Selasa, 25 Februari 2014

HOT! 'Imam Baling Kasut' Syukur Kerana Mendapat BR1M!



25 FEB: Masih ingat lagi kisah Hoslan Hussin, seorang lelaki yang bertindak biadap membaling selipar ke arah barisan panel Hakim Mahkamah Rayuan?

Hoslan, Ahli PAS seumur hidup yang dikenali sebagai “Imam Hoslan”, pernah mendapat perhatian umum apabila menghiasi dada akhbar serta mendapat liputan berita televisyen akibat perbuatan beliau itu hingga digelar “Imam Baling Selipar”.


Ketika itu Hoslan sedang menjalani perbicaraan di Mahkamah Rayuan kerana turut terbabit dalam perhimpunan jalanan Bersih, Blackout dan pelbagai demonstrasi tanpa permit yan g lain.

Akibat tindakan membaling selipar itu Hoslan dihukum penjara setahun oleh Mahkamah Persekutuan atas kesalahan menghina mahkamah.

Beliau telah selesai menjalani hukuman penjara berkenaan dan kini insaf.

Malah Hoslan turut menerima wang skim BR1M 1.0, BR1M 2.0 dan terbaru BR1M 3.0 yang sedang diagih sekarang serta bersyukur dengan pemberian ikhlas Kerajaan Persekutuan itu.

Hoslan yang baru kembali dari Yaman kerana menghantar anaknya belajar di sana memaklumkan telah di jemput oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menyampaikan ceramah motivasi kepada banduan-banduan kes dadah dalam penjara.

Ikuti rakaman video temu ramah pengakuan yang dibuat Hoslan yang boleh disifatkan penyokong tegar PAS kepada Minnag Jinggo.

Semoga “keinsafan” dan kematangan yang ditunjukkan Hoslan ini benar-benar ikhlas.-bnbbc.my


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah. Umno xdak masalah dengan orang pas, kalau orang Pas bersifat matang dan relevan. Jangan peningkan kepala kerajaan, kerajaan banyak benda lain nak buat, bukan senang mentadbir negara. Jadilah pembangkang yang membina, bukan yang suka berdemo dan menghancurkan.

hangkedee berkata...

Dapig. Musuh melayu. Islam.Over my dead body...kapal sinki belum bertahu buat.Sahabat karip hadi awang