Rabu, 5 Februari 2014

HOT! Dosa Balak Pas Kini Di Tanggung Kerajaan BN Kedah! #HanyaDiKedah



Semalam Pengarah Jabatan Hutanan Kedah telah menjelaskan sejelas-jelasnya mengenai apa yang berlaku di Kedah sekarang ni. Pas dok bising bahawa BN menebang balak untuk tampung perbelanjaan kerajaan negeri. Sedangkan pada hakikat sebenar, aktiviti penebangan balak diluluskan pada zaman Pas lagi.

Baca keterangan dari Pengarah Jabatan Perhutanan Kedah,

Kelulusan tender dan konsesi aktiviti pembalakan dibuat oleh kerajaan negeri di bawah pentadbiran Pas sebelum ini.

Pengarah Jabatan Perhutanan Kedah, Ku Azmi Ku Aman berkata, kelulusan itu diberikan kepada syarikat pembalakan secara berperingkat manakala pengeluaran beberapa lesen operasi termasuk di kawasan hutan Padang Terap dikeluarkan beberapa bulan lalu.

Beliau berkata, pemberian lesen operasi mengeluarkan balak itu mengambil masa sehingga setahun setengah sebelum sesebuah syarikat dibenarkan menjalankan aktiviti pembalakan.

“Kelulusan konsesi adalah berbeza dengan pengeluaran lesen iaitu kelulusan diberikan lebih awal sebelum lesen dikeluarkan.

“Kita mengambil masa agak lama untuk keluarkan lesen kerana prosesnya membabitkan kerja mengenal pasti kawasan (tanah) serta menanda pokok yang boleh ditebang (matang),” katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman di sini, semalam.

Hadir sama Exco Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan, Badrol Hisham Hashim dan Adun Pedu, Kama Noriah Ibrahim.

Katanya, pihaknya tidak boleh menyekat pengeluaran lesen kepada syarikat balak selepas tender diluluskan.

Bagaimanapun, ia akan memastikan prosedur yang ketat agar pembalakan berlaku secara terancang dan sistematik bagi mengurangkan kesan alam sekitar mengikut akta ditetapkan.

Dalam pada itu, beliau berkata, pembalakan yang berlaku di kawasan hutan simpan hanya membabitkan hutan simpan pengeluaran dan bukan hutan simpan perlindungan.

Menurutnya, terdapat 300,000 hektar kawasan hutan simpan bagi seluruh negeri manakala hutan simpan pengeluaran 180,000 hektar.

“Daripada keluasan itu, hanya 2,800 hektar dibenar untuk dilesenkan. Ini yang berbeza dengan kelulusan. Kelulusan banyak tapi yang dilesenkan tidak banyak.

“Ia dilakukan secara terkawal iaitu mengamalkan sistem penebangan terpilih dengan kriteria ditetapkan di samping mematuhi syarat iaitu perlu memperoleh sijil Malaysian Criteria and Indicator untuk mengeksport kayu hidup,” katanya.

Ditanya kemungkinan wujud penyelewengan di peringkat proses kelulusan, Ku Azmi berkata, perkara itu tidak berlaku kerana pihaknya mengambil semua permohonan dan kerajaan negeri memberi kelulusan atas cadangannya.

“Dari perspektif jabatan, penyelewengan tidak berlaku kerana setiap permohonan dikenakan premium RM12,000 sehektar. Setiap permohonan yang dibuat perlu disertakan dengan premium sebelum diluluskan,” katanya.

Sementara itu, kira-kira 80 peratus hutan di negeri ini adalah kawasan hutan terpulih yang melalui proses penebangan 30 tahun lalu.

“Aktiviti pembalakan yang dilakukan terhadap hutan di sini mengikut sistem giliran iaitu 30 tahun sekali. Jika ikut statistik, purata pertumbuhan pokok satu sentimeter (cm) setahun, kalau 30 tahun bermakna 30 cm pertumbuhan.

“Pertumbuhan itu jika ditambah saiz yang sedia disimpan iaitu 50 cm akan menghasilkan saiz pokok sudah matang,” katanya.

Semalam selepas sidang media Mc sempat berbual panjang dengan Pengarah Jabatan Perhutanan ni. Apa yang mengejutkan Mc, lepas ni akan ada lagi kawasan balak yang diluluskan pada zaman Pas bakal ditebang semula. Contohnya seperti projek di Gunung Inas. Pas lulus projek Ladang Sejahtera 5000 hektar. Pada zaman Pas ianya baru tebang 2000 hektar. Sekarang projek itu dihentikan atas arahan MB Kedah. Kalau mengikut perjanjian, sebanyak 3000 hektar lagi balak akan ditebang!! aduhhh

Mc tak dapat bayangkan macam mana kerajaan Kedah nak benarkan 3000 hektar lagi balak untuk ditebang!! Kalau tak bagi, dah tentu salah dari segi undang-undang, kerana projek itu sudah diluluskan! Apa pun bagi Mc ini semua salah PAS!!


Akibat ketamakan Kerajaan Pas, hingga sanggup mengorbankan hasil bumi dan menyusahkan rakyat yang berada dikawasan berkenaan. Mc minta pada kerajaan negeri, kalau terpaksa teruskan projek kat Gunung Inas tu, tolong kaji dan ketatkan syarat dengan sebaik mungkin. Jangan jadi macam Pas dulu, sampai dalam sungai pun lori dok lalu, sedangkan orang kampung gunakan air tu untuk minum!

Utamakan rakyat Kedah, kalau boleh batal tu, batalkanlah.. kalau tak boleh sila kaji dan gunakan cara paling baik!


McTheory:
5 tahun memerintah, kerosakan yang Pas buat lebih dari 40 tahun BN memerintah Kedah!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

biarlah Krjn kedah kena bayar ganti rugi drpd difitnah konon balak ini krjn BN.
Serupalah dgn kes KUIN. krn syg sgt dgn PAS.. Krjn BN terus kan juga projek bermasalah krjn PASngok..

skrg Mukhriz pikir lah sndiri.. rakyat skrg lbh percaya pd persepsi dr fakta.. fikirlah.. botak mmg dah botak.. yg pnting cmna nk hadapai cabarah dahsyat PAS slps ini. mereka xkn duduk diam.. puak2 ni serupa dgn berok.. byk lg tempat mreka KETAGIH nk demo... hrp UMNO BN bersedia lah..