Selasa, 21 Januari 2014

INFO! Kerajaan Turunkan Harga Kereta? #HargaKeretaTurun

Harga kereta turun?


Sepertimana yang telah dijanjikan oleh kerajaan,harga kereta kini dijangka akan terus turun antara 20%-30% menjelang 2018. Penurunan ini membabitkan kereta yang dipasang di dalam negara,sekali gus menggalakan syarikat automotif membuka kilang pemasangan di negara ini.Antara pengeluar yang terlibat dan telah pun mengurangkan harga secara berperingkat ialah Honda Jazz iaitu penurunan sehingga 17%,Nissan Sentra 13%,Proton Saga 12% dan Perodua Alza 12%.Bagi memastikan usaha mengurangkan harga kereta berjaya dilaksanakan dengan lebih berkesan, kerajaan bercadang untuk mengurangkan duti eksais dan juga membenarkan pengeluar tempatan termasuk dari negara ASEAN,memohon rebat cukai.

Penurunan ini bukan sahaja bakal menjadikan lebih ramai rakyat akan mampu memiliki kereta tetapi ia juga turut membuka peluang pekerjaan dan juga perniagaan berkaitan automotif.Ia juga dilihat mampu membawa industri otomotif negara ke tahap yang lebih tinggi melalui pemindahan teknologi dan pengetahuan, khususnya dalam segmen Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).Seperti yang dijangka,langkah murni kerajaan ini hanya dipandang sinis oleh pembangkang yang ‘perasan’ bahawa kerajaan telah menciplak idea mereka.Namun,tidak seperti saranan pembangkang,langkah penurunan harga kereta oleh kerajaan dibuat dengan teliti setelah mengkaji dari berbagai aspek terutama kesannya terhadap pengeluar kereta nasional.

Oleh yang demikian,kerajaan bercadang memastikan lesen pemasangan EEV hanya diberi kepada enjin berkapasiti 1800cc ke atas dengan harga RM150,000 se-unit agar tidak ‘mengganggu’ pasaran kereta nasional.Jelas,kerajaan cukup berhati-hati dengan mengambil tindakan secara berperingkat- peringkat bagi memastikan matlamat sebenar untuk memudahkan pengguna dan menjana ekonomi negara tercapai.Apa yang pasti,tindakan kerajaan menurunkan harga kereta bukanlah satu tindakan politik untuk bersaing dengan pembangkang,tetapi merupakan satu langkah yang memandang jauh ke hadapan serta prihatin dengan realiti kehidupan rakyat.



McTheory:
Turun ka naik ka.. tetap tak mampu nak beli! :(

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Orang masih tak nampak..kalau difikirkan dan diamati,jika ia membabitkan kerajaan terus,insyaallah harga mampu dikawal..cuba tengok barang-barang yang naik itu dikawal oleh siapa sebenarnya?hartanah,rumah,makanan...fikir-fikirkan dan muhasabah..

Tanpa Nama berkata...

Betui2..
Puak macai takkan terima dn akan cari point utk spin.. ahbis xdk idea mula lah hina sayur kangkung.

Cina yg control 3/4 ekonomi.. tp PR termasuk PAS sengaja bodohkan rakyat dgn tuding pd Krjn. Bila Krjn buat operasi tegas.. Cina mula ugut nk kenakan balik Krjn..

Lagipun harga keta ken apatut padan jugak.. klu murah sgt apa nk jd dgn sistem jalan raya? jem.. eksiden banyak.hilang nikmat jugak.. apa2 mesti seimbang.. Alam ini Allah jdkan seimbang.. puak2 macai ni je extrim dan nk lebih2..

Tanpa Nama berkata...

Bro harga moto tk turun ke?lori dan bas mcm mana?jentolak dan traktor pun kena turun jugak.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa nama 1:04,guna jentolak ke?klau guna pun mgkn ia bkn kegunaan semua org..tapi itulah ye..hati kot,ada sahaja benda nak cari,bukan nak islah kan...kenapa tak tuju cina2 yang melampau kpd penyebab kenaikan harga..tapi melayu juga yang utama dibenci,itulah ciri2 munafik..