Ahad, 5 Januari 2014
HOT! Bila Orang Muslim Mula Sokong Kristian? #BiarBetui
Cerita yang pelik tapi benar.. malah lebih pelik bila gerakan dan sokongan ini dibuat oleh anak Mantan Perdana Menteri Malaysia yang tegar Islam dan pembela melayu.
Awat la jadi macam ni?
Hampir 1,000 orang menyertai himpunan hari Ahad di Gereja Katolik Our Lady of Lourdes Klang di pagi yang dijangka bakal menghadapi beberapa kumpulan Islam yang marah dengan mereka, tetapi dengan tidak disangka sekumpulan Islam datang membawa bunga untuk mereka.
Antaranya yang datang adalah aktivis sosial Datin Paduka Marina Mahthir, yang mebawa sejambak bunga dan menjadi sebahagian daripada yang datang untuk memberikan sokongan moral kepada penganut Kristian.
Namun di Padang Kelab Sultan Sulaiman, sekumpulan kumpulan konservatif Islam berhimpun bagi membantah penggunaan nama Allah oleh Kristian.
Mereka juga menyokong serbuan yang dibuat oleh Jais terhadap Persatuan Bible Malaysia di Damansara Kim yang merampas kira-kira 300 Bible berbahasa Melayu dan Iban serta menahan dua pemimpinnya.
"Saya di sini atas nama peribadi..ramai di sini adalah Muslim tetapi apa yang kami mahu katakan adalah Islam agama keamanan," kata Marina di depan Gereja Katolik Our Lady of Lourdes Klang sambil memegang bunga di tangan yang dikhaskannya untuk penganut Kristian di situ.
"Kami bukan pencetus peperangan seperti sangkaan sesetengah pihak," tambahnya.
Menyifatkan protes adalah hak setiap individu namun, "tidaklah wajar berlebihan sehingga memasuki rumah ibadat pihak lain."
Beliau menyifatkan serbuan Jais sangat mencurigakan dan kesal dengan tindakan mendiamkan diri pihak kerajaan.
Marina dan rakannya Nik Elin kemudiannya pergi menemui penganut Kristian di situ dan memberikan bunga untuk mereka dengan diringi sorakan daripada orang ramai. ~ The Malaysian Insider
McTheory:
Seseorang perlu beri penjelasan yang lebih jelas.. kenapa perkara ini berlaku?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
7 ulasan:
rosak anak tok det sorang ni. tapi apa nak hairan, dlm sejarah bapa seorang nabi, tp anak kafir pun ada.
kpd tok det, jgn sedih, km sentiasa doakan kamu.
kpd marina, pesanan: jgn la jd kmbing hitam dah dlm kluarga, cuba lah dekati Islam sebenar.
Dalam Hadis dah sebut bila Dajjal keluar diakhir zaman nanti yang jadi pengikutnya kebanyakan adalah golongan Yahudi, golongan homeseksual dan wanita...kalau bukan wanita liberal, 'progressive'..wanita macam mana lagi!!!
Teringat cerita Nabi Noh dan anaknya...cuma disini anak dalam KAPAL KARAM, yang hanya tunggu masa nak tenggelam seperti kata Cat Stevens atau Yusuf Islam
"BARAT IBARAT KAPAL KARAM YANG HANYA TUNGGU MASA UTK TENGGELAM DAN KINI ORANG ISLAM BEREBUT2 BELI TIKET UNYUK NAIKI KAPAL KARAM TERSEBUT".
Iman tidak dapat diwarisi...
Zaman nabi Noh as pun menghadapi peristiwa yg sama...
Bersabar lah Tun M....
Doa kan yg terbaik...
Lihat lah orang yg dikatakan 'islam' yg menyokong kristian ini...
Adakah mereka2 ini benar2 islam????
Fikir2 kan lah....
islam tanpa resapan takkan kemana mana.....tidakbtakutkan Allah n tidak sayangkan Rasulullah saw n. tidak yakin dgn pencipta...manusia yg kaua di sunia pun sentiasa rugi....mudahan kita takkan rugi di akhirat nanti....Alquran sunnah n ulamak pegangan kita. ...
cubalah mengenal Allah
insyallah akan menikmatianisnya islam..salam alaik...
islam tanpa resapan takkan kemana mana.....tidakbtakutkan Allah n tidak sayangkan Rasulullah saw n. tidak yakin dgn pencipta...manusia yg kaua di sunia pun sentiasa rugi....mudahan kita takkan rugi di akhirat nanti....Alquran sunnah n ulamak pegangan kita. ...
cubalah mengenal Allah
insyallah akan menikmatianisnya islam..salam alaik...
Mesti ada sebab dia buat begitu..dan saya rasa Tun tak kan sesuka hati membiarkan anak dia buat benda2 yg boleh memalukan keluarga dia juga..Isu ni sgt sensitif..jgn nak cari salah org sahaja..sedih lah..apa la nak jad dgn Malaysia ni..suatu hari nanti mesti ada isu perkauman pula.. :(
Catat Ulasan