Kejadian ni berlaku di Pekan Simpang Kuala, Mc masa lalu hari tu pun ada perasan benda yang sama. Namun tak sangka laporan dari Sinar Harian ni menyebut kebanyakannya pemimpin sedekah ni berbangsa melayu.
Baca laporan sinar dibawah,
Gara-gara kesesakan pelik, sekali gus mencurigakan!
Niat melakukan tinjauan Sambutan Tahun Baru Cina terbantut, apabila Sinar Harian menyaksikan lebih 100 orang berbagai bangsa berkumpul di sekitar rumah ibadat di Simpang Kuala, dekat sini, semalam.
Rupa-rupanya, golongan tertentu dipercayai pengemis, gelandangan, orang miskin, peminta sedekah dan bangsa asing ini berkumpul menantikan pemberian wang angpau dilakukan di hadapan rumah ibadat terbabit.
Sungguh menyedihkan, apabila segelintirnya berkerusi roda sambil membawa satu bekas minuman kosong, malah ada juga yang berpakaian lusuh sambil membawa anak kecil duduk di atas tikar mengkuang.
Penduduk tempatan yang hanya ingin dikenali sebagai Kak Noridah, 40, berkata, dia bersama beberapa penduduk tempatan menyaksikan golongan terbabit dipercayai sudah berkumpul di sekitar rumah ibadat terbabit sejak malam 30 Januari lagi.
“Golongan terbabit bukannya bersembahyang di dalam rumah ibadat berkenaan, sebaliknya menunggu pemberian wang angpau. Tak kira umur, bangsa mahupun jantina semuanya ada. Peliknya, majoritinya dilihat adalah berbangsa Melayu.
“Entah datang dari mana sebahagiannya, sebab ada segelintir dilihat bukan penduduk tempatan. Bayangkan, kalau dari malam semalam (kelmarin) mereka sudah berkumpul di kiri kanan laluan ini, jadi di mana mereka tidur,” katanya.
Lantas, Sinar Harian turut duduk bersama segelintir golongan terbabit lebih kurang 30 minit untuk mengetahui keadaan sebenarnya dengan lebih lanjut, sambil menyamar sebagai peminta sedekah.
“Kalau, adik nak duit. Adik duduklah di jalan bertentangan mak cik. Bahagian sini, kami dapat beras. Sumbangan diperoleh sedikit sebanyak meringankan beban kami,” katanya ketika ditanya tujuan mereka berkumpul.
Bagaimanapun, sepasang suami isteri yang sempat diajak berbual berkata, pemberian wang kepada peminta sedekah yang berkumpul di hadapan rumah ibadat terbabit bertujuan amal.
“Aktiviti memberi wang angpau dilakukan setahun sekali bersempena Tahun Baru Cina. Ia dianggap sebagai kerja amal demi membantu mereka yang memerlukan,” katanya.
Katanya, sesiapa yang berkemampuan akan memberi wang kepada golongan tertentu yang berkumpul di kawasan berkenaan selepas keluar bersembahyang dari rumah ibadat terbabit.
Menurutnya, dia sekeluarga turut menghulurkan sedikit wang derma, namun hanya buat mereka yang tidak larat dan cacat sahaja kerana kebanyakannya dilihat masih mampu bekerja.
Sepatutnya Pusat Zakat atau Baitulmal perlu bertanggung jawab bila berlaku kejadian seperti ini. Tokong cina yang tiada bantuan dari kerajaan pun boleh bagi duit kat peminta sedekah, gereja yang hasilnya dari derma orang ramai dikawasan, pun boleh bagi makan percuma setiap hari ahad, kepada orang ramai.
Kenapa tidak Pusat Zakat atau Baitumal membuat perkara yang sama setiap minggu dikawasan yang terpilih? Duit beratus juta dalam tu nak simpan buat apa? Bukan kita nak mengalakan peminta sedekah, tapi turunlah membantu mereka yang benar-benar dalam kesusahan.
Takkan itu pun nak tunggu arahan dari Perdana Menteri kot? Siapa yang jaga Pusat Zakat dan Baitulmal ni? Reti buat kerja ka tak? Nak tunggu media datang baru terhegeh nak buat kerja?
Atau nak tunggu Pusat Zakat dan Baitumal jadi macam TUGU baru kelam kabut nak buat kerja. Kalau susah sangat, gantikan orang yang jaga kedua-dua ni dengan orang baru yang pandai buat kerja.
McTheory:
Jangan ambil mudah perkara ni.. ramai sangat yang dah komplain ni..
7 ulasan:
Kalau di Kelantan, sebelum raya Aidilfitri tuan akan dapat melihat lautan manusia dari segala ceruk rantau menunggu wang zakat ataupun beras. Yang menyedihkan mereka yang dapat tempat 'premium' (tepi jalan besar) akan memperolehi lebih banyak dari yang dibelakang. Saban tahun orang yang sama akan menguasai tempat'premium' tersebut walaupun kehidupan adalah lebih senang setelah saban tahun menerima habuan zakat yang mencecah ribuan ringgit. Bagi pembayar zakat (fitrah + harta) mereka lebih suka membayar zakat terus kepada mereka yang memerlukan dari ke baitulmal. Yang menyedihkan ialah pembayaran dibuat atas dasar 'asal bayar' tanpa melihat penerima tersebut. Mereka tak akan bersusah payah kebarisan belakang dimana kebanyakan mereka masih belum mendapat sesen pun walaupun telah berhari-hari menunggu.
Itulah doktrin PAS supaya jgn byar zakat pd Jabatan Zakat atau Biatulmal. mreka hasut dgn mcm2 fitnah konon duit disekat.
Pdhal itulah cara utk puak2 ini dptkan wang zakat direct. Kena pula yg beri zakat tkde ilmu. Zakat utk dpt kesempurnaan..sekurang2nya kita perlu cari 3 Asnaf atau lebih.. jika kita individu amat susah nk buat begitu.. sbb itulah ditubuhkanjabatan zakat..tp malang org Melayu ilmu kurang..lebih suka percaya propa dan fitnah..
Klau bayar zakat di Jabatan dilantik pemerintah..tgjwb itu kerja mereka.. apa2 mereka yg tanggung.. lagipulak sistem mereka ada data base..ada siasatan.. bukan main hetam bg..
jd zakat ini jd mainan pihak tertentu. Di Kedah peminta zakat asing penuhi jalan di depan Masjdi Zahir.. ramai org tempatan yg pemalas dan tiada ilmu terus bg pd peminta2 ini.. entah dari mana pun tak tahu..
janji bayar..itulah falsafah..
Isu meminta sekedah di tokong..
ini jelas menunjukkn org Melayu melahap duit! Susah sikit sudah mencari kekufuran!
Nama shj Islam dp jiwa longgar.. xkenal Tuhan..maka apa shj yg menguntungkan spt WANG tk kisah lg hal Aqidah. janji dpt wang. MURAH sungguh iman... inilah bahayanya bila Aqidah tidak jd tunjang... Islam hnya diwarisi oleh nenek moyang.. tidak di perbahruai Itiqad supaya faham dan teguh iman..
Moga Allah berikan hidayah taufiq buat kita dan mereka..Aminn
Nak baitulmal buat kerja? Kalau bumiputera nak lesen halal dari jakim negeri pon kene bayar, nak pulak suruh dorang buat kerja zakat ni lagi?Tak lumayan beb. Kat jakim selangor, yg nak luluskan logo halal ni ditanya nak masuk kaunter mana, kaunter ekspress atau kaunter normal. Kalau kaunter ekspress kena bayar la, itu katanya. Patutla syarikat cina cepat dapat logo halal. Tak percaya? Gi la apply.
Kemiskinan tak boleh dibantu dengan syarahan, bahu yang memikul tak sama dengan mata yang melihat, andai yang miskin tu ada ijazah daripada mana2 universiti atau atau koman2pun ada SPM mungkin mereka ada ikhtiar yang lain. Tetapi kita2 yang cerdik2 ni..yang bijak dengan hukum hakam agama, pernahkah turun menghulurkan tangan membantu sekurang-kurangnya sebuah keluarga demi agama. Apakah kita menyangka kita sudah sempuna iman dan bakal ke syurga dengan hanya melihat dari jauh menilai mereka dengan hukuman? Tolong la..melayu2 hipokrit..sebelum Allah humban mereka kedalam neraka kerana kekufuran, mungkin kitalah yang jadi bahan bakarnya.
Bro..dulu wa pun berbaris mcm tu tunggu duit zakat tp skrg wa dah kaya sb guna duit tu start bisnes kopitiam kat kl..itulah rezeki namanya.
nak cari yg halal kena lah susah sikit..dpt pahal dapat berkat.
Nk apply status halal ada prosedur.. bukan style tepi longkang..sistem itu utk pelihara Agama dr manipulasi.
Jgn fitnah JAKIM..klu diri kau sendiri yg mentaliti pemalas.. ko meniaga nk harga mahal2..tp utk caj perkhidmatan xmau bayar.. Cina maju sbb tk berkira utk bayar..
semua nk free..mentaliti Melayu kuno.. semua mau suap..
last2 Indon dgn Bangla yg maju dr melayu2 mcm ko.. tau buka mulut je nk tunggu suapan..
no respect lah!
Catat Ulasan