Khamis, 13 Februari 2014

HOT! Pasangan Sweden Yang Di Tangkap Bengis dan Sombong?


Tentu ramai orang Malaysia nak tahu cerita sebenarnya mengenai pasangan Sweden yang ditangkap kerana pukul anak tu. Khabarnya mereka pukul anak disebabkan anaknya malas sembahyang. Tapi dibawah ni lain pulak bunyinya.

hmm.. gunalah akal untuk pertimbangan,


KES penahanan pasangan suami isteri warga Malaysia di Sweden mendapat liputan meluas hingga ke peringkat antarabangsa.

Rata-rata rakyat Malaysia bersimpati dengan nasib pasangan ini apatah lagi mereka dikatakan memukul anak-anak hanya kerana tidak solat.

Begitu pun, kini tersebar pula satu print screen status Facebook yang dikatakan dimuat naik oleh bekas jiran pasangan berkenaan ketika mereka tinggal berdekatan di Sweden.

Tidak pasti sejauh mana kebenarannya namun ia mungkin memberikan dimensi baru bagaimana kes ini boleh menjadi sebesar ini hingga melibatkan tindakan undang-undang.

Status tersebut berbunyi:



“Win kenal sangat Shalwati dan Azizul kat Stockhold tu. She herself seorang yang sangat sombong dan berlagak coz hubby pengarah Tourism, the hell. She’s so biadap.

Once, she went out, winter lagik, sejuk beku and her kids came back home from school cant enter. Luckily, her daughter was smart, came to my house, just 300m away, and tol me that she needs to call mum.

Speaker on and mak dia maki dia semacam babe. Kesian the kids, Aisyah, Adam, Amar and Amir they were good kids. The mum yang bengis macam singa betina. Cakap pukul anak pasal tak sembahyang itu alasan cheap defense jer.

Menurut ‘jiran’ berkenaan, pihak sekolah sudah memanggil kaunseling selama dua kali bagi menjernihkan keadaan namun si ibu dikatakan sering memberikan alasan ia adalah ‘cara Islam’.



Lagi pun Stockholm Int School dan 2 kali panggil diorang counselling coz mother sooo biadap and always say, “this is muslim way”

School check with other muslim parents from Saudi, Iran, Iraq, Jordan, Qatar.. other muslims mum said no, We never hit our kids, Muslim is kind to kids.

Memalukan Malaysian jer, luckily im not there anymore. Anway just pity the kids, if only mak depa SABAR dalam mendidik anak, kan sabar itu separuh daripada iman.”

Apa pun, marilah kita sama-sama doakan semoga kebenaran akan berada di pihak yang betul dan kanak-kanak tidak berdosa tidak menjadi mangsa keadaan.

Hanya Allah dan keluarga itu tahu apa sebenarnya yang berlaku…Wallahualam. -Mynewshub.my

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

HAIRANYA ANAK2 MEREKA TAK PANDAI CAKAP MELAYU. MALULAH NAK MENGAKU MEREKA NI WARGA MALAYSIA.

Tanpa Nama berkata...

Biasa la...orang klw dah nak berlagak
nak sombong...cakap melayu apa kelas...macammana nak sombong belagak dgn orang kampong beb..

Tanpa Nama berkata...

Gedik dan bodohnya status perempuan tu.. MasyaAllah.. Disinilah akal dan iman akan teruji.. Wallahualam..

Tanpa Nama berkata...

Hingga anak2 tak tau nak cakap Melayu..betul sangat mak bapak niii sombong bodoh..Memalukan Malaysia aja. Sepatutnya lah mereka ini di hukum dan diganti dgn orang lain saja ! Muka pun dah tau nampak bodoh sombong dan Perasan..He need to be sacked & replace with other good Malay asap !!

Tanpa Nama berkata...

Semak betul2 'jiran' ni betul ke wujud?
Mungkin FITNAH READ BEAN ARMY....

Tanpa Nama berkata...

x pandai cakap melayu tu bukan benda besar, macam peribahasa masuk kandang harimau mengaum,

kang cakap melayu sapa paham kat sana.

Ikut pengalaman, kanak2 sangat cepat fasih berbahasa inggeris bila belajar di luar negara. x macam orng tua, dah liat.

Anyway, pukul anak isu lain, kalau betul sampai kena ragging tu memang x patut, tengok budak tu kat paper, elok jer, xde parut bagai.

Tanpa Nama berkata...

Ini kisah benar seorang melayu yg mempunyai jatidiri bangsa melayu...
Seorang kenalan telah berpuluh tahun berada diluar negara krn tugas...
Setiap hari dia akan memastikan keluarganya menonton filem2 Allahyarham P.Ramli utk memastikan keluarganya lorat bahasa melayu nya walaupun mereka mampu bertutur dlm pelbagai bahasa...
Tahniah melayu sejati..

Tanpa Nama berkata...

Pembetulan:
Utk memastikan lorat bahasa melayu keluarganya tidak hilang..
Walaupun mereka mampu bertutur dlm pelbagai bahasa..