. Lebih baik kita tumpukan kepada semua itu dari nak bantah logo baru ni.

Mc faham perasaan orang lama yang berat hati nak tukar logo, tapi pandanglah kearah kebaikkan, pandanglah kearah kemajuan. Kita boleh buat brand baru untuk niagakan logo baru kita ni. Persatuan boleh cari duit, mungkin ada pihak sponsor yang tertarik dengan imej baru bola sepak Kedah.

Kita ambil Johor DT sebagai contoh, macam mana depa niagakan brand baru JDT hinggakan orang luar Johor pun tertarik dengan baju dan poster JDT. Itu contoh, bukan Mc nak puji JDT tapi mereka merupakan salah satu pasukan bola yang digeruni, walaupun pada hakikatnya tak kuat mana.. he he he..

Kepada brader-brader otai bola sepak yang dok marah tak tentu pasai, dok hingaq sampai nak buat demo tu, pikiaq la pat lima kali brader. Apa yang orang buat hanya untuk kebaikan bola sepak Kedah, takkanlah ada orang saja-saja nak pelingkup pasukan bola sepak negeri sendiri?

Apa yang Mc tulis hanyalah pendapat peribadi Mc, kalau ada yang nak bagi pendapat atau luahan hati pasal logo ni, boleh tulis dikomen, atau emailkan pada Mc saja ok.


McTheory:
1 tekad 1 arah 1 akidah.. pulun Kedahh pulun..

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

orang kedah kena pikiaq lebih. jangan dok jadi warga buat bendang dah. maju kedepan sikit ehh.

Tanpa Nama berkata...

Hahaha
Hahah

Hahaha
Hahah

mintak maap noo
Aku nak gelak pasai JDT !
Main x baguih mana pun
Gempaq mcm menang pingat emas Olimpik

Jom pakat gelak !
Kah kah ka
Keh keh ke

Harap2 cukup lah ada 1 JDT kt Mesia ni woi !

Tanpa Nama berkata...

ha ha ha...masalah dalaman hangpa jangan babitkan nama JDT...takdak piala tapi penyokong depa happy....hangpa? piala takdak, stadium suram, penyokong pun tak happy, Liga Perdana pulak tu.....patutnya hangpa gelakkan diri hangpa dulu noo...

Tanpa Nama berkata...

aku xksah dgn logo tp nk sbut skuad apa lpas ni? xkan skuad kenari kot dh logo ada gmbr helang

Tanpa Nama berkata...

Jgn hapus lago lama yg byk jasanya. Logo helang letak gmbr binatang watpe? Yg lama dh unik, dgn panggilan kenari. Ini msti otak nk masuk unsur jahanam dlm logo keramat bolasepak kdh.. Xperlu kcau logo, kcau pengurusan displin pemain tu. Malaysia ni keje nk ubh je mnde yg jd sejarah.. Bodoh!

Tanpa Nama berkata...

Awat dok kalot pasai logo baru..nostalgia dah berlalu .. logo baru azam baru persatuan/permain dua2 kena pulun bagi naik pasukan .rakyat kedah sama2 kita sokong ..Pk

Tanpa Nama berkata...

btol jugak pembaharuan logo tu dpt menarik sponsor,tp masalahnya logo baru ni nampak mcm xde beza plak dgn logo lama.design lapuk.

Tanpa Nama berkata...

Kita hnya penyokong...
Abaikn pasal logo...
Asalkn kdah mnang 3 game...
Mngkin m.united nk ambk logo kenari kot...
Hahaha

KAK SITI berkata...

ok gugak logo baru tu....
pembaharuan sikit, biasalah, lama-lama orang boleh terima...
selamat maju jaya Kedah...

KAK SITI berkata...

ok gugak logo baru tu....
pembaharuan sikit, biasalah, lama-lama orang boleh terima...
selamat maju jaya Kedah...

Ball Manager Malaysia berkata...

Setuju dengan admin, terbaik, Jom pakat sokong bolasepak kita.